Langkau ke kandungan utama

Jumlah Paparan Halaman

Harga Tayar Rim 15 inci

Nampaknya dah kena tukar tayar kereta Proton Persona 2009. Kereta Proton Persona menggunakan tayar 15 inci.

Kandungan karangan ini # Saiz Tayar Kereta Proton Persona Elegance # Harga Tayar Kereta 195/55/R15 Malaysia # Harga Tayar Kereta 195/60/R15 Malaysia

Sudah tentulah Master nak menggunakan tayar murah tetapi berkualiti di Malaysia ni. Sebelum ni kami sudah menggunakan tayar Michelin, tayar Viking, dan tayar Continental sebagai tayar kereta kepada kereta Proton SAGA BLM dan Proton Persona.

Tayar Continental mungkin takkan kami pertimbangkan untuk digunakan lagi kali ini, begitu juga dengan tayar Michelin, kerana kedua-duanya cepat haus kerana materialnya lebih kepada keselesaan dan cengkaman jalan basah. Semakin lembut tayar kereta lebih bagus tayar mencengkam permukaan jalan.

Pak Lang Epul mencadangkan agar kami gunakan tayar Falken untuk menggantikan tayar Continental yang digunakan pada kereta Proton Persona kami sekarang.

Saiz Tayar Kereta Proton Persona Elegance

Pak Lang kata saiz tayar untuk kereta Proton Persona Elegance mungkin tayar 195/55/R15 atau 195/60/R15.

195 tu lebar tayar.

55 atau 60 di tengah tu ialah profil tayar (lebih mudah disebut ketebalan dinding tayar), semakin tebal semakin selesa perjalanan, tapi orang kereta lumba suka tayar profil rendah iaitu di bawah 50 kerana semakin nipis tayar semakin tinggi prestasinya, cuma akan rasa macam naik kereta kuda lah (agaknya lah).

Untuk memudahkan kajian Tedi pada malam ini Tedi akan mencari senarai harga tayar paling murah dan paling mahal untuk dibandingkan dan menjadi panduan jika kami ke kedai tayar nanti.

<top>

Harga Tayar Kereta 195/55/R15 Malaysia

Berikut adalah senarai harga tayar saiz 15 inci dengan profil 55. Susah nak jumpa tayar Falken.

Murah pula tayar Continental berbading tayar Viking, tapi dah serik nak guna tayar kereta Continental. *Tedi baru tahu harga tayar Continental murah mungkin tayar lama.

  • Tayar Bridgestone Ecopia EP300 - RM 136 hingga RM 220
  • Tayar Continental ComfortContact CC6 - RM 149 hingga RM 220
  • Tayar Continental UC6 - RM 196 hingga RM 240
  • Tayar Falken ZIEX ZE914 ECORUN - RM 145
  • Tayar Michelin ENERGY XM2  - RM 218 hingga RM 320
  • Tayar TOYO NanoEnergy 3 NE3 - RM 155 hingga RM 240.

Tapi setelah Tedi menyelesaikan kajian harga tayar kereta 195/55/R15 ni barulah Master makumkan bahawa saiz tayar kereta Proton Persona Elegance transmisi manual kami menggunakan tayar kereta 195/60/R15.

Harga tayar kereta 195/60/R15 sudah tentulah tidak sama dengan tayar kereta 195/55/R15, harganya sudah tentu lebih mahal.

<top>

Harga Tayar Kereta 195/60/R15 Malaysia

Tetapi walaupun saiznya tak sama, jenama tayarnya sama sahaja. Berapakah harga tayar kereta bersaiz 195/60/R15 ya?

Harga tayar akan semakin murah mengikut tarikh tayar itu dikeluarkan, jadi harga yang paling mahal tu adalah untuk tayar baru.

  • Tayar Bridgestone Ecopia EP150 - 195/60R15 (pemasangan percuma) : RM 180 hingga RM 240.
  • Tayar Continental ComfortContact CC6 - 195/60R15 (termasuk pemasangan) : RM 182 hingga RM 260.
  • Tayar Falken ZIEX ZE914 ECORUN - RM 162 
  • Tayar Goodyear NCT 5 - 195/60R15 (2018) (termasuk pemasangan) : RM 159 hingga RM 220
  • Tayar PROTON GEN 2 195/60R15 Hankook-H308 (dengan pemasangan) : RM 175.
  • Tayar VIKING ProTech PT5 (dengan pemasangan) : RM 148.96 hingga RM 224.
  • Tayar SILVERSTONE KRUIZER 1 NS800 195/60R15 : RM 170.
  • Tayar TOYO NanoEnergy 3 NE3 (dengan pemasangan) : RM 181.03 hingga RM 254. 
  • Tayar YOKOHAMA TYRE BLUEARTH ES32 195/60R15 (termasuk pemasangan) : RM 215 hingga RM 238.

<top>

Ulasan

Kiriman Berkaitan

Kiriman Terkini