Apakah kelebihan menggunakan tayar Michelin? Itu adalah persoalan yang bermain di minda ramai orang kenapa tayar jenama Michelin ni asyik menjadi perhatian para pemandu. Karangan Tedi kali ini akan cuba mengumpul beberapa pendapat tentang kelebihan tayar Michelin ini.

Michelin banyak pengalaman.Tayar Michelin kuat mencengkam jalan.


Michelin banyak pengalaman.

Jawapan oleh: Robert Carver, pemandu lori kelas A, pada 9 November 2018.

Saya adalah seorang peminat setia Michelin. Ada perbezaan di antara pengeluar tayar yang mula beroperasi sebelum televisyen dicipta dan syarikat pengeluar tayar yang baru beroperasi selepas kematian Steve Jobs, iaitu syarikat baru belum melakukan banyak kesilapan.

Saya akan jelaskan.

Seperti kata orang: "pakar adalah seseorang yang telah melakukan semua kesilapan yang boleh dilakukan dalam sesuatu bidang.".

Hal ini sama juga jika digunapakai pada sebuah syarikat. Michelin telah ditubuhkan pada 1889 jadi mereka telah menghadapi pelbagai masalah dan mengatasi masalah mereka sendiri untuk tempoh hampir 130 tahun, melalui penambahbaikan sebatian dan getah diadun dengan kecerdasan kejuruteraan.

Baru-baru ini Michelin telah hasilkan tayar yang tahan lebih lama berbanding generasi sebelumnya. Michelin telah merekabentuk saliran tayar yang akan mengembang mengikut tahap penggunaan tayar tersebut, membenarkan tayar jenama Michelin berkesan seperti tayar baru walaupun telah lama digunakan.

Michelin juga telah mula menggunakan minyak Bunga Matahari untuk meningkatkan daya lentur tayar dan prestasi ketika cuaca sejuk.

Daripada pengalaman saya, tayar Michelin yang separuh guna pun beraksi lebih baik berbanding tayar baru Goodyear.


Tayar Michelin kuat mencengkam jalan.

Jawapan oleh: Bosley Plourde, pembina, pada 13 Januari 2016.

Tayar Michelin secara keseluruhannya beraksi lebih baik berbanding tayar lain. Saya menggunakan tayar Michelin X-ice3 pada musim salji dan tayar Michelin Pilot Sport A/S pada musim panas.

Tayar Michelin mahal, tetapi tayar Michelin kuat mencengkam jalan membuatkan saya berasakan ia amat berbaloi untuk membeli tayar berjenama Michelin.

Selain Michelin, jenama tayar terkemuka yang lain termasuklah Pirelli, Bridgestone, Continental, dan Goodyear.

Sebuah syarikat tayar yang tidak terkenal dari Finland iaitu Nokian menghasilkan tayar musim sejuk yang cemerlang dan saya akan mencubanya nanti.

Tetapi tentulah ada sebab kenapa Bugatti menggunakan tayar Michelin pada kereta Bugatti Veyron, kerana tayar Michelin adalah tayar yang benar-benar bagus.

20190123