Pada 20 Julai lalu, Nor Aina sekali lagi dimasukkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya kerana nafas kencang, muntah-muntah dan demam.

Kami ke sana sekitar jam 8 pagi.

Setelah sekian lama menerima rawatan dan dipantau di Jabatan Kecemasan tersebut, doktor telah memaklumkan kepada kami bahawa Aina perlu ditahan di wad.

Urusan kemasukan ke wad bermula dengan pendaftaran di kaunter hasil.

Tempat Master bekerja ada menawarkan faedah untuk kesihatan melalui perkhidmatan yang disediakan oleh MiCare.

Master telah membuat semakan melalui mobile app Micare dan mendapati bahawa Hospital Putrajaya termasuk hospital yang terima perkhidmatan MiCare ni. Oleh sebab itu Master membuat keputusan untuk mendaftar masuk ke wad menggunakan MiCare.

Proses GL MiCare untuk kemasukan ke wad

Sepatutnya prosesnya adalah seperti berikut:

  1. Dapatkan surat rujukan doktor atau akuan kemasukan ke wad daripada pihak hospital dan minta mereka faks atau email kepada MiCare.
  2. Telefon MiCare dan beritahu bahawa surat rujukan atau akuan kemasukan ke wad telah dihantar melalui faks atau email.
  3. MiCare sediakan GL dan hantar ke hospital berkenaan.
  4. Pelanggan selesaikan pembayaran semasa discaj menggunakan GL tersebut.

Tetapi proses yang terpaksa Master lalui adalah lebih panjang lagi semasa nak menggunakan GL daripada MiCare di Hospital Putrajaya, iaitu:

  1. Minta pihak hospital faks akuan kemasukan ke wad kepada MiCare.

  2. Master telefon nombor hotline (talian panas) MiCare dengan pilihan 1 sebelum diikuti dengan pilihan 2.

  3. Beritahu MiCare bahawa anda perlukan GL untuk pesakit inpatient, dan maklumkan bahawa anda telah meminta pihak hospital faks akuan kemasukan ke wad.

  4. MiCare memaklumkan kepada Master bahawa GL akan dikeluarkan dalam masa 1 jam.

  5. Master menunggu di depan kaunter jika nama Aina dipanggil untuk tempoh sejam, tetapi hampa. Master tanya staff di kaunter jika GL dah diterima daripada MiCare, namun GL masih belum sampai.

  6. Master telefon Micare dan terus maklumkan nak tahu perkembangan GL yang diminta sejam sebelum itu. kakitangan MiCare kata bahawa GL untuk pendaftaran Aina masih dalam barisan dan dia telah mempercepatkan urusan GL tersebut.

  7. Master tunggu hampir 1 jam pula selepas itu dan dah masuk waktu Maghrib, tapi GL tetap masih belum sampai. Kawan Master di RHB kata MiCare memang lambat dan dah dikritik ramai kakitangan RHB sehinggakan RHB bertukar kepada PMCare.

  8. Master tak tahan sabar dah, Master maklumkan kepada kaunter bahawa dia nak bayar deposit tunai MYR 100 (satu ratus Ringgit Malaysia sahaja). Deposit ini untuk mereka yang bukan kakitangan kerajaan.

  9. Tapi staff di kaunter tidak mahu terima kerana katanya susah untuk Master buat tuntutan nanti. Sebagai alternatif, dia benarkan Aina masuk ke wad, tapi Master kena follow up perkembangan GL tersebut. Jika tidak, Master akan terpaksa bayar ketika Aina discaj nanti.

  10. Pada hari Ahad, 22 Julai, iaitu 2 hari selepas Aina dimasukkan ke wad, Master pergi ke kaunter hasil Hospital Putrajaya untuk semak jika mereka ada terima GL daripada MiCare, dan jawapannya masih belum ada. Staff Hospital Purajaya minta semak jika GL itu difaks ke nombor yang betul dan mereka ada berikan nombor faks kaunter hasil Hospital Putrajaya.

  11. Master telfon semula MiCare dan staff MiCare tersebut kata dia dah faks semula GL tersebut.

  12. Master semak di kaunter hasil Hospital Putrajaya dan memang GL telah diterima. Urusan itu hanya setakat itu pada masa itu.

  13. Pada hari Rabu, Aina dibenarkan discaj, Master ke kaunter hasil dan diberikan bil, beserta sekeping nota kecil untuk jururawat di wad. Urusan itu hanya setakat itu sahaja.

  14. Aina discaj dari wad.

Okaylah gunakan MiCare ni tapi kita kena sabar banyak-banyaklah atas kelambatan mereka sediakan GL.

Mungkin kena push mereka selalu.

Wallahu'alam.