Panduan Pilih Kasut Badminton ASICS

Memilih kasut badminton selalunya berdasarkan kepada dua perkara iaitu kepantasan dan kestabilan. Karangan ini akan menyentuh tentang kasut badminton ASICS yang direka untuk memenuhi dua gaya permainan dalam sukan badminton.

ASICS mencadangkan kepada para pemain sukan badminton untuk kenali gaya permainan mereka.

Kita perlu tahu sama ada kita ni seorang pemain yang mempunyai daya pukulan yang kuat dari bahagian belakang gelanggang, atau kita ini sangat selesa bermain di depan jaring?

Badminton kelihatan seperti satu sukan yang mudah, hanya memerlukan 2 atau 4 orang pemain, satu bulu tangkis, dan satu jaring. Peraturannya mudah dan gelanggang badminton juga kecil.

Tetapi bagi para pemain professional dan juga bertaraf kelab, mereka tahu bahawa badminton bergantung kepada segala-galanya. Kedudukan dalam gelanggang adalah penting, kepantasan dan kelincahan juga penting, dan deria taktikal yang tajam amat diperlukan.

Gaya permainan setiap pemain juga berbeza. Ada yang suka melompat tinggi dan menyerang dengan pukulan akrobatik. Ada pula yang suka memanjangkan masa, mengangkat dan membalas bola dengan bijak untuk memaksa lawannya melakukan kesilapan.

Kita bernasib baik kerama kerana ASICS menawarkan dua gaya kasut badminton yang membolehkan kita memilih mana yang lebih sesuai dengan gaya permainan kita.

 

Kestabilan di belakang Gelanggang

 Jika gaya permainan anda adalah dengan menghantar dan membalas pukulan lawan di sekitar kawasan baseline, ciri-ciri kasut yang diperlukan adalah:

  • Kestabilan dan sokongan yang memberikan rasa selamat apabila kita menuju sasaran dan membuat pecutan pendek,
  • Perlindungan impak yang melindungi kita semasa melompat dan mendarat.
  • Kasut yang melekap di kaki yang membuatkan kita selesa di sepanjang perlawanan.

Kasut badminton yang disarankan adalah ASICS GEL-BLADE.

kasut ASICS GEL BLADE 6 untuk lelaki berwarna biru putih. Kasut ini sesuai untuk permainan badminton dan skuasy secara taktikal

Lincah di depan Jaring

Jika anda adalah seorang pemain badminton yang suka menyerang menggunakan kemahiran olahraga dan kepantasan anda untuk mendapatkan posisi boleh menang dan membuat pukulan smash refleks pada jaring, ciri-ciri kasut badminton berikut diperlukan:

  • kasut yang rendah dan punyai tindakbalas cepat untuk membantu anda bergerak pantas dan lincah
  • cengkaman yang kuat untuk membantu anda mengubah arah secara mengejut,
  • kawasan pivot yang besar pada tapak kasut untuk menghasilkan prubahan arah yang lebih cekap dan agresif
  • kasut yang melekap di kaki untuk pastikan semua kuasa anda dihantar ke gelanggang. 

Kasut badminton ASICS yang dicadangkan untuk permainan gaya sebegini adalah dari siri GEL-PROGRESSIVE.

Gambar kasut badminton atau skuasy ASICS GEL PROGRESSIVE 2 untuk lelaki bagi permainan menyerang. Kasut biru putih oren

 

*Kedua-dua kasut ASICS GEL-BLADE dan ASICS GEL-PROGRESSIVE juga boleh digunakan untuk bermain skuasy.

 

Kiriman lain pasal kasut ASICS sebelum ini:

  1. Novak Djokovic pakai kasut ASICS
  2. Kasut badminton ASICS Gel-Rocket 7

 

Ulasan

Trending