Karangan ini akan menceritakan mengenai: Court Badminton di NilaiHarga Sewa Court Badminton Dream Badminton NilaiLokasi Kompleks Sukan Airport Nilai bagi tahun 2018.

Court Badminton di Nilai

Apabila kawan-kawan Master mengajak beliau bermain badminton, mereka akan mencari court badminton di Nilai di Negeri Sembilan. Ini adalah kerana Nilai merupakan kawasan bandar yang terhampir dengan Bandar Baru Salak Tinggi, di mana BBST tidak mempunyai gelanggang badminton untuk disewa.

Sebenarnya Tedi tidak pasti jika benar di Bandar Baru Salak Tinggi tiada dewan badminton.

Mereka akan bermain selalunya di Dream Badminton Nilai yang terletak di tingkat 3 Kompleks Sukan Airport Nilai. Kompleks Sukan Airport Nilai ini kadangkala dipanggil Kompleks Sukan Nilai yang mana Tedi rasakan tidak sesuai kerana Kompleks Sukan Airport Nilai ini adalah di bawah pihak swasta.

Kadangkala ada juga orang panggil Kompleks Sukan Airport Nilai ni sebagai Kompleks Sukan KLIA Nilai yang lagilah Tedi rasakan sungguh mengarut.

Selain dewan badminton, di Kompleks Sukan Airport ni juga ada gym, kedai badminton, karaoke, kedai mamak nasi kandar, bowling keluarga, bowling VIP, dan kedai 7-Eleven. Tetapi kami selalu ke sana untuk bermain badminton sahaja.

Harga Sewa Court Badminton Dream Badminton Nilai

Dalam karangan ini Tedi akan fokus kepada harga tempahan gelanggang untuk bermain badminton di Dream Badminton Nilai. Ini adalah harga untuk tahun 2018.

Harga sewa gelanggang badminton Kompleks Sukan Airport Nilai pada tahun 2016 boleh disemak dalam kiriman: Kadar sewa gelanggang Dream Badminton Kompleks Sukan Airport Nilai tahun 2016 .

harga sewa gelanggang badminton Dream Badminton Nilai di Kompleks Sukan Airport Nilai di Negeri Sembilan bagi tahun 2018.

Terdapat 3 kategori harga untuk gelanggang badminton di Kompleks Sukan Dreamtel iaitu:

  1. Harga Tempahan Gelanggang Normal
    1. 6:01 pagi hingga 6:00 petang
      1. Isnin hingga Jumaat : MYR 15 sejam
      2. Hari Cuti: MYR 17 sejam
    2. 6:01 petang hingga 6:00 pagi: MYR 23 sejam
  2. Harga Tempahan Gelanggang VIP
    1. 6:01 pagi hingga 6:00 petang: MYR 25 sejam
    2. 6:01 petang hingga 6:00 pagi: MYR 30 sejam
  3. Harga Tempahan Gelanggang Pelajar
    1. 9:00 pagi hingga 4:00 petang: MYR 13 sejam

Kadar Normal dan Kadar Pelajar menggunakan gelanggang yang sama, manakala kadar VIP menggunakan gelanggang peribadi yang terlindung di sebalik langsir, jadi Tedi boleh kata siapa cepat dia dapat. Pelajar mungkin kena tunjukkan kad pelajar sebagai bukti anda adalah seorang pelajar.

Walaupun masanya dinyatakan dari jam 6:00 pagi sehingga 6:00 pagi, Tedi tak rasa yang Kompleks Sukan Nilai badminton ni dibuka 24 jam.

Untuk maklumat lanjut atau tempahan boleh telefon Kompleks Sukan Dreamtel di nombor telefon 06-799 0772. Jangan keliru kerana Kompleks Sukan Dreamtel dan Kompleks Sukan Airport Nilai adalah benda yang sama, tak tahulah kenapa alamat mereka menggunakan nama Kompleks Sukan Dreamtel, nama syarikat barangkali?

Lokasi Kompleks Sukan Airport Nilai

Anda boleh merujuk kepada peta Google di bawah untuk lokasi Kompleks Sukan Nilai.

 

 

 <kembali ke pangkal jalan>