Sudah beberapa hari Aina ajak pergi ke taman, setiap hari ketika ke rumah pengasuh duk ajak pergi taman.

Taman bagi Aina cukuplah jika ada tempat untuk kanak-kanak berusia dua tahun tu berlari-lari, dan jika ada gelongsor untuk dia panjat dan turun adalah lebih baik lagi.

Hari hujan, maka untuk ke taman permainan kanak-kanak adalah mustahil, jadi taman yang sesuai untuk Aina adalah taman indoor di mana jika di kawasan Bandar Baru Salak Tinggi ini kami selalu tuju ke Giant Nilai. 

Animasi Aina memandu sebuah bas di AEON Mall Nilai.  kanak-kanak perempuan berumur dua tahun.
Animasi Aina memandu sebuah bas di AEON Mall Nilai.
# Teks: Delicacy Dining Car. # Sunday, 7 April 2019, 19:08 # VID_20190407_190750-ANIMATION # AEON Mall Nilai. No 2, Persiaran Pusat Bandar, Putra Point, Putra Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus, Putra Point, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Tetapi petang tersebut kami ke AEON Mall Nilai sebab Mummy nak jemput gelang tangan yang ditempah di sana hujung minggu lalu di kedai emas Habib Jewels yang terletak di tingkat tanah AEON Mall.

Selesai ambil gelang tangan Mummy kami ke tingkat 2 untuk beli barangan bayi terutamanya sabun baju untuk basuh pakaian adik Aina yang bakal lahir.

Di tingkat ini ada macam taman tema untuk kanak-kanak maka bolehlah Master belanja Aina main permainan di sana seringgit dua. Bas yang Aina naiki ni berharga RM 2 (dua Ringgit Malaysia sahaja) dan terasa berbaloi sebab agak lama, tapi tengok muka Aina tu macam cuak aje.

gambar kanak-kanak perempuan main belon di AEON Mall Nilai
# Gambar: Aina beraksi bersama belon yang dibawa dari rumah hasil ke pesta bayi di Midvalley semalam. Membawa belon merupakan satu kemestian, jika tidak bersedialah untuk beli belon di kedai. Beli belon di Mr DIY seratus helai pada harga RM 7 dan ditiup setiap hari. Selain itu ada juga Mummy belikan belon di Eco Shop AEON Mall Nilai pada harga RM 2 (dua Ringgit Malaysia sahaja) dengan kualiti lebih baik.
# Teks: AEON Mall Nilai
# Tarikh: Sunday, 7 April 2019, 18:10 20190407 201904
# Nama fail: IMG_20190407_181033.jpg
# Kamera: Telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A
# Lokasi: AEON Mall Nilai # Kod Plus: RQ9R+5H Nilai, Negeri Sembilan

Makan Malam di Nando's Nilai 9 Avenue

gambar kek percuma dan air mocha panas di Nando's Nilai 9 Avenue
Kek percuma dan mocha panas.
# Sunday, 7 April 2019, 21:03 # 20190407 # IMG_20190407_210301_HHT # Xiaomi Redmi Note 5A # Nando's Nilai 9 Avenue #

 

Selesai membeli-belah di AEON Mall Nilai kami menuju ke kawasan Giant Nilai 9 Avenue untuk menjamu selera di Sushi King di sana, Sushi King di AEON Mall kerusinya tak nampak menarik untuk Aina duduki.

Tetapi sebaik sahaja meletakkan kereta di tempat letak kereta di sana, Mummy ajak makan Nandos pula.

Di sini buat pertama kalinya Master bayar harga makanan dengan menggunakan dompet digital Boost, dapatlah hadiah tunai RM 1.50 (satu Ringgit Malaysia dan lima puluh sen sahaja).


 20190407