• Semalam, 1 April, Mummy ke Klinik Kesihatan Salak untuk pemeriksaan kesusulan kehamilan.
  • Mummy ambil cuti sepenuh hari manakala Master pula ambil cuti separuh hari petang.
  • Semalam sebenarnya pas bermusim letak kereta Master dah luput, jadi Master rancang untuk masuk ke medan letak kereta melalui lorong pelawat, tetapi semasa nak ambil tiket, palang penghadang pintu masuk tempat letak kereta pelawat tu terbuka. Ia dapat kesan pas bermusim tempat letak kereta Master menggunakan RFID, walaupun Master dah letakkan dalam wallet. Maka terpaksalah Master masuk dan letak kereta di medan letak kereta bermusim. Pelik sebenarnya sebab sepatutnya penghadang itu tidak terbuka kerana pas bermusim Master dah luput. Tetapi perancangan Allah itu lebih baik.
  • Memandangkan dah letak kereta di medan letak kereta bermusim, dan waktu masih awal di mana pejabat Master masih kosong, dan Master masih belum ada tugasan baru, maka Master pun ambil kesempatan tersebut untuk perbaharui pas letak kereta di pejabat DATS Management Sdn Bhd, Bangsar South, yang dibuka jam 9 pagi. Bayaran yang dikenakan untuk pas bermusim terapung (tiada petak letak kereta khusus) ialah RM 120 (satu ratus dua puluh Ringgit Malaysia) sebulan, tetapi kena diperbaharui setiap 3 bulan maka jumlahnya ialah RM 360 (tiga ratus enam puluh Ringgit Malaysia). Jika dahulu ada GST dikenakan, dan nasib baik pada zaman SST ni tiada tambahan caj 6%.
  • Pada waktu pagi Mak Su Izati bawa Mummy ke Jabatan Kebajikan Masyarakat sekejap.
  • Pada waktu petang pula Master hantar Mummy ke Klinik Kesihatan Salak dan kemudian tunggu di rumah di mana Aina tidur sehingga jam 5 petang, semasa Mummy habis diperiksa doktor.
  • Doktor kata paras hemoglobin Mummy rendah dan mahu laksanakan ujian talasemia, kalau boleh nak dilakukan hari ini.
  • Tetapi memandangkan Mummy dan Master dah ambil cuti semalam, ujian talasemia itu dijadualkan dalam 2 minggu depan.
  • Balik dari Klinik Kesihatan Salak, kami singgah di Pasar Malam Taman Seroja untuk beli ikan, sayur, keropok lekor dan satay untuk Aina. Aina beriya nak apabila nampak ayam percik, tapi Master tau dia nak satay sebenarnya, maka kami pun bawa dia ke gerai satay di mana kami beli 6 cucuk satay - kebanyakannya dihabiskan Aina semasa makan malam.
  • Sejurus sebelum itu kami singgah beli popia basah Tok Wan.
  • Mak Long Zira datang selepas Isyak, singgah dari rumah Tok Mak di Serting Indah untuk hantar buah tangan kiriman Tok Mak kepada kami.
  • Cuaca pada semalam ialah hujan bermula dari jam 2 petang sehingga 5 petang lebih kurang, menyaksikan semaian ulam raja kami ditenggelami air, semoga tidak mati.
Aksi Aina semasa makan satay ayam yang dibeli di Pasar Malam Taman Seroja
# 1 April 2019 jam 21:25 malam hari Isnin
# IMG_20190401_212501-COLLAGE 20190401 201904
# Kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A
# Kolaj dijana oleh Google Photos Assistant.

20190401