Sukar untuk membayangkan bahawa sebuah syarikat yang mengkhusus kepada pembekalan peralatan dan jentera untuk industri berat di seluruh dunia menjadi jenama fesyen. Tetapi itulah yang dilakukan oleh syarikat Caterpillar Malaysia apabila mengembangkan perniagaan mereka dalam dunia fesyen melalui kasut dan pakaian, di bawah jenama Cat Footwear. Produk fesyen daripada Caterpillar Malaysia ternyata bergaya dan selesa, membolehkan pengguna untuk memakainya ke tempat kerja atau untuk kegiatan kasual.

Inventori produk fesyen Caterpillar Malaysia adalah seperti:

Kasut Kasual Lelaki

Sepasang kasut kasual bukan sahaja perlu selesa tetapi harus mudah dipadankan dengan mana-mana pakaian. Syukur kerana barisan produk kasut kasual Caterpillar Malaysiauntuk lelaki direka untuk melengkapi pakaian harian mereka supaya kaum lelaki dapat kelihatan bergaya dan maskulin.

Kasut kasual dari Caterpillar Malaysia merangkumi boots, kasut, dan sandal, yang dibuat dengan penih teliti. Barisan kasut kasual lelaki daripada Caterpillar Malaysia ini juga turut didatangkan dengan pilihan kalis air untuk menghadapi cuaca Malaysia yang sukar untuk dijangka. Produk kegemaran untuk kasut kasual lelaki ialah kasut Hyde, Sutter Boots, dan Cat Colorado Boots.

Kasut Kerja Lelaki

Seorang lelaki harus mempunyai sepasang kasut kerja yang membuatkannya kelihatan profesional dan berkeyakinan. Caterpillar Malaysia memberikan pilihan sempurna melalui barisan kasut formal untuk lelaki keluaran mereka. Walaupun ia adalah kasut kerja, ia boleh dipakai untuk keluar pada waktu malam tanpa si pemakai kelihatan janggal atau terlalu berhias. Di samping boot dan kasut kerja lelaki biasa, Caterpillar Malaysia turut menawarkan pilihan kasut kerja lelaki kalis air, dan terdapat juga versi keselamatan jari di mana kasut kerja lelaki tersebut diperkuatkan untuk memberikan perlindungan tambahan kepada pengguna. Kawan Master kata kasutnya dilapisi besi supaya melindungi jari kakinya jika terhempap benda berat semasa bekerja, tapi kasutnya masih bergaya.Contohnya melalui siri produk Mortise 8” Waterproof Composite Toe Work Boots, Infrastructure Steel Toe Work Shoes, dan Flex Composite Toe Work Shoes.

Kasut Kasual Wanita

Walaupun pada dasarnya pelanggan sasaran Cat Footwear adalah lelaki, jenama Cat Footwear turut mengeluarkan kasut kasual wanita yang bergaya, selesa, dan pelbagai. Wanita yang mahu kelihatan feminin dan sukakan cabaran pasti mahukan kasut kasual keluaran Caterpillar Malaysia sebagai tambahan kepada koleksi kasut dalam almari kasut mereka. Terdapat pelbagai jenis boot, kasut, dan sandal wanita daripada Caterpillar Malaysia yang boleh dipadankan dengan apa-apa suasana. Kasut kasual untuk wanita juga turut ditawarkan dalam versi bahan kalis air seperti mana kasut kasual lelaki. Kaum wanita pastinya akan mengkagumi produk seperti Martine Shoe, Tiki Sandals, dan Willa Canvas Boots.

Kasut Kerja Wanita

Selain pilihan kasut kasual, kaum wanita juga boleh mendapatkan kasut Caterpillar Malaysia yang direka khusus untuk alam pekerjaan. Melalui pilihan kasut dan boot yang pelbagai, direka dengan gaya dan ketelitian, pekerja wanita boleh kelihatan berkeyakinan, profesional, dan feminin ketika mereka meneroka alam pekerjaan. Tambahan kasut-kasut kerja wanita ini mudah dipadankan dengan mana-mana pakaian kerja membolehkan pekerja wanita kekal bergaya mengikut citarasa mereka.

Pakaian dan Aksesori

Sebahagian besar inventori Caterpillar Malaysia terdiri daripada kasut, tetapi jenama Caterpillar Malaysia turut menawarkan pelbagai jenis pakaian dan aksesori kepada lelaki dan wanita. Produk-produk itu termasuklah pakaian atas, pakaian luar, stoking, topi, dan bag. Pakaian dan aksesori ni bukan sahaja akan menjadikan kita kelihatan menarik malahan ia mempunyai rekaan dengan fungsi tersendiri dan juga selesa.

Teknologi yang digunakan oleh Caterpillar Malaysia

Sebagai sebuah syarikat yang sentiasa menggunakan teknologi terkini sejak zaman berzaman, Cat Footwear tidak terkecuali apabila jenama ini menggunakan teknologi termaju untuk memastikan kasut dan pakaian yang dihasilkan mereka memberikan keselesaan dan perlindungan.

Caterpillar Malaysia menerapkan teknologi kepada produk-produk mereka melalui empat cara:

Ease Technology

Caterpillar Malaysia menerapkan teknologi revolusioner untuk menghasilkan busa tapak berkuasa penyerap untuk kasut mereka. Busa tapak ini mengurangkan tekanan yang dikenakan ke atas kaki pemakai kasut. Kasut Caterpillar Malaysia juga diperbuat daripada bahan dengan kekuatan tahap industri untuk menjadikan kasut Caterpillar Malaysia tahan lama. Kasut Caterpillar Malaysia yang ada Ease Technology juga dilengkapi busa tapak tengah yang memberikan lebih alas untuk menyerap tekanan berlebihan, memberikan keselesaan sebenar kepada si pemakai kasut.

UltraDuty Technology

Kasut kerja Caterpillar Malaysia yang diselitkan dengan UltraDuty Technology sangat ideal untuk individu yang bekerja di persekitaran berisiko tinggi. Bahagian hadapan kasut dibina dengan binaan dwi-jalinan untuk melindungi jari kaki daripada kecederaan semasa bekerja. Rekaan UltraDuty juga didatangkan dengan busa pelbagai kepadatan yang memperkuatkan bahagian kolar dan bukulali supaya kaki kita tegap semasa bergerak.

ErgoLite Series

Sesiapa yang tidak meminati kasut yang nampak macam kasut kerja, tetapi nak kasut yang bergaya dan boleh dibawa bekerja, Caterpillar Malaysia menawarkan pilihan lain dengan kasut rekaan ErgoLite yang memberikan anda keselesaan dan gaya tanpa abaikan aspek keselamatan. Dibina dengan ciri keselamatan jari kaki komposit untuk perlindungan jari kaki daripada impak luar dan pemampatan disertai busa tapak tengah dwi-kepadatan yang ringan untuk memberikan kestabilan tambahan. Rekaan ErgoLite patut dimasukkan dalam senarai fesyen kerja anda.

Flexion Series

Kebolehlenturan adalah salah satu ciri yang menjadi keutamaan ramai orang ketika memilih kasut, malah ciri kebolehlenturan adalah ciri utama yang Master lihat apabila memilih sepasang kasut. Kebolehlenturan dikaitkan dengan daya cengkaman dan ketahanan kasut. Kebolehlenturan adalah ciri utama pada kasut dalam siri Flexion yang menggunakan binaan terkini dan ciri-ciri ergonomik. Kasut dan but dalam siri Flexion dilengkapi tapak S-curve dengan zon impak pada bahagian tumit yang menambah daya serapan hentakan dan juga ciri anti-gelincir supaya si pemakai kasut kekal selesa dan boleh bekerja dengan selamat.

<kembali ke atas>