Langkau ke kandungan utama

Tempah Xiaomi Redmi Note 5A Prime dari Lazada

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Assolatu wassalamu ála rasulullah saiyidina Muhammad wa ála alihi wa sohbihi ajamai’n


Assalamuálaikum wa rahmatullahi wa barokatuh


Karangan kali ini adalah mengenai pengalaman pertama Master membeli barang menggunakan portal beli-belah atas talian, Lazada. Agak susah nak kikis perasaan takut tetapi orang putih kata, “life must go on”.


20180412-xiaomi-redmi-note-5a-prime-malaysia

  • Master bukanlah seorang manusia yang membeli barangan menggunakan laman web.
  • Selalunya hanya Mommy sahaja yang membeli barang menggunakan internet.
  • Tetapi kali ini Master nak beli sebuah telefon pintar dengan bajet terhad tetapi mahukan spesifikasi yang tinggi.
  • Salah satu cara untuk mencapai cita-cita tersebut adalah dengan membeli gajet tersebut menggunakan kemudahan laman web membeli-belah seperti Lazada, 11 Street, dan Shopee.
  • Memandangkan Master agak skeptikal untuk membeli melalui portal-portal yang disebutkan tadi, kawan Master turut mencadangkan satugadget.com dan directd, di mana kedua-duanya mempunyai kedai yang membolehkan Master membelinya terus di kedai jika mahu.
  • Master turut pergi ke kedai-kedai telefon di D’Pulze Cyberjaya dan mendapati harga telefon di sana mahal dalam RM 200. Telefon Samsung lagilah, harap mahal, spesifikasinya rendah, tak lama lagi spesifikasi seperti itu bakal menjadi tukun.
  • Akhirnya Master memilih untuk membeli telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A Prime dengan harga RM 599 melalui portal membeli-belah Lazada.
  • Master memilih untuk membeli melalui Lazada kerana ratingnya paling tinggi dari sudut kepuasan pengguna iaitu 3.5 bintang. Selain itu Master memilih Lazada kerana Xiaomi ada laman jualan rasmi dalam Lazada. Jika Xiaomi percayakan Lazada, tentulah kerana Lazada boleh memenuhi keperluan mereka. Betul tak?
  • Master memilih untuk membeli Xiaomi Redmi Note 5A Prime kerana beberapa faktor seperti:
    • Harga memenuhi bajet di bawah RM 600.
    • Ia mempunyai memori 4 GB RAM dan ruang storan 64 GB ROM. Semakin tinggi RAM membuatkan phone anda semakin pantas namun menghabiskan bateri, manakala semakin tinggi ROM membolehkan anda install lebih banyak aplikasi dalam telefon atau simpan gambar dan video.
    • Kamera selfie 15 megapiksel. Wow! Telefon mahal je ada piksel selfie tinggi seperti ini. Selalunya pada phone yang harganya lebih daripada RM 1000 seperti Huawei Nova 2i, atau Sony Xperia yang digunakan Mommy.
    • Hanya tiga perkara itu sahaja menjadi ukuran sebab Master nak guna telefon itu untuk urusan kerja beliau.
    • Selain tu Master nak gunakan Waze, jadi GPS menjadi ukuran, namun prestasi GPS tidak boleh diukur, hanya boleh tanya kawan-kawan sahaja.
  • Master membuat tempahan telefon pada jam 12 tengah malam 11 April 2018, menggunakan kad kredit Maybank Islamic dan bayaran ansuran selama 6 bulan.
  • Pada jam 12:46 tengahari 11 April 2018, order tracker (penjejak tempahan) pada akaun Lazada milik Mommy menunjukkan bahawa barang yang Master beli telah dibungkus dan sedang dihantar ke syarikat penghantaran. Sampai sekarang, 5 pagi 12 April 2018, statusnya masih sama.
  • Hari ini kami akan ke Hospital Kuala Lumpur untuk check up Aina pada sebelah pagi. Harap-harapnya Master akan memperolehi telefon baru itu pada petang ini.

Ulasan