Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

Tiada rotan, akar pun berguna

Imej
Peribahasa ini pertama kali Tedi sebut dalam satu kiriman mengenai aktiviti seorang budak Bajau Laut di Sipadan yang menggunakan besin sebagai sampannya.Kawan-kawan pun pasti tahu maksud peribahasa Tiada Rotan, Akar pun berguna tersebut.Secara ringkas ia bermaksud jika tiada alat atau benda yang paling diingini atau paling sesuai untuk melakukan sesuatu, peralatan lain yang kurang bagus pun cukuplah untuk laksanakan tugasan tersebut. Apa yang Tedi nak sebut pada malam ini adalah mengenai kaitan antara rotan dan akar.Rotan, mungkin ramai yang terlintas dalam fikiran ia digunakan untuk dibuat perabot dan juga untuk merotan.Rotan yang halus pula selalunya digunakan untuk mengikat barangan.Rotan terkenal dengan sifat lentur tetapi pada masa yang sama ia sangat liat. Keliatannya itu menyebabkan ia sangat tahan digunakan sebagai pengikat. Mungkin sebab itu rotan juga disebut dalam pepatah "berkerat rotan, berpatah arang" yang memberi maksud pergaduhan atau permusuhan yang sangat he…

Harga Dobi Layan Diri di Bandar Baru Salak Tinggi

Imej
Malam ni Tedi mendobi layan diri lagi. Jika tangkap gambar diri sendiri dipanggil swafoto, maka dobi layan diri mungkin boleh disebut swadobi? Atau kita bagi istilah baru untuk layan diri?Salah satu masalah dobi layan diri di Bandar Baru Salak Tinggi ini ialah nak membandingkan harga di antara bisnes dobi layan diri di Bandar Baru Salak Tinggi yang bercambah seperti cendawan lepas hujan.Tedi pernah menemuramah dua orang pengusaha atau usahawan bisnes dobi layan diri dan mereka kata modal buka kedai dobi layan diri ialah 100 ribu sehingga 300 ribu. Modal itu sebahagian besarnya diperuntukkan untuk mendapatkan atau beli mesin dobi layan diri.Selain itu Tedi memerlukan mesin basuh yang besar minimum 15 kilogram sebab Tedi nak basuh toto, cadar, atau permaidani kapas.Jadi mulai malam ini mungkin Tedi akan catat harga yang ditawarkan oleh setiap kedai dobi layan diri yang Tedi singgah.Laundrybar, Taman SerojaMenggunakan token RM 1. Tedi tak menggemari sistem token sebab ia memaksa kita men…

Kenapa tayar botak tepi bahagian luar tayar?

Imej
Tayar depan kereta Proton Persona Elegance 2009 kelihatan mengalami tayar botak pada bahagian luar tayar.Hal ini agak membingungkan sebab Master selalu pam tayar, sepatutnya tayar botak di bahagian tengah tayar terlebih dahulu. Agak bahaya apabila sisi tayar botak terlebih dahulu kerana bahagian sisi tayar kurang kuat berbanding bahagian tengah tayar.Ini adalah jawapan yang Tedi perolehi semasa kaji kenapa tayar kereta haus di bahagian tepi.Apabila sisi sebelah dalam tayar, atau sisi sebelah luar tayar haus lebih cepat berbanding bahagian lain tayar, ia bermaksud penjajaran tayar (wheel alignment) diperlukan.Terdapat camber yang berlebihan pada penyerap hentakan (suspension) bahagian depan menyebabkan tayar bergantung terlalu banyak sama ada ke bahagian dalam atau luar dan meletakkan terlalu banyak beban kepada satu sisi tayar.Kereta tersebut mungkin perlukan penjajaran tayar, tetapi kesilapan penjajaran boleh sahaja berlaku disebabkan oleh spring mendap, sendi bola yang telah haus, da…

Kenapa Hospital Gomen Tiada Bangunan Letak Kereta?

Imej
Hari ini 6 Jun 2018, Aina ada temujanji di Hospital Serdang.Temujanji ini adalah temujanji kedua dengan pakar jantung kanak-kanak.Kami sampai sebelum jam 9. Mommy ambil nombor untuk daftarkan Aina.Master pula cari tempat letak kereta di sekitar Hospital Serdang.Ia adalah satu cabaran besar di sini kerana tiada tempat letak kereta yang mencukupi. Master terpaksa letakkan kereta di tepi jalan besar, yang agak menyusahkan pengguna jalan tersebut.Bahkan para doktor pun terpaksa parking di tepi jalan.lagi dahsyat apabila sebuah ambulance pun letak ambulance di tepi jalan, di belakang kereta kami.Hal ini membuatkan Tedi tertanya-tanya, kenapa kalau gomen buat hospital, tidak dibina sekali dengan bangunan letak kereta?Tambahan pula di Hospital Serdang ni ada juga bangunan UPM, maka lebih penting untuk mewujudkan bangunan letak kereta.Bukan Hospital Serdang sahaja, Hospital Putrajaya pun sama. Selalunya hanya hospital kerajaan yang dah lama sahaja akan bina bangunan letak kereta, seperti Hosp…

Guru pondan usah diberi muka!

Imej
Kandungan kartunDialog Kota Raya oleh JuraganGuru pondan usah diberi muka - Kesatuan Guru-guru Agama Malaysia Barat (KGAMB)Cikgu Besar: "Memang seseorang guru haruslah mempunyai sifat penyayang dan lemah lembut... tapi bukan pondan!!!"Cikgu: "Ops mak kau!! Eee... Cikgu Besar ni... jahat tau! Terkejut kita!"instagram safiey ilias ig. skandal cikgu sekolah. lirik lagu terima kasih nur sajat. melayu kebangsaan rendah tuisyen kelas mariam khalifah mudah soalan perniagaan buat duit online. guru malaysia kereta kerja dari rumah. peperiksaan bank rakyat cari edit gambar kartun berniaga lebih sampingan jana tambahan. nak cara kosong download cerita photo wallpaper animasi.

Ambil ubat Aina di Hospital Putrajaya

Imej
~Hospital Putrajaya, Unit Farmasi, B - Lain-lain Kaunter, No. anda : 6086, No. Sekarang : 6072, Sila duduk. Anda akan dilayan sebentar lagi, 01/06/2018 09:51~Jumaat, 1 Jun 2018.Hari ini kami keluar lewat dari rumah, sekitar jam 7 pagi. Ketika dalam perjalanan, apabila kami tiba di persimpangan Lorong Aman, Master telah memutuskan untuk elakkan melalui Persimpangan Dengkil.Keputusan itu diambil kerana Master sudah bosan asyik sangkut di Persimpangan Dengkil itu hampir 20 minit. Kesesakan secara umumnya kerana banyak kenderaan dan banyak pula kenderaan yang buat U-turn dan langgar lampu merah.Kami menggunakan Lebuhraya Utara Selatan melalui susur keluar Southville.Tol telah berkurangan sebanyak 80 sen sebab konsesi tol Metramac telah tamat mulai hari ini.Percaturan Master itu tampak berbaloi apabila tiba-tiba sahaja kami sampai ke Pantai Permai sebelum jam 8 pagi!Malangnya baru kami sedari Master lupa bawa botol susu Aina, manakala botol susu rizab pula telah dikeluarkan dari beg pakaia…

Periuk Tekanan Elektrik Russell Taylors sudah sampai

Imej
23 Mei 2018, sekitar jam 10 pagi, Master telah menerima panggilan yang tidak dikenali.Rupa-rupanya panggilan itu adalah daripada penghantar Lazada yang mahu menghantar periuk tekanan elektrik berjenama Russell Taylors model PC-60 yang Mommy tempah.Periuk tekanan elektrik dalam Bahasa Inggeris ialah electric pressure cooker.Pada Ahad lalu semasa ambil motosikal elektrik untuk Aina, Mommy memang ada survey periuk tekanan elektrik ni tapi jenama Philips lah. Survey di Tesco Extra Ampang.Setelah berbincang dengan beberapa kawan beliau, Mommy akhirnya memilih untuk beli periuk tekanan elektrik jenama Russell Taylors melalui laman web dagang.Walaupun periuk tekanan elektrik  Russell Taylors ni cuma sekadar periuk tekanan tak macam Philips yang ada macam-macam fungsi, kawan Mommy yang expert memasak menggunakannya tanpa sebarang masalah, harga pun murah.Kalau pandai  masak, guna periuk dapur arang pun jadi, tak gitu?

BALQIS Restaurant Ayer@8

Imej
22 Mei 2018, Presint 8, Putrajaya.Selepas sahaja kami membeli-belah barangan bayi untuk Nor Aina di Manjaku Baby Mall Putrajaya, kami ke Presint 8 untuk cari kedai makan atau restoran untuk berbuka puasa.Mommy cadangkan makan di Balqis Restaurant. Mommy kata di restoran tersebut ada nasi arab.Memandangkan kami tidak biasa di Presint 8, kami berpusing-pusing jugalah di sekitar Ayer@8 tu. Tujuan utama adalah nak cari surau. Mula-mula kami tanya security guard tapi hampas sungguh kerana mereka tak fasih Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris. Tak tahulah mereka upah syarikat mana untuk sediakan khidmat kawalan keselamatan di sana.Akhirnya dengan bantuan seorang pakcik di luar sebuah kedai, Master dapat juga mencari surau yang jika ikut panduan Pakcik tu berbunyi, dari Marrybrown nampak Omar Ali, dan di belakang Omar Ali tu ada tangga naik ke surau. Master pada mulanya tak faham kerana Master cuma tahu Omar dan Hana, tak pernah pula dengar nama Omar Ali.Buffet Ramadhan di Balqis Restaurant…

Motosikal Merah untuk Aina

Imej
Mommy belikan Nor Aina motosikal elektrik berwarna merah.Motosikal ini Mommy pesan melalui kawannya yang tinggal di Ampang.Kami ambil motosikal elektrik merah ini dari Ampang pada hari Ahad lepas. Sepatutnya ambil di rumah kawan Mommy tu tapi disebabkan ada masalah komunikasi, kami sampai di rumah beliau ketika beliau sedang membeli-belah di pasaraya Sogo Kuala Lumpur.Akhirnya kami berjumpa di Tesco Extra Ampang sahaja di mana Mommy sempat membelek-belek beberapa periuk tekanan (pressure cooker) berjenama Philips yang ada promosi sekitar RM 600.Pada 24 Mei 2018, barulah Master memasang motosikal tersebut. Ia menggunakan bateri yang boleh dicaj semula. Bahagian paling sukar adalah semasa pasang sendiri (DIY) tayar hadapan kerana tidak gunakan skru sebaliknya seperti rivet di mana kita perlu ketuk besi kepada axel supaya terkunci.Apabila siap barulah diketahui bahawa motosikal mainan ni bukanlah motosikal kawalan jauh. Ada pendikit untuk dipijak dan ada butang untuk maju atau mundur. Ka…

Memoir seekor Tedi

Imej
Malaslah Tedi nak taip panjang-panjang petang ni, takut kurang pahala puasa... hehehe... Kalau kawan-kawan ni hebat, di manakah lokasi kejadian? Cer teka, cer teka, cer teka...

aku berlari, mengelilingi tasik sepi, angin terhenti aku kelemahan, aku kecungapan di mana kan berhenti?
kesepian, lubuk hati hanya seekor, sendiri merasakan pohonan merimbun, seolah menanti ku hala bayangnya
Tedi labuhkan punggung, atas rumpunan menghijau pandangan jauh Tedi lontarkan nun Istana Budaya
Tedi tenung permukaan tasik,  berkocak perlahan! gerak dan bunyi
dalam fikiran hanya algoritma lantas berjalan, Tedi tersenyum, seekor diri
suasana petang... menyambut pagi kedua-duanya, bagai tiada beza Tedi tersenyum, senyum sendiri apakah memoir ini?
desiran bebuluh seolah menemani kicauan beburung riang sekali ingin sekali Tedi merebahkan tubuh ingin sekali Tedi bermimpi
adakah gelak mereka itu hanya sinis? keras menyindirku? Tedi tak peduli, tidak sesekali ini duniaku, hanya diriku
seekor Tedi...

Aina di Manjaku Putrajaya

Imej
22 Mei 2018: PutrajayaKami ke Manjaku Baby Mall Putrajaya untuk mencari susu formula bayi buat Aina.Sebelum ini kami selalu beli susu tersebut di Manjaku Bandar Baru Bangi. Tapi kali ini kami ke Putrajaya dengan anggapan ia lebih dekat dengan rumah.Gambar 
Suasana yang luas di tingkat bawah Manjaku Baby Mall Putrajaya. Kami tak naik ke tingkat 2.Master dan Aina pula sibuk bermain di luar sebab ada banyak burung sedang terbang pulang ke sarang masing-masing. Ada banyak burung berterbangan, ada yang kecil, sedang, dan agak besar. Memang puas hatilah tengok burung berterbangan di sana.


Harga Susu Nestlé Nankid Optipro langkah 3 dengan berat 1.3 kg ialah MYR 75.90 (tujuh puluh lima Ringgit Malaysia dan sembilan puluh sen sahaja).

Haiwan: Siput Gergasi Afrika

Imej

Jika Kereta Kebal Mudah Dimusnahkan Roket Anti Kereta Kebal, Kenapa Ia Masih Digunakan Selepas Perang Dunia Ke-2?

Imej
Jika Kereta Kebal dengan Mudah Boleh Dimusnahkan oleh Roket Anti Kereta Kebal, Kenapa Ia Masih Digunakan Selepas Perang Dunia Ke-2?Selalu Tedi tonton dalam filem perang seperti filem lama Rambo, si hero boleh memusnahkan kereta kebal dengan menggunakan senjata anti kereta kebal yang ringan dan mudah dibawa semasa dalam perperangan.Benarkah sebuah kereta kebal dengan mudah boleh dimusnahkan oleh senjata itu? Jadi apa akan berlaku semasa kereta kebal Malaysia terkial-kial mendaki bukit-bukau di dalam hutan? Bukankah dengan mudah musuh yang hanya berjalan kaki boleh memusnahkannya menggunakan roket anti kereta kebal?Pertama, saya percaya anda terlalu percaya bahawa sebuah kereta kebal amat lemah apabila diserang oleh roket anti kereta kebal.Saya pernah mendengar seorang anggota kereta kebal mendakwa bahawa mereka telah dilatih agar tidak takut dengan roket anti kereta kebal. Memandangkan saya tidak pernah menembak menggunakan apa-apa senjata, saya percaya dengan kata-katanya iaitu roket …

Duit Siam

Imej
Hari ni terasa nak menjelajah dunia maya mencari kisah silam pasal duit siam, tapi tak tahulah sama ada penjelajahan maya ini akan berhasil atau tidak...Mungkin kawan-kawan hairan kerana apa Tedi agak mencurigai hasil penjelajahan ini? Gambar di bawah ini adalah salah satu contohnya... yang keluar ialah gambar duit Thailand. Ia tidak salah kerana Thailand adalah Siam. Cuma nama modennya sahaja telah ditukar kepada Thailand."Nak tukar duit RM kepada THB semua rate mahal.
Nasihat saya tak payahlah tukar duit di lapangan terbang sebab mahal.
Baik tukar di tempat lain."Diari Si Ketam Batu: Trip ke Krabi 2013 Kakak Senyum Semut ni kata dia tukar duit Malaysia kepada Thailand sebanyak MYR 306 kepada THB 3000.Erm... nampaknya duit Malaysia dah jatuh pada masa itu. Tak pun kakak ni tukar dengan kadar tukaran matawang Thailand ke Malaysia yang tinggi.Sumber gambar: http://semut-senyum.blogspot.my/2013/01/menjejak-bumi-thailand.html  Alamak? Benarkah sampai begitu mahal sekali Duit Siam …

Harga Krim Rambut Gatsby THC

Imej
Telah berkurun lama Master menggunakan minyak rambut atau krim rambut jenama Gatsby THC.Hanya krim rambut Gatsby sahaja boleh digunakan Master kerana beliau alah kepada jenama minyak rambut lain. Ada yang membuatkannya sakit kepala, ada yang baunya buat sakit kepala, dan ada pula krim rambut yang membuatkan Master bersin tidak berhenti-henti.THC adalah akronim kepada treatment hair cream atau dalam Bahasa Melayu bermaksud krim rawatan rambut.Pernah suatu ketika Master sedang membelek minyak rambut Gatsby THC ni tiba-tiba ada seorang lelaki yang turut membelek menyatakan minyak rambut Gatsby THC tu ada alkohol. Master okay ja ada alkohol sebab bagi Master alkohol tu tidak untuk diminum sebagai arak. Arak ada alkohol tapi alkohol bukannya arak. Kalau jadikan arak sebagai minyak rambut, itu Master setuju adalah satu perkara yang salah dan tidak boleh diterima sebab kalau orang yang dah biasa minum arak nanti lalu sebelah kita bau arak, dah dia yak yak yeah sebab fikir kita minum arak. Ja…

Foto Askar Melayu Perak, 1920-an

Imej
Terkedu sebentar Tedi tengok foto ni.
Gambar yang dipercayai diambil di Ipoh pada tahun 1920-an ini dilelong di e-bay (http://www.ebay.com/itm/malay-malaysia-PERAK-IPOH-Group-of-Soldiers-1920s-RP-/230424260286) oleh penjualnya yang berada di Belanda dengan harganya pada ketika ini USD$25.Ia adalah foto askar Melayu iaitu gambar askar sebenar bewarna hitam putih. Ini bukan gambar daripada askar games tau!Askar dikenali juga sebagai tentera atau perajurit. Dalam loghat Perak disebut sojar yang Tedi anggap berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu soldier.Memang rare foto ni, kalau dapat dalam keadaan terpelihara, memang baguslah.Ketika ini Tedi terfikir, tiadakah syarikat swasta atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mahu membida, menyimpan dan mempamerkan gambar bersejarah ini?Lukisan berjuta-juta boleh dibeli, takkan foto sejarah $25 tak mampu kot? Belilah untuk dijadikan koleksi gambar bersejarah bagi negeri Perak Darul Ridzuan khususnya dan Malaysia umumnya.Konon menghar…

Aina di Sushi King Bangi Gateway

Imej
Yeah, hari Rabu yang lalu kami ke Bangi Gateway.Perkara pertama kami lakukan di sana adalah makan sushi 🍣 di restoran Sushi King Bangi Gateway.Banyak rupanya tempat makan di Bangi Gateway ni, kami sahaja yang tidak tahu.Mommy ajak makan sushi di restoran Sushi King itu sebab Sushi King Malaysia ada hantar tawaran makan sushi kaiten dengan harga RM 3 ( tiga Ringgit Malaysia sahaja ) bagi setiap set sushi kaiten.Sushi kaiten bermaksud sushi peluru berpandu dalam Bahasa Malaysia atau metafora kepada sushi yang dihidangkan di atas conveyor belt secara makanan segera.Sushi King di Bangi Gateway agak kecil jadi ketika itu memang ramai orang beratur menanti giliran.Selepas makan kami menunaikan solat Maghrib dan Isya di surau di sana yang terletak di luar Mr DIY.Selepas solat Isya kami mencari baju Melayu Master tetapi harga baju Melayu di Bangi Gateway paling murah adalah RM 179 ( satu ratus dan tujuh puluh sembilan Ringgit Malaysia sahaja ).Tak berbaloi bagi baju yang mungkin dipakai seta…

Nyahtoksin bulan Ramadhan 5

Perkongsian yang baik daripada group Whatsapp Master. Siapa yang menulis kiriman ini tidaklah Tedi ketahui kerana tidak dinyatakan daripada mana sumbernya.Detox Ramadhan 5Esok kita mula berpuasa. Ini fasa pertama puasa.  Malam ini kita solat terawih dan awal pagi esok kita bersahur. Apa yang nak dimakan untuk sahur nanti ?  Ada yang sudah beli bekalan mee segera . Ada yang sudah beli cereal dalam paket .  Ada yang beli telur lebih sedikit untuk goreng semasa sahur .  Ada juga bersiap sedia nak masak  nasi dengan lauk pauk untuk suami tercinta yang takut akan lapar semasa berpuasa jadi akan makan sebanyak yang boleh dengan makanan sama seperti makan tengahari . Apa yang baik ye? Amalan saya untuk sahur adalah memakan yang ringan dan senang hazam. Kadang kala hanya beberapa biji korma dan minuman susu kambing atau campuran chia seeds baobab,  dan al manna campur  madu. Lagi banyak makan, lagi cepat lapar. Kalau nak makan buah, makan buah sebelum makan nasi  ( kalau nak makan nasi ), Jan…

Celcom 4G perlahan di Bangsar South

Imej
Sakit hati pula dengan kelajuan internet rangkaian Celcom di Bangsar South ni.Nama ja LTE tapi slow gila internet mobile Celcom 4G di Bangsar South ni.Tengok saja keputusan ujian kelajuan internet seperti yang Tedi sertakan di bawah.Ujian kepantasan internet mobile Celcom ni Tedi uji menggunakan aplikasi Speed test.Sungguh menyedihkan apabila kelajuan internet Celcom di kawasan Bangsar South cuma 3.4 Mbps semasa download dan 0.35 Mbps semasa upload.Jadi kepada sesiapa yang nak langgan Celcom sama ada 3G atau 4G, batalkan saja niat anda. Buat sakit hati saja.Celcom memang pantas, iaitu semasa hantar bil minta anda bayar.

Mommy dan Aina tiba dari Kota Bharu

Imej
Sekarang jam 08:16 tarikh 12 Mei 2018.Tedi dan Master sedang berada di Balai Ketibaan atau dalam Bahasa Inggeris disebut Arrival Hall di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) atau dalam Bahasa Malaysia dipanggil Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.Walaupun namanya Kuala Lumpur International Airport, ia sebenarnya terletak dalam daerah Sepang di negeri Selangor yang tiada kena mengena dengan Kuala Lumpur.Cuma kalau Kuala Lumpur pun orang luar tidak berapa tahu di mana, apatah lagi jika dinamakan dengan nama Sepang?
Tedi dan Master menunggu di luar Balai Ketibaan berhampiran dengan kaunter Airport Taxi.Tadi ada dua orang penumpang dari China bertanyakan sesuatu di kaunter Airport Taxi tersebut. Tampak mereka telah silap lapangan terbang di mana sepatutnya mereka ke KLIA2.Tapi staff di kaunter tampak sulit nak menjelaskan kepada mereka kerana pelancong itu tak fasih Bahasa Inggeris.Mungkin KLIA kena letak Kaunter Informasi berhampiran kawasan ini dengan kakitangan yang fasih be…

Buka Puasa di Avillion Port Dickson

Imej
Tedi tak suka buffet Ramadan kerana bagi Tedi ia adalah suatu bentuk pembaziran di mana kita berbelanja untuk sesuatu yang tidak perlu.Tapi Tedi faham ada syarikat yang mahukan pakej berbuka buffet Ramadhan untuk menghargai para pekerja mereka.Berita baik bagi mereka yang berada di sekitar Port Dickson kerana mereka ada pakej buffet Ramadhan yang dinamakan Nostalgia Ramadan.Ia adalah pakej berbuka dalam suasana kampung. Mungkin fokusnya adalah masakan tradisional Melayu.Pakej dewasa adalah berharga RM 75 ( tujuh puluh lima Ringgit Malaysia), manakala untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun perlu membayar RM 30 (tiga puluh Ringgit Malaysia).
Masa makan adalah dari jam 7 malam sehingga 10 malam, sudah pasti kena tunggu dulu waktu Maghrib sebelum suap makanan tapi dah boleh ambil makanan lah pada waktu itu.Mengenai masakan di Avillion Port Dickson, kawan Master kata tak sedap. Tedi tak biasa makan Di hotel tapi bagi Tedi makanan seperti nasi goreng dan mi goreng di Avillion Port Dicks…

The Way Forward

Imej
Sekarang Tedi dan rakan sekolah sedang berada di Port Dickson.Kami ada modul bina kumpulan. Sekarang ini kami sedang dalam modul lukis mural bertajuk The Way Forward yang mungkin dalam Bahasa Malaysia bermaksud Jalan Ke Hadapan.Kami diberikan 36 kanvas kecil di mana kami perlu melukis satu per tiga puluh enam bahagian daripada sebuah lukisan besar.Setiap lukisan kecil dilukis oleh 2 orang.Cabaran utamanya adalah untuk memastikan setiap lukisan diwarnakan dengan tema warna yang sama.Selain itu terdapat cabaran lain seperti ada perubahan yang perlu dilakukan ke atas gambar asal.Tedi dan pasangan sebagai contoh perlu menukar logo sekolah yang telah dipecahkan kepada 4 pasukan. Kami kena pastikan logo yang hendak kami tukar adalah sama dengan 3 pasukan lain.Cabaran lain adalah kumpulan yang menyediakan warna air untuk kami gunakan bergerak lambat kerana ada banyak warna yang perlu mereka putuskan. Mungkin kena ada lebih pasukan yang sediakan warna.Ini adalah sebahagian hasil lukisan kami …

Harga Tayar Kereta Yokohama 2018

Imej
Harga Tayar Yokohama Malaysia 2018Ini adalah karangan mengenai senarai harga tayar kereta berjenama Yokohama yang boleh didapati di Malaysia.Tedi terkejut melihat harga tayar kereta Yokohama terkini ni. Rasa nak mati dibuatnya!Pada mulanya Tedi sangkakan harganya adalah untuk 4 biji tayar, so kira murahlah kan... tapi rupa-rupanya untuk sebiji tayar sahaja!!!Siapalah ya yang gunakan tayar macam ni? Yokohama ADVAN Sport A/S All-Season Radial Tire Harga tayar kereta ini sebiji adalah: 225/50 R17 98W - RM1,834.05Yokohama AVID Ascend Radial Tire Harga tayar kereta dari jenama Yokohama ni adalah: 215/60 R16 94V SL - RM 1,644.18235/65 R17 104H SL - RM1,983.68235/55 R18 100H - RM 2,182.49Yokohama Avid ENVigor Performance Radial Tire Harga tayar kereta Yokohama ni sebiji adalah seperti dibawah: 145/65 R15 72 - RM986.92Yokohama AVID Touring-S All Season Tire Tayar ini boleh digunakan pada semua musim.Kendalian tindakbalas tinggi dengan penarafan ketahanan kelajuan tahap S dan T.Cengkaman semua …

Tukar minyak hitam Proton Persona 20180510

Imej
Sekarang Tedi dan Master sedang berada di Pusat Servis Kenderaan SY Tyres and Services.Mommy dan bayi Nor Aina pula sedang berada di Kelantan kerana Mommy balik mengundi di sana.Master nak tukar minyak hitam sintetik penuh Petronas Syntium 1000.Harga minyak pelincir enjin fully synthetic Petronas Syntium 1000 ni adalah RM 200.Manakala harga minyak hitam Petronas Syntium 800 adalah RM 130. Ia adalah minyak enjin semi synthetic.Master memilih untuk menggunakan minyak enjin fully synthetic seperti biasa. Ia boleh capai jarak 10000 kilometer manakala Syntium 800 boleh capai jarak 7000 kilometer.Selalunya Master akan tolak 2000 kilometer untuk cover pergerakan enjin ketika kereta tidak bergerak.Selain minyak hitam, penapis minyak (oil filter) turut ditukar. Harganya ialah RM 12.Kos buruh tukar minyak hitam pula ialah Ringgit Malaysia 15.00.Jumlah keseluruhan untuk service kereta Proton Persona pada kali ini adalah RM 227.Selain itu ada iklan kerja kosong ditampal berhampiran bengkel ini un…

Cabaran Berbahasa Inggeris Jika Mengembara atau Tinggal di Malaysia

Imej
Pertama kali Tedi baca pengakuan oleh seorang pakcik bernama Steven de Guzman ni, dia bekerja sebagai seorang expat di Kuala Lumpur. Pendapatnya wajar dikongsikan kerana Tedi tahu Tedi tidak fasih berbahasa Inggeris. Sebagai seorang pekerja asing di sebuah syarikat besar di Kuala Lumpur dan hanya bergantung kepada Bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi, dia mendapati bahawa Malaysian English adalah sukar untuk difahami oleh seseorang yang fasih berbahasa Inggeris. Dia mengambil masa berbulan-bulan untuk memahaminya,  terutama variasi Malaysian Chinese. Pada hari pertama dia bekerja, dia hanya dapat tangkap beberapa patah perkataan untuk difahami. Dia tidak kisah warga Malaysia tidak fasih berbahasa Inggeris, tetapi masalahnya ialah warga Malaysia ni terlalu bangga berbahasa Inggeris sehinggakan sampai ke tahap mereka rasa mereka perlu difahami oleh pekerja asing yang lebih fasih berbahasa Inggeris, walaupun kefasihan mereka itu tidak mencapai tahap keyakinan mereka. Warga Jepun pula …

Trending