21-Nov-2015 09:55 pagi hari Sabtu
Sakinah galas beg pink Pony Tail ikut Master pergi main badminton di Uptown Sports Bangi
Sony D2533 2015-11-21-0955

Ketika ini Master telah berjaya mengumpulkan satu pasukan untuk bermain badminton daripada kalangan rakan sekerja beliau.

Mereka mula bermain di sekitar Kajang dan Bandar Baru Bangi kerana pengasas kumpulan ini iaitu Master dan Mr Zack Zaidi tinggal berhampiran Bangi. Pada zaman kegemilangan pasukan ini, mereka turut menerima tajaan daripada bos Master untuk beli bulu tangkis. Tetapi akhirnya kumpulan ini telah di-hijack menjadi kumpulan riadah mendaki bukit sebelum ia terkubur kerana masalah kecederaan yang dialami oleh Mr Zack Zaidi. Sebelum terkuburnya pasukan ini, mereka juga aktif bermain di Pantai Dalam.

Salah satu lokasi bermain badminton pilihan mereka di Bangi adalah di Uptown Sports yang menyediakan perkhidmatan sewa gelanggang badminton dan gelanggang futsal, malahan meja ping pong. Suasana di Uptown Sports ini memang selesa dan mempunyai kemudahan seperti kafe, surau, dan juga gym, malahan mereka ada aktiviti seperti zumba.

Gelanggang badminton di Uptown Sports memang banyak dan ia juga menjadi tumpuan ramai orang. Uptown Sports mempunyai satu padang futsal yang besar yang memenuhi piawaian rasmi futsal dan mungkin 2 atau 3 buah padang futsal kecil.

Uptown Sports ini kalau disemak alamatnya terletak di Kajang tapi ia memang berdekatan sahaja dengan Bandar Baru Bangi. Uptown Sports memang agak luas dan sesuai untuk dijadikan lokasi hari sukan keluarga contohnya jika tempat kerja anda nak buat hari keluarga berasaskan sukan.

Harga sewa gelanggang badminton di sini memang agak mahal sesuailah dengan lokasinya di Bandar Baru Bangi dan juga kelengkapan dan kemudahan yang disediakan.