Apabila kebencian merasuk hati, tarian penuh bunga kini seumpama dalam neraka.

Akan adakah lagi peluang untuk mententeramkan jiwa?

gambar contoh lukisan bunga ros dari neraka dalam diari

tragedi oktober
mungkin hanya tajuk sebuah lagu
tapi ia jadi pengalaman seolah taboo
aku kecewa aku menjilat luka
hingga lupa akan takdir Maha Esa

mereka menghimpitku ke tepi jurang
tepi lautan dalam
ke kiri juga ke kanan
tiada tempat untukku bertahan

aku bukan anak sang helang
dipaksa terjun untukku terbang
tapi kalau sudah terpaksa
tidak luka tiada perkasa

menanam tebu di tepi bibir
apakah itu lumrah mereka?
mereka yang bertanya
bukan aku yang meminta

aku ingin kekal
tiada rasa ingin berhijrah
tapi bagaimana bisa pendatang
kini menjadi raja?

pinggan tak retak nasi tak dingin
apa kau ingat aku sentiasa ingin bersamamu?

kalau benci katakan sahajalah benci
tidaklah aku ternanti-nanti

mereka menghimpitku ke tepi jurang
tepi lautan dalam
ke kiri juga ke kanan
tiada tempat untukku bertahan

aku bukan anak sang helang
dipaksa terjun untukku terbang
tapi kalau sudah terpaksa
tidak luka tiada perkasa

ini bukan tarian bunga
kalau kau rasa ya
mungkin bunga dari neraka

dunia ini seumpama roda
kadang di atas kadang di bawah
kau rasa kau hebat
silakan kekal aku pergi

apa kau ingat tempat ini kau punya?
aku dahulu mendudukinya
tapi jangan risau
kalau benci aku pergi

melukut di tepi gantang
masuknya puak mereka demi puak
katanya tak mahu yang mentah
tapi bila sekulit semuanya betah

bertanya bagaimana mahu improvisasi
tapi bagaikan fantasi

mereka menghimpitku ke tepi jurang
tepi lautan dalam
ke kiri juga ke kanan
tiada tempat untukku bertahan

aku bukan anak sang helang
dipaksa terjun untukku terbang
tapi kalau sudah terpaksa
tidak luka tiada perkasa

mereka menghimpitku ke tepi jurang
tepi lautan dalam
ke kiri juga ke kanan
tiada tempat untukku bertahan

aku bukan anak sang helang
dipaksa terjun untukku terbang
tapi kalau sudah terpaksa
tidak luka tiada perkasa

bumi ini milik Tuhan
masih luas untukku berjalan