بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


 

Sekarang Tedi sedang menunggu basuhan toto di kedai dobi layan diri Laundrybar di Taman Seroja di Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang di Selangor di Malaysia.


Bergaduh pasal mesin basuh kedai dobi layan diri

Tajuk karangan ni sebenarnya sudah wujud sejak 12 Oktober 2018 lagi, ketika itu Tedi dan Master bertelagah nak guna mesin basuh berat berapa kilogram untuk basuh toto?

Hari ini masalah itu kembali menghantui kami dan kerana itulah Tedi teringat tentang tajuk karangan ini sekaligus berazam untuk menyudahkannya walaupun hanya dengan menaip di telefon pintar.

Bila lagi nak dapat masa untuk mengarang ya tak?

Di kedai dobi layan diri 24 jam Laundrybar ini ada 3 mesin basuh dengan berat berbeza iaitu 10 kg, 15 kg, dan 28 kg.

Kami nak basuh toto sehelai jadi kami berbeza pandangan tentang mesin basuh 15 kg kah atau 28 kg kah yang sesuai untuk basuh toto?

Mesin basuh 10 kg tentunya tidak dipertimbangkan kerana nak sumbat toto tu pun dah penuh.

Tedi nak gunakan mesin basuh 28 kg untuk memastikan toto tu boleh berpusing-pusing berenang-renang dengan bebas dalam besin mesin basuh tu.

Tapi Master kata, melampau sangat basuh toto sehelai dalam mesin basuh sebesar tu. Harganya ialah MYR 15 untuk basuhan panas, minimum MYR 11 kalau basuhan sejuk.

Tedi kata jangan berkira sangatlah Master, ini keperluan, bukannya kehendak!

Okay, Master setuju. Tapi taqdir menyebelahi Master, mesin basuh 28 kg tu ada orang guna! Hanya ada 1 je mesin basuh bersaiz 28 kg di sana.


Basuh toto guna mesin basuh 15 kg

gambar mesin basuh 15 kg yang kami gunakan untuk basuh toto.
15 Disember 2018 17:49 Sabtu
Guna mesin basuh 15 kg untuk basuh toto di kedai dobi layan diri Laundrybar di Taman Seroja.
Xiaomi Redmi Note 5A ƒ/2.2 1/33 3.79 mm ISO640.

Akhirnya kami memutuskan untuk menyumbat toto tu ke dalam mesin basuh 15 kg walaupun nampak macam tak berapa selesa untuk toto tu duduk dalam tu.

Harganya ialah MYR 8 untuk cucian panas, dan MYR 6 untuk cucian sejuk.

Tapi bila mesin tu masukkan air, sebenarnya toto tu separuh je daripada saiz mesin basuh 15 kg tu, jadi tiada masalah sebenarnya.

Cuma mungkin kami kena bawa sabun sendiri lain kali sebab tak nampak pun ada buih sabun, kedekut agaknya Laundrybar ni masukkan sabun entah beberapa cubit pun kita tak tahu.

Masa cucian panas untuk mesin basuh 15 kg ni hanya 26 minit, jadi Tedi boleh menunggu sambil mengarang. Ada Wi-fi percuma disediakan cuma slow gila, lebih baik guna line telefon sendiri sahaja, malangnya line Celcom di sini pun slow hanya ada 2 bar sahaja.

Okay, dah siap basuh, sekarang tunggu keringkan pula. Kos mesin pengering ialah MYR 4 sahaja, dan masa pengeringan ialah 24 minit, jadi kita perlu habiskan masa sejam lebih kurang di sini.


Basuh Toto Mesin Basuh 10 KG di De'Salju Laundry

Tetapi semasa Tedi berada di De'Salju Laundry pada Mei 2019, ada seorang pelanggan bertanya nak basuh toto guna mesin berapa kg? Pilihan mesin basuh layan diri yang ada di sana cuma 10 kg dan 12 kg.

Tedi tak boleh nak jawab kerana tiada pilihan yang nampak optimal di sana memandangkan pengalaman yang Tedi ada hanya menggunakan mesin basuh 15 kg untuk basuh toto.

Kemudian pakcik tu masukkan toto-toto tu setiap satu ke dalam mesin basuh 10 kg, nampak okay dan tiada masalah pun.


Sinopsis:

Karangan ini adalah menjawab persoalan dan pertelagahan mengenai basuh toto guna mesin basuh berapa kg, basuh toto mesin berapa kg, mesin basuh untuk toto, mesin basuh berapa kg boleh basuh toto dengan fokus kepada minimum saiz mesin basuh (dalam kilogram) yang sesuai digunakan untuk basuh toto.


20181215, 201905

<kembali ke atas>|<ke laman utama>