Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2018

Formasi Terkuat Top Eleven

Imej
Ini adalah karangan pertama Tedi dalam interpretZZ ini mengenai formasi terkuat Top Eleven.Saya telah bermain dalam 10 musim Top Eleven.Seperti mana dunia bola sepak sebenar, tiada formasi tunggal yang kebal dalam Top Eleven. Formasi paling sesuai adalah bergantung kepada kemahiran setiap pemain dalam pasukan kita. foto formasi 4-3-1-2 dianggotai Jarolim, Ashby, Kim, Sobrosa, Grund, Tepstra, Monchau, Solhi, Grosskopf, Adiatma, dan Dasmasela. Selain itu ia bergantung juga pasukan lawan kepada kemahiran dan taktikal yang digunakan oleh pasukan lawan.Di antara kedua-dua faktor yang Tedi sebutkan di atas, Tedi lebih cenderung untuk menyusun formasi terhebat pasukan Top Eleven berdasarkan kepada taktik pihak lawan.Tedi akan memantau apa formasi yang mereka gunakan, sejarah perlawanan mereka dengan pasukan lain, dan menilai strategi lawan yang berjaya mengalahkan mereka.Pada pendapat saya, formasi 4-4-2 bukanlah formasi yang bagus kerana sepanjang menggunakannya, saya tidak memenangi apa-apa …

Tukar Pemegang Pintu Kereta Proton Persona 2008

Imej
Semalam Tok Abah bawa kereta Proton Persona 2008 1.6 transmisi manual ke bengkel.Tujuannya nak tukar pemegang pintu kereta bahagian pemandu yang patah. Setakat ni sudah tiga pemegang pintu kereta Proton Persona 2008 tersebut yang patah, mungkin kerana sudah reput sesuai dengan usianya yang sudah hampir 10 tahun itu.Tok Abah tukar pemegang pintu kereta bahagian pemandu dengan harga RM 55 (lima puluh Ringgit Malaysia sahaja), di mana harga itu adalah bagi pemegang pintu kereta dengan warna perak (silver) iaitu sama dengan warna badan kereta Proton Persona 2008 tersebut.

Beli kad TNG TN50 guna kad Touch 'n Go

Imej
Hari tu Mommy beli kad terhad Touch 'n Go TN50 di TNG CEC di Bangsar South.Kad TNG TN50 adalah kad Touch 'n Go edisi khas untuk meraikan program Transformasi Nasional anjuran kerajaan Malaysia.Tapi pada masa itu Mommy tertinggal beg duitnya di pejabat. Apa yang Mommy ada hanyalah sekeping kad TNG edisi khas 20 Tahun Touch 'n Go yang kami perolehi semasa tukar kad TNG 1Malaysia yang telah tamat tempoh.Master kata kepada Mommy bahawa di TNG CEC di Bangsar South tiada urusan bayaran menggunakan wang tunai dibenarkan, jadi Mommy hanya boleh bayar menggunakan kad debit, kad credit, atau gunakan kad Touch 'n Go itu sendiri.TNG CEC adalah pusat khidmat pelanggan yang nama penuhnya adalah Touch 'n Go Customer Experience Centre. Ia terletak di The Sphere menggantikan TNG Hub Bangsar South yang ditutup kerana The Sphere diubahsuai untuk menempatkan lebih banyak unit kedai untuk disewakan.Ketika Master beli SmartTAG di situ tahun lepas, dia tak dibenarkan menggunakan wang tun…

Berapakah suhu optimum untuk enjin kereta?

Imej
Pada kereta Proton Persona tahun 2008 ada tolok suhu enjin kenderaan analog yang menunjukkan berapa suhu enjin kereta. Berbanding dengan kereta lain yang pernah Tedi gunakan tolok suhu kereta Proton Persona transmisi manual itu menunjukkan berapa suhu kenderaan berbanding hanya tunjukkan berapa bar.Selalunya ketika kami bergerak menaiki kereta Proton Persona tersebut ia berada pada suhu enjin 90 darjah Celsius. Hal ini menyebabkan Tedi tertanya-tanya berapakah suhu enjin yang ideal untuk sebuah kereta bergerak?Melalui pembacaan Tedi, suhu untuk enjin kereta beroperasi bergantung kepada pengeluar kereta itu dan jenis sistem penyejukan enjin yang digunakan.Sistem penyejukan enjin secara amnya ada 2 jenis iaitu sistem penyejukan berasaskan air (radiator) dan sistem penyejukan enjin menggunakan angin. Suhu Enjin Ideal bagi Sistem Penyejukan Menggunakan AirBagi kereta yang menggunakan sistem penyejukan enjin berasaskan air, suhu normal operasi enjin adalah di antara 80-90 darjah Celsius ber…

Pengalaman bawa stroller naik kapal terbang

Pada bulan Disember 2017 dan Februari 2018, kami telah empat kali bawa stroller si bayi Nor Aina menaiki kapal terbang.Dua kali dengan menaiki pesawat MAS (Malaysian Airline System) ke dan dari Kuching, manakala dua kali menaiki pesawat AirAsia pergi ke dan balik dari Kota Bharu.Penerbangan dengan MAS di KLIA manakala penerbangan dengan AirAsia di KLIA2.Tedi akan ceritakan mengikut turutan huruf syarikat penerbangan.Pengalaman bawa stroller naik pesawat AirAsiaPenerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu Mula-mula kena check in menggunakan kiosk, sebelum ke kaunter check in. Kena ke kaunter kerana bawa bayi. Staff airAsia melekatkan tag pada stroller.Stroller digunakan macam biasa melalui pemeriksaan imigresen, cuma kena pastikan tiada barang lain semasa diimbas.Stroller ditinggalkan di pintu pesawat semasa memasuki pesawat. Lipat siap-siap.Ini adalah satu pengalaman yang tidak menyenangkan semasa tiba di Kota Bharu. Master tanya pramugari, mana nak ambil stroller? Jawabnya ambil di ba…

Bawa Aina ke Klinik Hikmah Kota Bharu

Hari ini Nor Aina dibawa ke Klinik Hikmah di Kota Bharu sebab nak suntik pneumococcal.Saja nak inject sebab Aina selalu kena lelah bila musim hujan.Klinik Hikmah ni sebelum ni dikenali sebagai Klinik TMC, klinik pakar kanak-kanak, terletak kira-kira 300 meter selepas kedai makan Nasi Abe Mie dari arah Lundang ke Kota Bharu, dan berhadapan Proton Edar.Suasana aman di sini, orang pun tak ramai, staff pun ramai.Dalam banyak-banyak klinik Tedi pergi, klinik ni yang pertama ada 2 doktor.Inject pneumococcal dan bekalan ubat demam dicaj RM 280.

Newcastle pinjam penyerang Leicester dan penjaga gol Sparta Prague

Imej
Newcastle telah meminjam penyerang Islam Slimani dari Leicester dan penjaga gold Martin Dubravka dari Sparta Prague sehingga hujung musim 2017/2018.Slimani, 29, sertai Leicester pada Ogos 2016 dengan rekod perpindahan £29 juta tetapi dia hanya bermain 2 perlawanan Premier League musim ini. Manakala Dubravka, juga 29 tahun, telah membuat 11 penampilan untuk Sparta Prague."Slimani adalah seorang pemain dengan pengalaman bermain di Premier League," kata bos Newcastle United, Rafael Benitez."Dia adalah pemain yang boleh mencabar pemain pertahanan dan menjaringkan gol. Diharapkan dia akan menambah pengalaman dan karakter berbeza pada barisan penyerang yang kita ada sekarang." "Dubravka adalah seorang penjaga gol berpengalaman. Dia perlu sesuaikan diri dengan segera memandangkan dia datang dari luar negeri, tetapi dia sangat lincah dan ada kemahiran dengan kakinya.""Dia akan meningkatkan persaingan di kalangan penjaga gol, sesuatu yang Kita nantikan."Du…

Trending