Presiden Atlanta, Darren Eales menegaskan mereka tidak akan menjual Miguel Almiron untuk bayaran murah.

Terdapat pasukan dari Liga Perdana Inggeris yang berminat dengan Almiron, seperti Newcastle, Tottenham dan Arsenal yang dikatakan sedang menanda pemain itu.

Tetapi Eales menegaskan bahawa Almiron hanya akan dilepaskan pada harga yang dikehendaki oleh Atlanta.

Gambar pemain Atlanta jersi nombor 10 Miguel Almiron

Almiron dan rakan sepasukannya bersedia untuk perlawanan akhir MLS menentang Portland Timbers pada malam ini (Sabtu).

"Saya telah melihat beberapa perkara yang menggembirakan di dalam akhbar, dengan jelas kami tidak akan meminjamkan salah seorang pemain kami dan kami pastinya tidak akan membiarkan mereka pergi untuk bayaran yang sedikit seperti yang saya lihat dalam beberapa laporan," katanya kepada Sky Sports .

"Jika tawaran itu betul dan serius, kita akan pertimbangkan, tetapi bukan untuk angka-angka lucu yang saya lihat yang disebut dalam akhbar."