Geng Serai adalah satu kumpulan berbasikal orang Eropah yang ditaja dan melakukan satu ekspedisi kembara kayuhan basikal sejauh 2000 (dua ribu) kilometer dari Bangkok ke Singapura sekitar tahun 2005.

Tujuan kembara mereka adalah untuk mengutip dana bagi membantu mangsa Tsunami Thailand 2004.

Apa Maksud Geng Serai?

Dari mana mereka memperolehi nama Geng Serai? Kerana serai adalah ramuan utama dalam masakan Tom Yam atau di kalangan omputeh disebut Tom Yum, jadi maksud nama Geng Serai tersebut adalah merujuk kepada kumpulan berasal dari Thailand. Mereka bukanlah orang Thailand jadi nama itu merujuk kepada di mana kumpulan itu diasaskan.

Selain itu maksud Geng Serai adalah "sekumpulan manusia yang bercita-cita tinggi tetapi kekok dalam hubungan bermasyarakat".

Agak pelik juga maksud nama Geng Serai tersebut memandangkan mereka boleh bersosial dengan baik. Atau adakah mungkin mereka maksudkan yang mereka ni bersosial sesama bangsa mereka sahaja?

Geng Serai dianggotai oleh Tom, Sarah dan Adam serta beberapa orang lagi yang menjadi idola dan menyokong usaha mereka.

Geng Serai dalam bahasa Inggeris dipanggil The Lemon Grass Gang.


Geng Serai bergambar dengan sumber inspirasi mereka di Kuala Terengganu, Malaysia.

Catatan Perjalanan Kayuhan Ekstrem Geng Serai

Kami akhirnya menemui Phillipe sekali lagi di Malaysia, dan kali ini kami mengajaknya bergambar!

Yep, Phillipe adalah sumber inspirasi yang mendorong kembara berbasikal kami, yang kami temui pada hari pertama ketika membeli basikal di Bangkok, dan kami terus bertembung dengannya pada pelbagai tahap di sepanjang kembara kami ini.

Tidak hairanlah untuk mengetahui pada masa ini ketika kami bertemu dengannya di Kuala Terengganu, dia sudah sampai ke Singapura dan kini sedang dalam perjalanan pulang ke Bangkok!

Gila betul dia ni!

Saya fikir kami gila, tetapi ketika kami sedang berjemur di Long Beach di Pulau Perhentian, Phillipe sedang berkayuh merentasi liku-liku di seluruh banjaran di Malaysia!

Ketika ini, kami sedang berada di sebuah resort yang menyeramkan di Cherating, yang saya pasti adalah sebuah tempat yang hidup pada 10 tahun yang lalu!

Sejak singgah di Kepulauan Perhentian (di mana kami bertemu dengan beberapa orang yang hebat - semua orang dari Geng Serai) kami telah berkayuh 300 km dalam 3 hari!

Ini adalah setelah kami berjaya menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca paling ekstrim yang kami alami, hari pertama adalah suhu yang panas membuatkan kami hampir-hampir pengsan, sedangkan hari kedua dan ketiga kami dibasahkan hingga ke tulang dan disejukkan oleh hujan monsun!

Tidak ada yang mengatakan ini adalah kerja mudah!

Tetapi kini penamatnya semakin kelihatan. Matlamat kami adalah untuk ke Singapura pada 11 April di mana kami akan menikmati Sling Singapura di Raffles Hotel!
Doakan kejayaan kami.

Sumber: http://travelbugadam.blogspot.my/2005/04/extreme-cycling.html

 

apa maksud geng serai?, geng serai maksud

20171210