Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2018

Jumlah Paparan Halaman

Aina Silang Kaki

Gambar Nor Aina semasa sedang duduk atas bean bag hitam sambil bersilang kaki.Adalah amat tak sopan bagi seorang anak gadis duduk bersilang kaki sama ada atas kerusi ataupun di atas bean bag.1 tahun, 5 bulan, 9 hari. Redmi Note 5A ƒ/2 1/12 3.51 mm ISO2500 Redmi Note 5A ƒ/2 1/12 3.51 mm ISO3200

Gemburkan tanah, semut api membuat sarang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha PenyayangSelawat dan salam ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarganya, para sahabatnya.

Kebelakangan ini Tedi kembali aktif menggemburkan tanah sekangkang kera di belakang rumah.Tujuannya adalah untuk membantu pertumbuhan pokok pisang dan pokok limau kasturi yang baru sahaja ditanam.Tetapi Tedi dapati bahawa tanah yang digemburkan itu telah dijadikan sarang oleh segerombolan semut api.Semut api ini pula menyerang rumah jiran sebelah.Tedi berasa sungguh sakit hati dengan perbuatan mereka ini. Semut api ini seperti susu punya lembu, sapi mendapat nama, Tedi yang gemburkan tanah, mereka pula membuat sarang!Tedi kadangkala tertanya-tanya adakah boleh ungkapan ini dijadikan peribahasa?, “Gemburkan tanah, semut api membuat sarang”.Mungkin sahaja kita boleh memberikan ia maksud, orang yang mendapat keuntungan di atas usaha orang lain.Selain itu Tedi tertanya-tanya jika boleh Tedi bunuh sahaja semua semut ini? Apa kata Tedi sembur racun serangga ke ata…

Guna GL MiCare di Hospital Putrajaya

Pada 20 Julai lalu, Nor Aina sekali lagi dimasukkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya kerana nafas kencang, muntah-muntah dan demam. Kami ke sana sekitar jam 8 pagi. Setelah sekian lama menerima rawatan dan dipantau di Jabatan Kecemasan tersebut, doktor telah memaklumkan kepada kami bahawa Aina perlu ditahan di wad. Urusan kemasukan ke wad bermula dengan pendaftaran di kaunter hasil. Tempat Master bekerja ada menawarkan faedah untuk kesihatan melalui perkhidmatan yang disediakan oleh MiCare. Master telah membuat semakan melalui mobile app Micare dan mendapati bahawa Hospital Putrajaya termasuk hospital yang terima perkhidmatan MiCare ni. Oleh sebab itu Master membuat keputusan untuk mendaftar masuk ke wad menggunakan MiCare. Proses GL MiCare untuk kemasukan ke wad Sepatutnya prosesnya adalah seperti berikut: Dapatkan surat rujukan doktor atau akuan kemasukan ke wad daripada pihak hospital dan minta mereka faks atau email kepada MiCare. Telefon Mi…

Menyelit

Gambar Aina sedang menyelit celah sofa. Punyalah banyak tempat boleh lalu, dia nak lalu juga celah sofa yang sempit tu. Umur: 1 tahun 5 bulan 9 hari 28 Jul 2018 10:17 | IMG_20180728_101722.jpg | 15.9 MP3456 × 46081.2 MB Redmi Note 5A | ƒ/21/203.51 mmISO1000

Singgah di Megaklinik Zahran Bandar Baru Bangi

18 Jul 2018 | Wed, 20:57 | IMG_20180718_205756.jpg | 15.9 MP 4608 × 3456 1.2 MB | Redmi Note 5A | ƒ/2 1/25 3.51 mm ISO640 1 tahun, 4 bulan, 29 hariKetika ini bawa Aina ke Megaklinik Zahran di Bandar Baru Bangi.Terus ke klinik tersebut dari tempat kerja Master dan Mommy.Master bawa Aina ke sana dengan harapan ada nasihat doktor yang lain daripada biasa, setelah masalah kahak dan muntah Aina masih tidak berkurangan.Terlalu ramai orang di sana mengalahkan hospital kerajaan. Masa menunggu yang lama.Nasihat doktor pun biasa-biasa sahaja.Kena ambil neb, tapi nak tunggu ambil neb tu pun lama juga. Sepatutnya kena jumpa doktor selepas neb, tapi alih-alih nurse kata tak payah.Mommy terserempak dengan kawan beliau di sana yang membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan.Dipendekan cerita, ini adalah kali pertama dan mungkin terakhir kami ke sana.

Medical Check Up Aina di Hospital Putrajaya - 1 tahun 4 bulan

Hari ini bawa Nor Aina ke Hospital Putrajaya untuk pemeriksaan kesihatan berjadual sempena dia lahir tak cukup bulan.Umur Aina ketika ini ialah 1 tahun, 4 bulan, 28 hari.17 Jul 2018 | Tue, 11:11 | IMG_20180717_111119.jpg | 1.6 MP 1080 × 1440 100.6 KB

Aina sudah rajin berjalan

1 Zulkaedah (14 Julai 2018)Hari ini merupakan hari yang agak istimewa kerana orang sudah mula sibuk nak berangkat ke Madinah atau Makkah kerana musim haji.Hari ini juga Aina sudah mula rajin untuk berjalan. Dia akan melangkah beberapa tapak, jika ada bean bag, dia akan menyerbu dengan laju, mentang-mentang bean bag tu lembut maka dia tahu ada tempat baik untuk landing.Tapi jika dia berjalan ke arah tiada bean bag, tahu pula dia untuk berjalan dengan perlahan dan tertib, tidak seperti lori tiada brek.Sebenarnya sejak semalam lagi dia sudah menunjukkan kerajinan untuk berdiri dengan berpaut kepada Master sebelum menyerbu bean bag.Ketika ini umurnya patut 1 tahun 4 bulan dan 24 hari.

Kiriman Berkaitan