Andai Aku

Hari ini Tedi nak berkongsi lirik lagu nasyid yang bertajuk Andai Aku dendangan kumpulan Mirwana.

Sebelum ini Tedi pernah berkongsi dan membicarakan perihal lagu Khalifah Pertama oleh kumpulan Mirwana ni.

Lagu "Andai Aku" ini telah disediakan lagunya oleh Mujahid Abdul Wahab dari kumpulan nasyid Nowseeheart, dan lirik nasyid Andai Aku ini ditulis oleh saudara Syah Rizal Mohamed yang Tedi percaya adalah ahli kumpulan Brothers.

Lirik yang Tedi salin ini adalah dari album Junjungan Mulia 2 oleh Gabungan Kumpulan Nasyid Malaysia pada tahun 2001.

Kenapa Tedi minat nasyid Andai Aku?

Tedi menggemari lagu Andai Aku oleh Mirwana ini adalah kerana beberapa sebab:

  1. lirik yang sungguh bermakna dan terus kepada maksudnya,
  2. lagu ini berentak perlahan dan membangkitkan nostalgia,
  3. lagu ini mengutamakan keharmonian suara kumpulan Mirwana

Lirik lagu Andai Aku

andai aku bisa mengulang kisah silam
pastiku mencuba mengukir kembali
kisah kehidupan diri ini

andai aku bisa diberikan peluang
pastiku mencuba menggapai impian
yang selama ini ku cita

namun hanya harapan yang kita impikan
tak mungkin terjadi
walaupun hanya seketika
ia kan tetap berlalu

harus aku biarkan semuanya berlaku
walau ku terseksa hadapi segala
sudah suratan yang Maha Esa

namun hanya harapan yang kita impikan
tak mungkin terjadi
walaupun hanya seketika
ia kan tetap berlalu

redha menerima segala rintangan
jadi pedoman kesilapan lalu
pohon restu cinta yang satu
percayakan pada kudrat-Nya

namun hanya harapan yang kita impikan
tak mungkin terjadi
walaupun hanya seketika
iakan tetap berlalu

 

anggota kumpulan Mirwana pada tahun 2004

Komen Tedi pasal lirik Andai Aku

Manusia selalu berangan untuk kembali ke masa silam. Manusia selalu berpendapat bahawa apabila mereka dapat kembalikan masa silam mereka, mereka akan mencuba mengubah sejarah dan sekaligus dapat mencapai apa yang dicitakan.

Tetapi semua itu dinafikan Allah subhanahu wa ta'ala di dalam al Quran yang memberitahu manusia bahawa walau dapat kembali ke masa silam, manusia tetap sama. Selain itu Allah subhanahu wa ta'ala juga memaklumkan bahawa manusia takkan pernah dapat kembali ke masa silam.

Jadi manusia haruslah beriman bahawa kesemua yang ditakdirkan tidak dapat diubah dan harus terima ketentuan Illahi. Sesungguhnya manusia telah diberi ilmu, jadi mereka harus fokus kepada masa depan.

Apa yang boleh manusia lakukan adalah menjadikan semua kesilapan lalu sebagai pedoman masa depan.

Ulasan

Trending