Langkau ke kandungan utama

Jumlah Paparan Halaman

Areeya Seafood

Areeya Seafood adalah salah satu destinasi tempat makan kegemaran kami sekeluarga kerana ia mempunyai ruang yang luas, tempat letak kereta yang luas, dan paling penting menawarkan menu masakan Thai yang jarang kami jumpa.

Areeya Seafood terletak hampir 7 kilometer dari Bandar Baru Salak Tinggi menjadikannya kami meletakkannya sebagai salah satu tempat makan menarik di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi.

Orang Thailand suka pedas dan kami akui masakan Thailand di sini memang pedas berasap, jadi semasa membuat pesanan tu bolehlah tanya pedas atau tidak, dan boleh minta mereka kurangkan tahap kepedasan tu.

Penafian: tiada kedai makan yang sempurna, begitu juga dengan Areeya Seafood ini, apa yang menarik kami makan di sini kerana masakan Thailandnya yang jarang ditemui dan membuka selera, untuk masakan lain boleh cuba rasa dan nilai sendiri.

Menu makanan dan harga makanan di Areeya Seafood

Areeya Seafood
Nombor telefon 014-2295696
Xiaomi Redmi Note 5A 2018-04-26-203817
26 April 2018 jam 8:35 malam hari Khamis
Harga menu makanan di kedai makan Areeya Seafood untuk ketam, udang galah, dan ikan adalah mengikut harga pasaran.
Harga menu makanan udang atau sotong mengikut jenis masakan.
XiaomiR Redmi Note 5A 2018-04-26-2035
26 April 2018 jam 8:39 malam hari Khamis
Menu makanan dan harga makanan pelbagai jenis masakan Bihun, Mee, Kuey Tiow, dan Maggie di kedai makan Areeya Seafood.
Celup, Goreng, Tomyam, Latna, KongFu, Hailam, Sup, Bandung, dan Hong Kong.
Xiaomi Redmi Note 5A 2018-04-26-2039
26 April 2018 jam 8:36 malam hari Khamis
Harga pelbagai jenis makanan mengikut set di kedai makan Areeya Seafood.
Set A: Tomyam PokTek, Siakap 3 Rasa, Kailan Ikan Masin, Daging Merah, Udang Tepong (Tepung), Telur Dadar
Set B: Sup Tulang, Siakap, Kangkong Belacan, Udang Petai, Telur Bistik
Set C: Tomyam Seafood Special, Siakap Ratprik, Sayur Campur, Puyuh Goreng, Ketam Kari, Telur Dadar
Set D: Ikan Singgang, Lidah Merah, Ikan Rebus Goreng, Daging Goreng, Udang Petai + Budu, Ikan Kembong Bakar
Set E: Ikan Kengsom, Homok Seafood, Kailan Ikan Masin, Daging Goreng, Sotong Petai, Telur Dadar
Set F: Tomyam Campur, Kailan Ikan Masin, Daging Merah, Udang Tepong, Telur Dadar, Nasi Putih
Xiaomi Redmi Note 5A 2018-04-26-203614

Menu Masakan Sayur

26 April 2018 jam 8:39 malam hari Khamis di kedai makan Areeya Seafood
Menu pelbagai jenis masakan sayur dan harganya.
Kailan Ikan Masin RM 5.00, Kangkong Belacan RM 4.50, sayur Campur RM 4.50, Pucuk Kacang Goreng RM 4.50, Bokkoree Goreng RM 6.00, Cendawan Goreng RM 5.00, dan Peria Goreng Udang RM 5.50
Xiaomi Redmi Note 5A 2018-04-26-203940

 

Lokasi kedai makan Areeya Seafood

 Disertakan peta lokasi kedai makan Areeya Seafood, kawan-kawan bolehlah review makanan di sini untuk membantu perniagaan mereka. Sayang jika tempat makan best seperti Areeya Seafood ni terpaksa tutup sebab tak laku.

Ulasan

  1. sebab tu bila g kedai thai jgn order masakan melayu.. order yang ala2 thai ke tomyam gitu.. takpun direct je tanya apa yg best kt sini. haha. nice sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. tomyam dia macam biasa opppss tercakap pula.. tapi tekak masing-masing kan...

      Padam

Catat Ulasan

Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.

Kiriman Berkaitan