gambar bayi perempuan 1 tahun 9 bulan 19 hari bersama patung kucing dalam kereta Proton Persona.
10 Disember 2018, 09:09, Isnin
Animasi Aina mamai semasa hendak ke rumah pengasuh di dalam kereta Proton Persona 2008 transmisi manual.
Kelihatan juga patung kucing kegemaran Aina yang dibeli pada harga MYR 30 (tiga puluh Ringgit Malaysia sahaja) di sebuah kedai di Midvalley. Lupa pula apa nama kedai tu. Patung kucing mainan ini menjadi pilihan sebab materialnya tidak berbulu seperti patung mainan biasa, sesuai untuk kanak-kanak yang ada masalah lelah.
Ketika ini Mommy sedang beli sarapan di sebuah gerai yang berhampiran di mana selalunya Aina akan bersama Mommy tetapi tidak pada kali ini.

Umur Aina pada masa ini ialah 1 tahun 9 bulan 19 hari.
Animasi ini dirakam menggunakan XiaomiR Redmi Note 5A.

Maksud Mamai?

Perkataan mamai mempunyai dua maksud seperti yang dijelaskan di bawah. Kes Aina ini adalah mamai yang kedua di mana dia masih belum memiliki kesedaran sepenuhnya setelah terjaga dari tidur.

  1. kurang terang ingatan atau fikiran (kerana terlalu tua, sakit teruk, dan lain-lain), tidak sedarkan diri (mabuk, hilang ingatan, dan lain-lain)
    1. Contoh ayat: saya diam, terkatup mulut, mamai ingatan dan hilang pandangan;
  2. mimpi dan mengigau (dalam tidur);
    1. bermamai: mengigau (dalam tidur), berkata-­kata dlm tidur. 
  3. Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat

Mamai dalam Bahasa Inggeris?

Google Translate pun tak mampu nak terjemah perkataan Bahasa Melayu "mamai" ni kepada Bahasa Inggeris. Tedi terpaksa merujuk kepada mykamus.

  1. not quite right in mind
  2. clouded mind