Langkau ke kandungan utama

Jumlah Paparan Halaman

Cirit-birit di ambang tahun baru 2019

Pada 31 Disember 2018, Isnin, hanya Master pergi bekerja manakala Mommy cuti dan tinggal menjaga Aina di rumah.

Sekitar petang hari yang sama Mommy memaklumkan bahawa Aina cirit-birit.

Entah berapa kali Master kena basuh berak Aina pada malam itu, tetapi Aina masih cergas, jadi kami tidak membawanya ke klinik.

Aina juga kurang minum susu dan makan, dia lebih banyak minum air masak sahaja.

31 Disember 2018 jam 11:31 malam hari Isnin
Aina tertonggeng sedang mengalami cirit-birit dan muntah-muntah di ambang tahun baru 2019, dia berumur 1 tahun 10 bulan 9 hari pada masa ini.
Xiaomi Redmi Note 5A

1 Januari 2019, Aina masih lagi cirit-birit tapi dia juga masih aktif.

1 Jan 2019 jam 12:25 tengahari hari Selasa
Aina duk melayan Omar Hana, cirit-biritnya masih belum kebah. Bayi perempuan berumur 1 tahun 10 bulan 10 hari.
XiaomiR Redmi Note 5A
Animasi Aina sedang makan nasi goreng dengan lajunya, nampak benar dia kelaparan.

Selain cirit-birit Aina juga selalu memuntahkan apa yang dimakan dan diminumnya. Salah satu teori yang kami ada adalah dia alah dengan susu laktosa. Jadi Master pergi belikan Aina susu tanpa laktosa di kedai Speedmart 99 di Taman Seroja.

1 Januari 2019 jam 3:39 petang hari Selasa
Master belikan Aina susu tanpa laktosa rumusan soya lengkap untuk kanak-kanak berumur setahun hingga 6 tahun.
Susu Dumex Dugro Soy ini berharga RM 19.80 dibeli di Speedmart 99. Rasanya sangat tak sedap macam rasa daun dan Aina memang menolak mentah-mentah untuk minum susu ni.
Xiaomi Redmi Note 5A 2019-01-01-1539

Pada waktu malam, Aina duk merengek tak mahu tidur, jadi kami membawanya ke Klinik Dr Siti Kota Warisan. Ironinya di klinik Dr Siti boleh pula dia dengan selambanya bermain mainan di sana macam tiada sakit apa-apa. Doktor yang memeriksa Aina kata Aina masih okay sebab masih banyak air dan aktif, tapi perlu dipastikan bahawa Aina selalu minum untuk gantikan apa dimuntahkan atau yang keluar melalui cirit-birit.

Kami dibekalkan dengan air garam yang perlu dibancuh dengan air masak 250ml tapi diminum hanya 80ml.

1 Januari 2019 jam 11:03 malam hari Selasa
Aina ceria dan galak bermain di Klinik Dr Siti padahal semasa di rumah tadi duduk merengek je kerjanya.
Xiaomi Redmi Note 5A 2019-01-01-2303

Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, Aina mula merengek, adakah dia ni sebenarnya sengaja nak ajak keluar berjalan-jalan?

Sampai sahaja di rumah, dan Aina berjaya ditidurkan, Master mula mengalami cirit-birit juga...

Ulasan

Kiriman Berkaitan