Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2018

Sejauh mana boleh memandu setelah lampu rizab bahan api menyala?

Imej
Malangnya, tidak terdapat piawai industri yang menentukan berapa banyak jumlah minyak rizab dalam tangki kereta atau sejauh mana kenderaan mesti dapat bergerak selepas lampu rizab bahan api menyala.

Oleh itu, tiada jawapan konkrit yang diperolehi, tetapi berikut adalah beberapa petua yang mungkin membantu apabila kita cuba meneka berapa banyak minyak kereta yang tinggal setelah lampu rizab bahan api menyala.

Bahan api yang Tedi maksudkan adalah minyak kereta seperti petrol dan diesel.


Saiz Tangki Memainkan Peranan
Pertama, selain segelintir kenderaan jarak jauh, kereta jarang mempunyai tangki yang berasingan untuk menyimpan bahan bakar simpanan, dan lampu rizab bahan api hanya menyala apabila paras tangki utama jatuh di bawah paras tertentu.

Setiap kereta berbeza tetapi sebahagian tangki simpanan biasanya mengandungi sekitar 10 hingga 15 peratus daripada jumlah minyak keseluruhan.

Jika kita ambil kiraan mudah, tangki minyak 40 liter mempunyai rizab 4 liter minyak.

Pengaruh Keadaan Pem…

Selamat tinggal SDU level 6

Imej
Semalam kawan-kawan sekerja Master telah menjemput beliau makan-makan sempena pemergian Master ke jabatan baru.
Makan-makan itu diadakan di sebuah restoran makanan segera di Nexus di Bangsar South.Jika Master bersendirian, pasti Master takkan singgah di restoran makanan segera tersebut sebab ia ada menghidangkan arak.Apabila sesebuah kedai menghidangkan arak dengan automatiknya Master pasti bahawa penyedia makanan di sana tak ambil tahu atau tak amalkan konsep halalan toiyiban seperti yang diperintahkan dalam al-Quran.Tetapi tidak mengapalah, Master abaikan sahaja demi hormati tuan rumah, cuma kepada sesiapa Muslim yang membaca tulisan ini, Tedi seru untuk jauhi tempat makan sebegini kerana apabila ada orang Islam makan di kedai yang tergantung botol-botol arak sudah pastilah ia menjadi tanda sokongan kepada mereka, padahal sepatutnya kita anti dengan arak dan premis-premis yang ada arak.Menyentuh mengenai teman sekerja di SDU level 6 ni, Master agak sedih meninggalkan mereka kerana me…

Tiada limau nipis, limau kasturi pun okay

Imej
Ini bukanlah satu peribahasa, tetapi situasinya memang tepat dengan peribahasa "tiada rotan, akar pun berguna".Jika tidak dapat sesuatu yang menjadi pilihan utama, dapat yang alternatif pun jadilah, asalkan ia dapat membantu walaupun bukan pada tahap optimum. Alkisahnya Master sedang batuk-batuk. Terasa ada kahak di dada. Batuknya pula selalunya terasa kering.Master selalu ambil madu lebah, tetapi kesannya sementara.Jadi Master nak minum pula air jus buah limau nipis campur madu kerana gabungan kedua-dua bahan ini akan menjadi satu pelindung semulajadi dalam tekak apabila diminum.Malangnya dalam peti sejuk tiada buah limau nipis, manakala pokok limau nipis di luar rumah tidak berbuah.Apa yang ada dalam peti ais kami hanyalah buah limau kasturi yang ditinggalkan Tok Ma dan Tok abah. Limau kasturi ni memanglah sedap dibuat air tetapi untuk minum sejukkan tekak. Tok Abah gunakan belahan buah limau kasturi ni semasa mandi. Di samping mewangikan ia boleh ubati kelemumur.Berbeza de…

Tuntut Kerugian Sepenuhnya di Takaful Ikhlas Bangsar South

Semalam Master ke Takaful Ikhlas di Bangsar South untuk bertanyakan perihal dokumen-dokumen yang perlu disediakan untuk menerima tawaran tuntutan sepenuhnya (total loss) daripada Takaful Ikhlas.
Tuntutan total loss kami dinilai RM 11000 (sebelas ribu ringgit Malaysia) untuk kereta Proton SAGA BLM 1.3 MT IAFM tahun 2009. Nilai diinsuranskan ialah RM 13000 (tiga belas ribu ringgit Malaysia)
Kandungan karangan kali ini:Barang yang perlu disertakan semasa terima tuntutan total lossNasib baik Takaful Ikhlas dekatBerapa lama tuntutan insurans total loss diproses?Ada tarikh luputkah untuk terima tuntutan total loss? Lokasi ke IKHLAS  Point di Bangsar SouthBarang yang perlu disertakan semasa terima tuntutan total loss
Mengikut surat tawaran yang diterima Mommy, kami kena serahkan (mengikut kes kami):Semua kunci kereta yang diisytiharkan sebagai total loss.Kami cuma ada satu kunci sahaja iaitu kunci pendua manakala kunci utama semasa kami kemalangan telah hilang entah ke mana.Kakak kaunter kat…

Sebuah Pertemuan

Imej
Tedi baru je dengar lagu ni tadi dalam IKIM.FM.Liriknya agak mengelirukan mungkin nak cerita pasal cinta tetapi akhirnya ia menyebut pasal perasaan bersyukur dikurniakan teman sejati, jadi mungkin lagu ni bercerita pasal kesyukuran dikurniakan kawan yang membantu kita mengenal Tuhan, menasihati kita masa kita leka, menguatkan kita masa kita down, beri harapan masa kita rasa kecewa. Malam ni cuaca sangat sejuk di mana Tedi hampir kebekuan. Suhu hari ini sekitar 20 darjah Celcius sahaja.Sebuah PertemuanMunsyid: UNIC
Album: See U di IPT
Hakcipta: Hijjaz Records Sdn Bhd
Senikata: Abai OS
Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapanBagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapanC/O 1:
Tika ku kealpaan, kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan, kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan…

Aina Kembali ke KL

Imej
10 Januari 2018Hari ini bermula kembali kembara Nor Aina bersama kami ke rumah pengasuhnya menaiki kereta setelah 3 minggu dia berehat akibat kes kemalangan di Cyberjaya tempoh hari.Tok Ma dan Tok Abah pula ke rumah Mak Long di Sungai Besar menaiki Duel Blitz Eterna.Bangku kereta keselamatan kanak-kanak (child car seat) jenama Halford Tresor yang ditempah Mommy pula tiada dalam stok di rumah kilang. Penjual menawarkan untuk menggantikannya dengan car seat berjenama Sparco F500K.Master cuba mengkaji tentang car seat tersebut tetapi kurang maklumat mengenainya. Jika disemak tahap keselamatan melalui satu laman web Amerika Syarikat, kedua-dua jenama tidak tersenarai, tetapi jenama yang tersenarai pula harganya ribuan ringgit jika di Malaysia seperti Britax, Maxi-Cosi dan Recaro.Akhirnya Master memutuskan untuk terima sahaja tawaran tersebut kerana keadaan agak mendesak.

Aina sudah pandai duduk sendiri

Malam ni Aina tetiba sahaja duduk sendiri. Pada mulanya dia meniarap macam mahu merangkak, kemudian dia duduk. Pada usia 10 bulan mungkin agak lewat.Malam ni juga Master ke IPD Sepang untuk ambil saman kecuaian semasa memandu.

Trending