Langkau ke kandungan utama

Seperti hendak menepung tiada berberas

Maksud Peribahasa "Seperti hendak menepung tiada berberas"

Mustahil untuk menghasilkan sesuatu dengan sempurna jika tiada bahan atau sumber yang sepatutnya.

gambar tepung hong kong terigu di Malaysia kegunaan superfine rose buat roti high protein untuk kek jenis pulut

Maksud mudah peribahasa "Seperti hendak menepung tiada berberas"

Menepung bermaksud: menumbuk atau mengisar beras dan lain-lain hingga menjadi tepung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Menepung jagung bermaksud: me­numbuk atau mengisar biji jagung hingga menjadi tepung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Berberas bermaksud: mempunyai beras (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Peribahasa "tak berberas akan ditanak" bermaksud tidak ada kepandaian untuk dipertunjukkan (dalam keramaian dan lain-lain). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Pada masa dahulu, nenek moyang kita menghasilkan tepung daripada beras. Beras ini ditumbuk menggunakan lesung sehingga menjadi tepung.

Oleh itu, barang asas untuk membuat tepung ialah beras.

Jadi jika kita nak hasilkan tepung tapi tidak diberi beras tentulah amat tidak sesuai.

Contoh karangan ayat menggunakan peribahasa "Seperti hendak menepung tiada berberas"

Kami hendak merakamkan satu babak di dalam sebuah rumah agam yang menggambarkan zaman penjajah tetapi kami tidak dibekalkan alatan yang sesuai seperti perabot lama untuk menghidupkan kembali suasana zaman silam itu. Bagaimanakah dapat kami hasilkan filem yang baik? Inilah yang dikatakan seperti hendak menepung tiada berberas.

 

Ulasan

Kiriman Berkaitan