Peristiwa: Rawatan menggunakan nebulizer pertama yang diterima Aina untuk tahun 2019 kerana batuk, ada kahak dan muntah. Doktor kata jika masih belum okay dalam 2 ke 3 hari, Aina perlu diperiksa untuk jangkitan influenza.
Gambar: Aina sedang terima rawatan menggunakan nebulizer.
Lokasi: Klinik Dr. Siti, Kota Warisan, Sepang, Selangor, Malaysia.
Bila: 2019-01-22 jam 15:59:45 hari Isnin
Kamera: Telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A.
  1. Kami bawa Aina ke Klinik Dr. Siti di Kota Warisan untuk diperiksa kerana Aina sekarang batuk-batuk dan muntah-muntah.
  2. Mummy memang cuti sebab kesihatan Aina yang tidak memberangsangkan.
  3. Master pula ambil cuti kecemasan separuh hari apabila dimaklumkan bahawa Aina duduk melepek sahaja, tak mahu makan dan tak mahu minum.
  4. Klinik Dr. Siti di Kota Warisan dipilih kerana ia adalah klinik panel Micare yang berhampiran Salak Tinggi. Kawan Master kata ada 2 lagi klinik panel Micare di Bandar Baru Nilai tapi Master tidak sempat mencarinya.
  5. Doktor kata Aina demam sedangkan termometer yang kami gunakan berulang-kali ke atas Aina tidak menunjukkan tanda-tanda Aina demam kerana suhunya 37 Celcius.