Sekali lagi kami ke Nasi Kukus Sambal Tumis Kok Lanas yang Tedi pernah kisahkan sebelum ini. Ini mungkin kali kedua kami sekeluarga ke sini dan kali ketiga buat Master.

Biasalah kan Mommy mesti nak cari makanan Kelantan dan ini tempat baru buat Mommy dan kira masih fresh, belum jemu dan bosan lagi.

Memandangkan Tedi dah pernah ceritakan perihal kedai makan Nasi Kukus Sambal Tumis Kok Lanas ni, tiadalah masa untuk Tedi ulangi lagi. Nak cari tajuk untuk karangan ini pun sudah cukup payah kerana Tedi bukan nak ceritakan lagi mengenai gerai makan Nasi Kukus Sambal Tumis Kok Lanas.

Aina dan Ayam Bakar

Cuma kali ini nak kongsi gambar Nor Aina sedang makan ayam bakar dengan peel mengada-ngadanya tu. Biasanya Aina tak suka makan ayam macam Master tapi entah kenapa kali ini Aina gemar pula makan ayam bakar tersebut, siap makan seketul drumstick.

gambar kolaj Aina sedang makan ayam bakar Nasi Kukus Sambal Tumis Kok Lanas di Desa Salak Permai
 

 Setakat tengok gambar kolaj di atas tidak menggambarkan perangai si Aina ni, nah silakan perhatikan perangai beliau dalam dua animasi di bawah ni.

Animasi 1: Aina makan ayam bakar sambil geleng-geleng kepala. Video ada, nanti tunggu Master upload ke dalam youtube.

Aina makan ayam bakar sambil geleng-geleng kepala. Video ada, nanti tunggu Master upload ke dalam youtube.

Animasi 2: Aina makan ayam bakar menjilat ayam nyam nyam nyam.

Aina makan ayam bakar menjilat ayam nyam nyam nyam

Aina Makan Apa Tu?

Sudah jam 7 malam, Aina masih lagi makan. Entah dia makan Tedi pun tak tahulah.

gambar Aina baju pink

 

Penutup

Itu sahajalah buat masa ini, mungkin nanti Tedi kemaskini karangan ini dengan gambar Aina semasa berumur 1 tahun 8 bulan 15 hari.

Sebab itulah Tedi pilih tajuk tersebut, supaya ia terbuka dan boleh Tedi masukkan gambar Aina sepanjang hari ini.

Tiada masa untuk Tedi buat kiriman banyak-banyak, lagipun senang tengok gambar dalam satu kiriman sekaligus. Betul tak?

Alhamdulillah.