Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2018

Jumlah Paparan Halaman

Zulfarhan nafi ke bilik komputer riba hilang

Kuala Lumpur: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, semalam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Pegawai Kadet Zulfarhan Osman Zulkarnain pernah disoal rakannya berhubung kehilangan komputer riba milik seorang lagi rakan mereka.Penuntut tahun tiga Jurusan Perubatan UPNM, S Hari Krishna Rao, 22, berkata, dia turut menyoal Zulfarhan Osman mengenai kehilangan komputer riba milik Muhammad Akmal Zuhairi Azmal yang kemudian dicamkan sebagai tertuduh pertama dalam kes bunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan. Menurutnya, ‘soal siasat’ itu dilakukan di bilik asrama bernombor 3-05 pada awal pagi, 21 Mei tahun lalu.“Hairi (Muhammad Akmal Zuhairi) beritahu saya, suspek iaitu Zulfarhan ambil komputer riba dia. Selepas itu kami ke bilik Zulfarhan di bilik 3-06.“Ketika masuk ke bilik itu, saya bertanya pada seorang penghuni bilik berkenaan di mana Zulfarhan, penghuni itu kata dia tidur lalu kami pulang semula ke bilik 3-05. Tidak lama kemudian Zulfarhan datang ke bili…

Kad Touch n Go tidak sah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.Selawat dan salam buat Nabi Muhammad, ahli keluarga baginda, dan para sahabat baginda.Wow... karangan ini memang menduga kesabaran kerana beberapa kali Tedi kehilangannya sebelum dapat kirim di sini.Pagi Khamis, 21 Jun 2018, kami tiba dari Kelantan pada waktu Subuh. Lebih tepat lagi waktunya di sekitar jam 5:15 pagi. Ketibaan kami ini adalah setelah melalui kembara selama 9 jam dari Wakaf Bharu di Kelantan Darul Naim ke Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang di Selangor Darul Ehsan. Perjalanan kami lancar, kereta banyak juga tetapi tidaklah sesak. Master mengambil pendekatan malas memotong dalam kembara kali ini.Mummy cuti, tetapi Master pula terpaksa bekerja.Master agak mengantuk, almaklumlah baru sampai kemudian nak kena ke pejabat pula, jadi Master mengelak daripada memandu kereta ke tempat kerja pada hari ini. Sebagai alternatif, Master boleh menaiki tren ERL di stesen Salak Tinggi atau menaiki KTM Komuter di stesen Nilai atau s…

Singgah RNR Gua Musang 20180621

Jam 1 pagi lebih.Kami dlaam perjalanan pulang ke Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang di Selangor di Malaysia dari kampung halaman Mummy di Wakaf Bharu di Kelantan di Malaysia.Singgah sebentar di Hentian Rehat Gua Musang yang khabarnya dibina oleh tokay Ekspress Mutiara.Anak tokay Ekspress Mutiara tu kawan Mummy. Kami singgah ke rumahnya yang besar macam stadium tu pada jam 1 pagi ni sebab Mummy nak ambil beg galas yang dikirim daripada kawan beliau di luar negara.Penuh kereta Subaru XV apabila balik kampung dengan tempat duduk penumpang pun penuh barang.Jika kawan-kawan nak beli kereta untuk keluarga, fikirlah dua tiga empat kali kalau nak beli Subaru XV sebab serius sempit.Ketika ni aina berumur 1 tahun, 3 bulan, 29 hari.

Tiada rotan, akar pun berguna

Peribahasa ini pertama kali Tedi sebut dalam satu kiriman mengenai aktiviti seorang budak Bajau Laut di Sipadan yang menggunakan besin sebagai sampannya.Kawan-kawan pun pasti tahu maksud peribahasa Tiada Rotan, Akar pun berguna tersebut.Secara ringkas ia bermaksud jika tiada alat atau benda yang paling diingini atau paling sesuai untuk melakukan sesuatu, peralatan lain yang kurang bagus pun cukuplah untuk laksanakan tugasan tersebut. Apa yang Tedi nak sebut pada malam ini adalah mengenai kaitan antara rotan dan akar.Rotan, mungkin ramai yang terlintas dalam fikiran ia digunakan untuk dibuat perabot dan juga untuk merotan.Rotan yang halus pula selalunya digunakan untuk mengikat barangan.Rotan terkenal dengan sifat lentur tetapi pada masa yang sama ia sangat liat. Keliatannya itu menyebabkan ia sangat tahan digunakan sebagai pengikat. Mungkin sebab itu rotan juga disebut dalam pepatah "berkerat rotan, berpatah arang" yang memberi maksud pergaduhan atau permusuhan yang sangat he…

Harga Dobi Layan Diri di Bandar Baru Salak Tinggi

Malam ni Tedi mendobi layan diri lagi. Jika tangkap gambar diri sendiri dipanggil swafoto, maka dobi layan diri mungkin boleh disebut swadobi? Atau kita bagi istilah baru untuk layan diri?Salah satu masalah dobi layan diri di Bandar Baru Salak Tinggi ini ialah nak membandingkan harga di antara bisnes dobi layan diri di Bandar Baru Salak Tinggi yang bercambah seperti cendawan lepas hujan.Tedi pernah menemuramah dua orang pengusaha atau usahawan bisnes dobi layan diri dan mereka kata modal buka kedai dobi layan diri ialah 100 ribu sehingga 300 ribu. Modal itu sebahagian besarnya diperuntukkan untuk mendapatkan atau beli mesin dobi layan diri.Selain itu Tedi memerlukan mesin basuh yang besar minimum 15 kilogram sebab Tedi nak basuh toto, cadar, atau permaidani kapas.Jadi mulai malam ini mungkin Tedi akan catat harga yang ditawarkan oleh setiap kedai dobi layan diri yang Tedi singgah.Laundrybar, Taman SerojaMenggunakan token RM 1. Tedi tak menggemari sistem token sebab ia memaksa kita men…

Kenapa tayar botak tepi bahagian luar tayar?

Tayar depan kereta Proton Persona Elegance 2009 kelihatan mengalami tayar botak pada bahagian luar tayar.Hal ini agak membingungkan sebab Master selalu pam tayar, sepatutnya tayar botak di bahagian tengah tayar terlebih dahulu. Agak bahaya apabila sisi tayar botak terlebih dahulu kerana bahagian sisi tayar kurang kuat berbanding bahagian tengah tayar.Ini adalah jawapan yang Tedi perolehi semasa kaji kenapa tayar kereta haus di bahagian tepi.Apabila sisi sebelah dalam tayar, atau sisi sebelah luar tayar haus lebih cepat berbanding bahagian lain tayar, ia bermaksud penjajaran tayar (wheel alignment) diperlukan.Terdapat camber yang berlebihan pada penyerap hentakan (suspension) bahagian depan menyebabkan tayar bergantung terlalu banyak sama ada ke bahagian dalam atau luar dan meletakkan terlalu banyak beban kepada satu sisi tayar.Kereta tersebut mungkin perlukan penjajaran tayar, tetapi kesilapan penjajaran boleh sahaja berlaku disebabkan oleh spring mendap, sendi bola yang telah haus, da…

Kenapa Hospital Gomen Tiada Bangunan Letak Kereta?

Hari ini 6 Jun 2018, Aina ada temujanji di Hospital Serdang.Temujanji ini adalah temujanji kedua dengan pakar jantung kanak-kanak.Kami sampai sebelum jam 9. Mommy ambil nombor untuk daftarkan Aina.Master pula cari tempat letak kereta di sekitar Hospital Serdang.Ia adalah satu cabaran besar di sini kerana tiada tempat letak kereta yang mencukupi. Master terpaksa letakkan kereta di tepi jalan besar, yang agak menyusahkan pengguna jalan tersebut.Bahkan para doktor pun terpaksa parking di tepi jalan.lagi dahsyat apabila sebuah ambulance pun letak ambulance di tepi jalan, di belakang kereta kami.Hal ini membuatkan Tedi tertanya-tanya, kenapa kalau gomen buat hospital, tidak dibina sekali dengan bangunan letak kereta?Tambahan pula di Hospital Serdang ni ada juga bangunan UPM, maka lebih penting untuk mewujudkan bangunan letak kereta.Bukan Hospital Serdang sahaja, Hospital Putrajaya pun sama. Selalunya hanya hospital kerajaan yang dah lama sahaja akan bina bangunan letak kereta, seperti Hosp…

Guru pondan usah diberi muka!

Kandungan kartunDialog Kota Raya oleh JuraganGuru pondan usah diberi muka - Kesatuan Guru-guru Agama Malaysia Barat (KGAMB)Cikgu Besar: "Memang seseorang guru haruslah mempunyai sifat penyayang dan lemah lembut... tapi bukan pondan!!!"Cikgu: "Ops mak kau!! Eee... Cikgu Besar ni... jahat tau! Terkejut kita!"instagram safiey ilias ig. skandal cikgu sekolah. lirik lagu terima kasih nur sajat. melayu kebangsaan rendah tuisyen kelas mariam khalifah mudah soalan perniagaan buat duit online. guru malaysia kereta kerja dari rumah. peperiksaan bank rakyat cari edit gambar kartun berniaga lebih sampingan jana tambahan. nak cara kosong download cerita photo wallpaper animasi.

Ambil ubat Aina di Hospital Putrajaya

~Hospital Putrajaya, Unit Farmasi, B - Lain-lain Kaunter, No. anda : 6086, No. Sekarang : 6072, Sila duduk. Anda akan dilayan sebentar lagi, 01/06/2018 09:51~Jumaat, 1 Jun 2018.Hari ini kami keluar lewat dari rumah, sekitar jam 7 pagi. Ketika dalam perjalanan, apabila kami tiba di persimpangan Lorong Aman, Master telah memutuskan untuk elakkan melalui Persimpangan Dengkil.Keputusan itu diambil kerana Master sudah bosan asyik sangkut di Persimpangan Dengkil itu hampir 20 minit. Kesesakan secara umumnya kerana banyak kenderaan dan banyak pula kenderaan yang buat U-turn dan langgar lampu merah.Kami menggunakan Lebuhraya Utara Selatan melalui susur keluar Southville.Tol telah berkurangan sebanyak 80 sen sebab konsesi tol Metramac telah tamat mulai hari ini.Percaturan Master itu tampak berbaloi apabila tiba-tiba sahaja kami sampai ke Pantai Permai sebelum jam 8 pagi!Malangnya baru kami sedari Master lupa bawa botol susu Aina, manakala botol susu rizab pula telah dikeluarkan dari beg pakaia…

Kiriman Berkaitan