Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2018

Tambah nilai Touch n Go di MyMydin tanpa caj

Imej
~ iklan | email tedi.interpretzz@gmail.com untuk iklan seperti ini | iklan ~Kepada para pengguna kad Touch n Go yang selama ini pening kepala di manakah nak tambah nilai kad Touch 'n Go tersebut secara percuma?Apakah maksud tambah nilai Touch n Go percuma? Maksudnya ialah tambah nilai Touch n Go di Malaysia tanpa dikenakan sebarang caj. Selalunya caj yang dikenakan adalah 50 sen. Jangan pula kawan-kawan pergi ke lokasi berkenaan dan kata nak Touch n Go percuma... tak boleh lagu tu...Betulkah ada tempat boleh topup kad TNG dengan percuma? Jawapannya: ada.Macam mana boleh reload kad Touch 'n Go percuma kalau syarikat Touch n Go Sdn Bhd mengenakan caj ke atas perkhidmatan tambah nilai kad TNG tersebut?Jawapannya: sebab bukan syarikat TNGSB yang kenakan caj tersebut, sebaliknya ejen yang mengenakan caj tersebut. Contohnya jika anda reload di stesen minyak dan dicaj 50 sen, maka ejen di stesen minyak tersebutlah yang mengenakan caj tersebut untuk dijadikan sumber keuntungan mereka.…

Master update resume

Imej
27 Mac 2018: Kemaskini CVMaster mula kemaskini dan hantar resume kepada sebuah syarikat di Cyberjaya.Adakah Master akan bekerja di Cyberjaya selepas ini?Entahlah...Apa yang penting pada masa sekarang ni ialah update resume dan hantar sahaja kepada mana-mana job opening yang bersesuaian, mungkin di Cyberjaya dan Bangsar South.Semalam ada job hunter tanya Master jika berminat untuk bekerja di Mont Kiara... macam jauhlah pula... Dua Jumaat LaluPada dua minggu lepas semasa dalam perjalanan ke Masjid Ar-Rahah untuk menunaikan solat Jumaat, Master sempat berbual dengan seorang pakcik yang tidak dikenali.Perbualan itu berlaku dalam sebuah lift.Pakcik itu adalah pekerja Amway bahagian kewangan. Master tanpa segan silu bertanya jika ada kerja kosong di AMWAY.Pakcik tu kata ada.. memang ramai diperlukan, dan ada email dalaman syarikat AMWAY meminta para pekerja mereka mencadangkan sesiapa sahaja untuk bekerja.Bagi jawatan yang sesuai dengan Master, lokasi pejabatnya adalah di AMWAY cawangan Cybe…

Nor Aina mula diet NANKid OptiPro Step 3

Hari Ahad 25 Mac 2018 merupakan satu tarikh yang perlu dicatat dalam interpretZZ.

Sebab?

Si bayi kecil yang berusia tiga belas bulan tu baru sahaja memulakan diert minum susu formula NANKid OptiPro Step 3.

Tedi nak tengok betul tak teori Tedi tu yang ANMUM Essential Step 3 tu tak sesuai dengan Nor Aina sehingga menyebabkan masalah pernafasannya menjadi-jadi.

Tedi pun tak berapa sukakan ANMUM Essential Step 3 tu sebab bila basuh botol susu Aina rasa macam berminyak botol susu tu. Tapi dari segi bau, okayla walaupun susu tu dah lama.

Tapi dari segi harga, ANMUM Essential adalah lebih murah.

Apa-apa pun kita tengok sahajalah dulu.

500000 kunjungi interpretZZ

Imej
Bismillahirrahmanirrahim Assolatu wassalamu 'ala nabi Muhammad wa 'ala alihi wa sohbihi ajma'in
Hari ini merupakan hari yang mana interpretZZ mencapai satu rekod baru.

Hari ini interpretZZ telah mencapai kunjungan yang ke 500,000 (lima ratus ribu sahaja).



Kiranya rekod kali adalah setelah interpretZZ mendapat kunjungan ke 100,000 (satu ratus ribu) pada 7 September 2014 iaitu 3 tahun 6 bulan 18 hari yang lalu iaitu dengan perbezaan selama:
1295 hari185 minggu42 bulan31080 jam Jika Tedi dengan rajinnya membuat kira-kira, secara kasarnya interpretZZ dibaca sebanyak:308 halaman sehari2162 halaman seminggu9253 halaman sebulan12 halaman sejam Jikalah nilai satu halaman tu satu sen (RM 0.01), kaya dah Tedi, hehehe. Malangnya ia hanya mimpi.
Berbeza dengan zaman dulukala di mana Tedi berharap kepada ping busuk, pada masa sekarang Tedi lebih santai dan tidak aktif, hanya mengarang apabila ada mood. Jika kisah peribadi Tedi karang pendek-pendek sahaja dan publish, manakala jika ada …

Menguap (Tedi mengantuk)

Imej
:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang ::.: Selawat dan Salam buat Rasul junjungan, Nabi Muhammad sollallahu a'laihi wassalam :.Menguap adalah lumrah manusia.Tetapi ia bukan sahaja berlaku kepada manusia malahan turut berlaku kepada makhluk Allah yang lain.Menguap in English adalah yawn, manakala perbuatan sedang menguap pula disebut yawning.Menguap bermaksud satu tingkahlaku tidak sengaja membuka mulut dengan luas dan sedut nafas dalam-dalam ketika kita keletihan ataupun kebosanan.Mari kita tengok siapa lagi yang menguap?

Bayi Aina muntah susu beku macam keju.

Bayi Aina muntah susu bekuSepatutnya pada jam 1 petang tadi kami ada temujanji di Sonotron Tawakal.Kami bergerak dari rumah sekitar jam 12 tengahari bersama Mak Su Izati. Rancangannya adalah kami akan hantar Mak Su Izati ke Institut Perguruan Islam Bangi, sebelum bergerak ke Seksyen 8 Bandar Baru Bangi di mana terletaknya klinik Sonotron Tawakal.Kami tiba di IPG Bangi pada jam lebih kurang 12:30 tengahari.Belum sempat Master nak letakkan kereta dalam petak letak kereta di IPG Bangi tu tiba-tiba Aina nak muntah. Tiba-tiba juga dia muntah, habis baju dia dan baju Mommy kena muntah dia.Muntah Aina sungguh banyak, dan muntahnya macam susu basi yang dah bertukar menjadi keju! Baunya sungguh busuk.Mommy tumpang bersihkan dia di kolej IPG Bangi.Kami tangguhkan hasrat untuk mendapatkan rawatan kali ketiga di Sonotron Tawakal. Mommy menunda temujanji kami ke jam 9:30 malam nanti.Hajat nak bawa Tok Ma ke Senotron BangiInsya-Allah kami akan bawa Tok Ma ke klinik Senotron Tawakal itu untuk merawa…

Sketsa Kuda

Imej
Kawan-kawan jangan pelik pula dengan tajuk karangan Tedi kali ini.Mungkin kawan-kawan tengah tertanya-tanya, "apakah itu sketsa kuda?"Tedi malas nak jawab panjang, baca sahaja definisi daripada Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka di bawah:Definisi : (skétsa) 1. lukisan yg dibuat secara kasar dan cepat, lakaran; 2. karangan atau lakonan pendek yg menggelikan hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)Jadi gambar-gambar sketsa kuda yang Tedi kongsikan di bawah ini mungkin tidak menepati definisi di atas kerana ada lukisan yang tidak ringkas.Bagi Tedi, lakaran adalah lebih kepada lukisan yang dihasilkan menggunakan medium pensel atau pen hitam putih sahaja. Salah rupanya definisi Tedi selama ni?Bagaimana Melakar Seekor Kuda Menggunakan Bentuk-bentuk Ringkas?Ini adalah panduan bagaimana kita boleh melakar seekor kuda menggunakan beberapa bentuk ringkas tiga dimensi (3D). Sketsa Kuda Sedang BerlariLukisan teliti seekor kuda sedang berlari ke arah kiri menampakkan bahagi…

Makan di Fizo Mawar Kitchen

Imej
Jumaat, 23 Mac 2018, sekitar jam 7 malamKami terus bergerak menuju Seksyen 8 Bandar Baru Bangi kerana ada temujanji dengan Klinik Sonotron Tawakal pada jam 9:30 malam.Waze membawa kami melalui Lebuhraya PLUS dan keluar di susur Kajang. Dari plaza tol Kajang ke Bandar Baru Bangi tidaklah jauh.Kemudian kami menuju ke Petronas seksyen 7 di Bandar Baru Bangi kerana Master nak menunaikan solat fardhu Maghrib. Selesai solat Maghrib, kami mula mencari kedai makan untuk disinggahi.Banyak kedai makan untuk disinggahi, tetapi pada waktu itu sudah 8 malam, dan masa sudah suntuk untuk menepati temujanji rawatan Aina di Sonotron Tawakal Bangi.Nasib baik ada beberapa kedai yang sederet dengan Sonotron Tawakal tu walaupun jaraknya agak berjauhan tetapi kurang-kurang dalam kawasan yang sama, tidak perlu keluar ke jalan besar jika mahu ke Sonotron Tawakal. Jika RSMY Bangi dalam kawasan yang sama mahu sahaja Master mengulang makan nan cheese meleleh di sana.Memilih Kedai MakanMaster tanya Mommy kedai m…

Aina ke Sonotron Tawakal Bangi

Semalam 22 Mac 2018, Aina tinggal di rumah sahaja sebab tak berani nak biarkan dia bercampur dengan masyarakat awam, manalah tahu dia belum kuat lagi.

Mommy cuti semalam jaga Aina. Mommy pun sakit kepala juga macam nak demam.

Master sahajalah yang ke pejabat menaiki Subaru XV STI. Sengaja Master tinggalkan Proton Persona 2008 di rumah sebab Persona tu ada kerusi bayi (baby car seat).

Hari ini Master pula bercuti sebab tengok dada Nor Áina berombak laju sekitar 50 kali per minit. Bayi berumur setahun sepatutnya di bawah 30 kali seminit.

Berbeza dengan hari Selasa, 20 Mac 2018 yang lalu, kali ni Aina agak aktif. Makan pun berselera sudah makan 2 kali pada jam 5:02 petang. Minum susu pula dah dekat 4 botol.Mommy kata nak bawa Áina ke Senotron Bangi, dengan temujanji ditetapkan pada jam 6 petang. Tak tahulah sempat tak tunggu Mommy gerak dari pejabat beliau.Ke Sonotron Tawakal BangiRupa-rupanya nama klinik yang kami nak pergi tu bernama Sonotron Tawakal di Bangi, bukannya senotron atau si…

Cerita Sama, Berita Berbeza

Imej
Gambar di atas adalah gambar keratan akhbar hari ini yang mengulas mengenai cerita pelantikan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Negeri Selagor yang baru. Gambar ni Tedi terjumpa semasa membersihkan arkib gambar di awan nano... hehe..Azmin Ali menggantikan Menteri Besar Selangor sebelum itu, Khalid Ibrahim.Gambar di atas menunjukkan Utusan Malaysia mengulas cerita itu dengan tajuk, "Azmin kritik Khalid".Manakala gambar yang sama turut memaparkan akhbar Sinar Harian melaporkan berita pelantikan Azmin Ali itu dengan tajuk berita, "Azmin puji Khalid".Mana satukah tajuk yang benar? Tedi memang susah nak percaya tajuk akhbar kerana mereka suka puter belit tajuk berita mereka supaya menarik minat orang untuk membacanya.Mereka lebih suka menggunakan tajuk yang sama membodek atau sebaliknya, menggunakan provokasi untuk melariskan jualan.Mungkin tajuk berita mereka sahaja yang gah tapi sebenarnya tiada isi apa pun.Selain itu gambar ini juga membenarkan bidalan orang luar yang …

Nafas Aina laju, bawa ke Hospital Putrajaya

Akrhinya pada jam 4 petang, 20 Mac 2018, kami memutuskan untuk bawa Nor Aina sekali lagi ke Hospital Putrajaya.Keputusan itu diambil setelah Master mengira nafas Aina dan mendapati nafasnya ialah 48 kali seminit, sepatutnya di bawah 30 kali bagi seorang bayi berusia setahun (satu tahun satu bulan jika lebih tepat atau tiga belas bulan).Tambahan pula semua ubat telah diberikan kepada Áina tetapi dia kelihatan semakin lemah. Tidak bermain, tak aktif. Hanya melepek tidur, dan dia tidur menonggeng, mungkin tidak selesa tidak cukup nafas?Lagi sekali, Nor Aina dibawa ke hospital atau klinik pada hari dia meningkat usia sebulan. Adakah ini suratan atau hanya kebetulan?Kami dah sedia bawa barang-barang Aina mana tahu dia ditahan di wad seperti sebelum ini.Kami mulakan perjalanan menuju ke arah Hospital Putrajaya, melalui Jenderam Hulu dan kemudiannya Jenderam Hilir. Hujan tiba-tiba lebat mengiringi pemergian kami. Aina tampak semakin tidak bermaya. Dia hanya tersenyum melihat titisan hujan me…

Aina Happy Wheezing... again

Imej
Malam ni selepas waktu Isya', kami ke klinik Nur Qaseh sebab Aina ada wheezing.Wheezing ni bunyi macam bersiul pada dada apabila saluran pernafasan tersekat dan kita susah nak bernafas.Macam biasa apabila ke klinik, rawatannya adalah Nor Aina diberi nebulizer.Kali ini Aina dibekalkan ubat asma, salbutamol, dan ubat selsema. Ubat selsema tu doktor kata hanya perlu diberikan kepada Aina jika perlu.Doktor kata baby Aina ni happy wheezing, aktif saja bermain, walaupun mengah curi nafas.Esok Master akan ambil cuti untuk pastikan Aina makan ubat.Esok adalah 20 hari bulan, bermakna Aina akan berusia 13 bulan...

Nor Aina ambil suntikan 1 tahun di Klinik Kesihatan Salak

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha PenyayangSelawat ke atas Nabi Muhammad sollallahu álaihi wassalam, keluarga Baginda, dan juga para sahabat.14:30 - Di Klinik Kesihatan SalakKami berada di Klinik Kesihatan Salak untuk mendapatkan suntikan buat Nor Aina sempena umurnya setahun.Sepatutnya disuntik semasa umurnya 12 bulan, kini dah nak 13 bulan, tertangguh kerana Aina ditahan wad lebih seminggu sebelum ini.Berat Aina ialah 6.8 kilogram. Kali ini dia ditimbang tanpa buka pakaian, mungkin sebab umurnya sudah setahun? Atau mungkin sebab sudah lewat petang? Tinggi Aina ialah 69 sentimeter.Usai Aina menerima suntikan, kami pergi ke arah kereta yang diletakkan di hadapan Speed Mart 99 di unit bangunan komersial bersebelahan Klinik Kesihatan Salak.Kami beli susu tepung formula Néstlé NANKID OPTIPRO langkah tiga di sana seberat 1.3 kilogram pada harga RM 69.50. Harganya adalah RM 10 lebih mahal berbanding Anmum Step 3 seberat 1.2 kilogram, tapi sengaja Master beli sebab dalam susu NAN…

Invalid Column Name padahal ada ja column tu

Imej
Ini lagi satu error yang membuatkan Tedi stuck tiga hari tiga malam. ERROR org.hibernate.engine.jdbc.spi.SqlExceptionHelper - invalid column name 'companyMain'Padahal property companyMain tu dah memang ada dalam CmsUser tu dan mapping-nya semua betul.Fikir punya fikir dan selepas solat hajat, tiba-tiba didatangkan ilham untuk rever satu class yang lain yang juga property foreign key dalam CmsUser, nama class tu StaffMain.Tedi check dalam tu memang ada companyMain juga, maka Tedi pun segera menghapuskannya.Selepas run apps, memang benarlah, itulah puncanya. Benda kecil yang menjadi besar.... huhuhu...Inilah masalahnya berkongsi kod dengan orang lain tapi tidak berada di tempat sama. Masalahnya mereka okay sahaja jadi environment dalam local machine Tedi sahajalah yang tak okay. Mar 18, 2018 7:29:37 AM org.apache.tomcat.util.digester.SetPropertiesRule beginWARNING: [SetPropertiesRule]{Server/Service/Engine/Host/Context} Setting property 'source' to 'org.eclipse.jst.je…

Newcastle United mungkin dapat durian runtuh £20m?

Imej
Banyak hal yang berlaku di kelab bola sepak Newcastle United, sehingga ramai terlupa hal-hal yang lebih penting.Apakah hal penting tersebut? Sudah tentulah perkara paling penting adalah untuk NUFC mengekalkan penyertaan mereka dalam Liga Perdana Inggeris pada musim hadapan.Kemudian baru kita boleh risaukan sama ada Rafa Benitez akan terus bersama kita, dan harapnya Mike Ashley akan pergi meninggalkan kita.Kedua-duanya akan bergantung kepada kejayaan Newcastle United terus kekal bertanding dalam Liga Perdana Inggeris.Tetapi kita juga lupa bahawa jika Newcastle berjaya kekal dalam liga ini, kelab bolasepak tersebut mungkin akan menerima durian runtuh. Durian runtuh bermaksud bonus atau keuntungan yang tidak disangka-sangka.Selain itu, kemenangan ke atas Huddersfield pada perlawanan seterusnya akan membolehkan kelab NUFC, dan para penyokongnya menghitung berapa tinggi Newcastle United boleh berada dalam carta kedudukan Liga Perdana Inggeris 2017/2018.Kedudukan terkini Liga Perdana Ingger…

BEKO jadi penaja jersi latihan FC Barcelona

Imej
BARCELONA: Barcelona membuat pengumuman pada 15 Februari 2018 berkenaan sambungan kontrak tiga tahun perjanjian penajaan bersama jenama elektronik Beko, di mana syarikat dari negara Turki itu akan menaja jersi latihan kelab FC Barcelona.Beko? Syarikat elektronik?Haah, Tedi pernah mengirim satu karangan pasal mesin basuh keluaran Beko iaitu di Beko WMB101433LW: Mesin basuh terbaik bawah MYR 1700 sebelum ni.Jika anda masih memperlekehkan jenama barangan elektrik oleh Beko ni, boleh lawat laman web rasmi Beko Malaysia untuk mengenali mereka.Kelab bola sepak FC Barcelona tidak mendedahkan maklumat kewangan berkenaan perjanjian tersebut dalam pengumuman oleh presiden FC Barcelona, Josep Maria Bartomeu dalam satu sidang akhbar yang turut dihadiri pemain pertahanan Barcelona, Gerard Pique.Tetapi sumber-sumber yang boleh Tedi percayai yang dilaporkan oleh media akhbar tempatan melaporkan bahawa perjanjian itu bernilai 57 juta euros (50.48 juta pounds) atau jika ditukar daripada duit Euro kepa…

Bawa Aina ke Kompleks Pakar dan Rawatan Harian HKL

Pagi tadi kami ke Hospital Kuala Lumpur atas urusan membawa Nor Aina menerima pemeriksaan susulan di klinik pakar bedah plastik di sana.Temujanji kami adalah pada jam 9 pagi, tapi disebabkan oleh masalah jarak dan juga kesesakan jalan, kami sampai di sana pada jam 9.30 pagi.Kami mengambil jalan Dengkil - Lebuhraya Damansara Puchong - Lebuhraya Maju (MEX) - keluar di Bukit Jalil - masuk ke Lebuhraya Seremban KL - masuk Terowong SMART - lalu Jalan Tun Abdul Razak - dan terus menghala ke Bulatan Pahang di mana anda sudah boleh nampak tangki air Hospital Kuala Lumpur.Kami masuk ke kawasan Hospital Kuala Lumpur melalui bangunan paedatrik, ortopedik, masjid HKL yang sedang dibina semula. Ketiga-tiga tempat itu adalah sinonim dengan Master dalam 11 tahun dahulu kerana Master pernah bekerja di sana. Pada zaman itulah Master bercinta dengan Mommy, hehehe.Ironinya, di HKL jugalah Tok Abah jatuh hati dengan Tok Ma.... erm... kiranya kalau Tok Abah cerita kepada Master pasal HKL, macam ulang taya…

Panduan Solat Hajat Ringkas

Hari ini tempat kerja Master buat majlis bacaan Yasin, tahlil dan solat hajat sempena pelaksanaan dua projek mega buat syarikat Master pada tahun 2018 ini.Pada majlis tersebut, ustaz yang dijemput sempat memberi kuliah.Katanya tak salah laksanakan solat hajat jika apa yang dihajati itu adalah sesuatu yang tidak melanggar syariat.Tapi ustaz menegur orang Melayu kerana selalu meminta orang alim membuat solat hajat untuk apa yang mereka hajati, sedangkan sepatutnya orang yang berhajat itulah yang melaksanakannya.Ustaz kata tidak salah ada majlis sebegini bagi sesebuah organisasi untuk peristiwa tertentu, tetapi bagi orang Islam, hendaklah laksanakan solat hajat ni setiap hari. Sebab apa kena buat setiap hari? Sebab kita manusia ni banyak sangat hajat dan impian.Ulama dulu-dulu tiada solat khusus untuk solat hajat, tetapi mereka selalu bersolat sunat dan mengadu kepada Allah subhanahu wa taála untuk apa sahaja hajat mereka. Solat mereka tu mungkin solat tahajud, solat taubat, atau sekadar…

Class not found walaupun ia ada

Puaslah Tedi mencari apa masalah "java.lang.ClassNotFoundException: my.appzz.util.async.ExceptionHandlingAsyncTaskExecutor" ni padahal terang tang tang lagi bahawa kelas tersebut ada dalam kod.Lastly Tedi cuma clean kod tersebut dan rebuild dan tiba-tiba sahaja semuanya okay macam tiada apa-apa.Mar 12, 2018 1:37:06 PM org.apache.tomcat.util.digester.SetPropertiesRule beginMar 12, 2018 1:37:06 PM org.apache.tomcat.util.digester.SetPropertiesRule beginWARNING: [SetPropertiesRule]{Server/Service/Engine/Host/Context} Setting property 'source' to 'org.eclipse.jst.jee.server:{your_system_name}' did not find a matching property.Mar 12, 2018 1:37:06 PM org.apache.catalina.startup.VersionLoggerListener logINFO: Server version:        Apache Tomcat/8.5.24Mar 12, 2018 1:37:06 PM org.apache.catalina.startup.VersionLoggerListener logINFO: Server built:          Nov 27 2017 13:05:30 UTCMar 12, 2018 1:37:06 PM org.apache.catalina.startup.VersionLoggerListener logINFO: Serve…

Trending