Novak Djokovic pakai kasut ASICS

Asics telah melantik Novak Djokovic sebagai duta jenama antarabangsa.

Jenama sukan, kasut, dan pakaian dari Jepun itu telah mengumumkan perkongsian baru itu dengan melancarkan siri Gel Resolution Novak.

Djokovic mengulas perjanjian itu dengan berkata, “Saya teruja untuk bekerjasama dengan Asics. Mereka telah melakukan yang terbaik untuk memastikan bahawa teknologi yang digunakan adalah terbaik dan khusus untuk keperluan saya di dalam gelanggang tennis sebagai seorang pemain. Keringanan dan struktur sokongan pada bahagian tengah kaki membolehkan saya bergerak pantas sambil memiliki kestabilan yang baik.”
kasut ASICS gel resolution novak adalah kasut eksklusif 2018 untuk Novak Djokovic

Tedi tak rasa masalah teknologi yang dibincangkan di sini kerana pemain tennis tersohor Serbia itu bertukar dari kerjasama dengan kasut Adidas ke kasut Asics kurang dari suku tahun ini. Dia juga berpindah dari kerjasama jenama pakaian Uniqlo kepada Lacoste. Nampak sagat ia disebabkan masalah wang. Ada duit semua jadi... betul tak?

 

Novak Djokovic bergambar dengan kasut Gel Resolution Novak
Motoi Oyama, pengerusi, presiden dan CEO, mewakili pengarah, Asics Corporation berkata, “Tennis telah berkembang pantas beberapa tahun ini dengan ramai pemain memerlukan produk kasut yang membolehkan mereka bergerak pantas di sekeliling gelanggang sambil membuat pukulan keras. Kasut tennis akan menjadi fokus masa depan ASICS tatkala kami mahu mencapai wawasan untuk menjadi jenama kasut tennis nombor satu di dunia."
"Kami teruja untuk bekerjasama dengan Djokovic sebagai salah satu komitmen kami untuk menggalakkan manusia untuk lebih aktif bergerak sama ada di dalam atau di luar gelanggang. Djokovic adalah inspirasi kepada industri tennis dan para peminat di serata dunia, dikenali dengan kekuatan dan staminanya yang tinggi, fizikal dan mental. Ia agak fantastik untuk bekerjasama dengan seseorang yang berkongsi nilai dan kepercayaan yang dipegang ASICS setiap hari."

Itu pun ayat gula-gula ja tu. Apa yang penting ialah dapat promosi kasut ASICS dan dapat untung. Tak dapat jual kasut tennis kalau orang ramai tak main tennis, jadi orang ramai silalah beli kasut tennis ya...

Di Malaysia ni nak main tennis macam mana kalau kemudahan tennis dipandang eksklusif oleh rakyat marhaen? Apa kata ASICS bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan contohnya untuk promosi sukan tennis. Jangan promosi sahaja, tajalah gelanggang tennis sekali.

Tapi Malaysia mungkin bukan fokus mereka kerana sukan tennis tidak digilai dan menjadi budaya di sini.

Melalui perjanjian tersebut, Djokovic mengikuti jejak pemain terkenal seperti David Goffin (Belgium), Coco Vandeweghe (Amerika Syarikat), dan Gael Monfils (Perancis) menggunakan kasut berjenama Asics.

Walaubagaimanapun, tidak seperti ketiga-tiga pemain yang Tedi sebut tadi, Djokovic hanya akan menggunakan kasut Asics sepertimana juga dia hanya menggunakan jenama pakaian Lacoste.

 

Berita mengenai Djokovic dilantik menjadi duta jenama antarabangsa kasut ASICS ini telah diperolehi dari berita bertajuk "Asics signs Djokovic as global brand ambassador" bertarikh 11 Januari 2018.

Ulasan

Trending