10 Januari 2018

  1. Hari ini bermula kembali kembara Nor Aina bersama kami ke rumah pengasuhnya menaiki kereta setelah 3 minggu dia berehat akibat kes kemalangan di Cyberjaya tempoh hari.
  2. Tok Ma dan Tok Abah pula ke rumah Mak Long di Sungai Besar menaiki Duel Blitz Eterna.
  3. Bangku kereta keselamatan kanak-kanak (child car seat) jenama Halford Tresor yang ditempah Mommy pula tiada dalam stok di rumah kilang. Penjual menawarkan untuk menggantikannya dengan car seat berjenama Sparco F500K.
  4. Master cuba mengkaji tentang car seat tersebut tetapi kurang maklumat mengenainya. Jika disemak tahap keselamatan melalui satu laman web Amerika Syarikat, kedua-dua jenama tidak tersenarai, tetapi jenama yang tersenarai pula harganya ribuan ringgit jika di Malaysia seperti Britax, Maxi-Cosi dan Recaro.
  5. Akhirnya Master memutuskan untuk terima sahaja tawaran tersebut kerana keadaan agak mendesak.