Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2017

Jumlah Paparan Halaman

Bilik Sewa untuk Perempuan sahaja di Bandar Baru Nilai, RM 250

Ini adalah gambar sekeping poster Bilik untuk disewa di Bandar Baru Nilai untuk perempuan sahaja.Harga sewaan adalah RM 250* sebulan dengan deposit 1 bulan.Jika berminat boleh hubungi Nur di talian 019 200 2002 atau Nurul 018 662 9774.*Sila berhati-hati semasa berurusan dengan mereka manalah tahu ada unsur penipuan. Tedi cuma saja nak sebarkan iklan ini kepada mereka yang berminat mencari bilik sewa. Iklan ini ditemui di Bank Rakyat Bandar Baru Nilai semasa Tedi ke Maxis Service Center yang berdekatan.Kepada mereka yang berminat untuk mengiklankan sesuatu boleh email tedi.interpretzz@gmail.com.

dipermainkan towing bernama Nazir panel Takaful Ikhlas

Tedi sebenarnya malas nak mengarang atau kirim sesuatu pasal keburukan perkhidmatan sesiapa, tapi tak patut kalau ada orang lain menjadi mangsa seperti kami. Orang ramai di Malaysia patut tahu kehodohan sikap para penunda kereta yang menjadi panel insurans ni. Dia sanggup buat kami menunggu berjam-jam lamanya, malahan tidur dalam kereta di luar balai polis demi nafsu tamak dia.Sudah jatuh ditimpa tangga, mungkin itulah peribahasa paling sesuai untuk menjelaskan keadaan Master.Sudahlah kemalangan pada 21 Disember 2017 lalu, anak isteri masuk wad kecemasan, kemudian baby Aina dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani pembedahan plastik pada 22 Disember.Master tidak mengikut ke HKL kerana beliau mahu menyelesaikan urusan menarik kereta Proton Saga BLM yang tersangkut di pembahagi jalan Cyberjaya susur keluar ke Dengkil.Master telah menghubungi E-Ikhlas di bawah Takaful Ikhlas untuk mendapatkan bantuan. Tidak beberapa lama selepas itu Master dihubungi si penunda kereta dari nombor…

Master Turun Bawah dan Derma Darah Ke-2

Karangan hari ni Tedi nak bercerita pasal Master setelah sekembalinya kami dari Kembara Sarawak TAG.Banyak draft pasal kembara ke Sarawak tu yang belum sempat Tedi habiskan. Nasib baik ada yang Tedi publish guna phone, kira lepaslah juga... hehehe.Hari ini Master turun satu tingkat menyertai jabatan baru. Melihat keadaan di tempat baru memang nampak kelam-kabut.Sementara itu di tempat lama, Master masih belum mengemas apa yang patut. Malahan ada kod yang masih belum diselesaikan.Bos lama Master pun tampak agak kecewa.Hari ini juga Master telah mendermakan darah beliau buat kali kedua dalam tahun ini, dan kali kedua juga sepanjang umur beliau.Kali ini darah diambil di sebelah kanan. Pengaliran darah agak perlahan sehinggakan dua tiga orang sebelum Master dah siap derma darah, Master masih belum selesai.Hampir 50 minit jugalah Master menderma darah.Master saja derma darah dengan harapan darah beliau akan dicuci dan digantikan dengan darah baru. Manalah tahu kan apa yang ada dalam darah …

Nor Aina berjaket ungu

Terima kasih Assistant kerana sediakan animasi kali  ini.Ini adalah gambar Nor Aina sedang menunggu Mommy habis solat jamak takhir Isya dan Maghrib sejurus sahaja kami mendarat di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dari Kuching, Sarawak, Malaysia. Jika tak silap ini adalah di balai kutipan bagasi di mana terdapat surau kecil di sana.Pada ketika ini Aina memakai jaket atau sweater berwarna ungu dengan hud kepala.Kemaskini: setelah berfikir panjang, Tedi tambah beberapa gambar dalam kiriman ini yang merakamkan perjalanan kami dari KLIA ke Salak Tinggi. Walaupun jaraknya dekat, namun ia adalah kembara yang agak panjang. Apa-apapun, biarlah kali ini gambar yang berbicara. 18 Disember 2017 21:04 - animasi Nor Aina gigit straw plastik sambil duduk dalam kereta bayi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang di Selangor di Malaysia. Umur Nor Aina ketika ini ialah 9 bulan 27 hari. 18 Disember 2017 21:04 - kolaj Nor Aina gigit straw plastik di Lapangan Terbang Antarabangsa Ku…

Kembara Kuching TAG: Hari Pertama

Kembara ke Kuching kali ini adalah untuk pergi ke kenduri kahwin bekas teman sepejabat Master.Master sebenarnya tak kisah pun pasal kenduri tu tapi sebab sebelum ni Mommy ada ajak ulàng kembara ke Kuching, maka Master pun berselorohlah ajak buat kembara ni.Lagipun Master prefer kembara yang ada orang lain boleh tangkapkan gambar. Kalau selfie pasti muka Master akan tak senyum sebab duk fokus nak snap gambar tu.Tup tup menjadi pula kembara ni.Tapi itinerary untuk kembara kali ni pun sama juga macam dulu, tak cukup jelas, maka ia mungkin satu lagi edisi kembara kenali Kuching. Kembara Kuching kali ini disertai oleh 7 orang dewasa, 1 kanak-kanak, dan 1 bayi.Karangan ini dipecahkan kepada beberapa bahagian seperti:Melawat Muzium KucingKopi OKe homestay kitaMYDIN Samariang, KuchingDewan Suarah SarawakTugu KuchingDayang SalhahMira Cake HouseWhite BaroukMakan Malam di Teh Tarik CornerMelawat Muzium Kucing16 Disember 2017, Sabtu.Setelah mendarat dan melepasi pemeriksaan imigresen, kami pergi …

Terbang ke Kuching dengan MAS

4:30 pagiBergerak ke Stesen ERL Salak Tinggi untuk letak kereta di sana.5:00 pagiTiba di Stesen ERL Salak Tinggi, tetapi kami terlepas keretapi jam 5:00 pagi.Terpaksa tunggu tren seterusnya jam 5:25 pagi.Sepatutnya kami tiba di KLIA pada jam 5:00 pagi untuk daftar masuk.Kami menunggu di Platform 4 untuk naik tren ke KLIA. Di platform ini juga orang ramai menanti tren ke KLIA 2.Master sempat topup kad Touch 'n Go di kiosk layan diri yang disediakan di Stesen ERL Salak Tinggi.Di hadapan Stesen ERL Salak Tinggi ni dah ada Le Park Sunsuria City Kota Warisan. Tak tahulah apa benda Le Park ni, mungkin ia Taman untuk orang melepak?Di Stesen ERL Salak Tinggi ni turut ada pusat kongsi basikal Sunsuria.5:25 pagiTren sampai. Stroller Aina sangkut semasa memasuki tren kerana ada ruang antara platform dan tren.Nasib baik ada pakcik yang telah tolong angkat stroller Nor Aina.5:48Kami daftar masuk di kaunter. Terpaksa check in di kaunter sebab ada baby.Jika tidak, boleh check in guna website ata…

Al Jannah Islamic, Nature & Science School: Gaji dan Ulasan

Latar belakangAl Jannah Islamic, Nature & Science School adalah sebuah perusahaan terletak di Negara Indonesia dalam bidang pendidikan dan latihan.Ia adalah sekolah berasaskan Islam, alam sekitar dan sains.GajiPurata gaji yang ditawarkan ialah 2.4 juta Rupiah iaitu dari 1.7 juta Rupiah hingga 2.0 juta Rupiah bagi jawatan Pendidik.Ulasan kerja di Al Jannah Islamic, Nature & Science SchoolAl Jannah Islamic, Nature & Science School adalah sebuah sekolah Islam, sekolah alam dan sekolah harian penuh.Malangnya kesejahteraan untuk tenaga pendidiknya masih kurang.Salah satu sekolah terbaik dan berkualiti, dimana kualiti para guru pun sangat diperhatikan.Mengajar mengenai keislaman dan mengenal alam.Penilaian:Gaji : 1*
Keseimbangan kerja dan hidup : 2*
Perkembangan kerjaya : 2*
Nilai dan budaya : 5*
Pengurusan senior : 2*

Usah dikunci stereng kereta itu

Mommy pernah berbicara bahawa pada suatu hari ada seorang ustaz datang ke pejabat beliau dan memberi ceramah.Salah satu ayat yang diungkapkan oleh si ustaz itu adalah, "cintanya, sayangnya manusia pada kereta sehingga ke kedai pun kunci stereng, padahal kereta biasa-biasa pun".Master yang memandu kereta biasa-biasa saja berasa agak sentap.Sentap bukan kerana kata ustaz tu kena batang hidungnya iaitu stereng kereta dikunci Master walau di mana pun, sekalipun di surau atau masjid, kerana cintakan kereta itu. Tapi Master sentap kerana kata ustaz tu agak kurang tepat.Master kunci stereng kereta itu hanya sebagai usaha tambahan untuk menjaga harta yang diamanahkan kepadanya, sebelum beliau bertawakal kepada Allah.Bukankah kunci kepada tawakkal adalah usaha?Bukankah masyhur kisah bagaimana Rasulullah SAW menyuruh seorang sahabat menambat haiwan kenderaan beliau ketika sahabat itu ke masjid?Master mengunci stereng kereta itu kerana cuba mengamalkan apa yang Rasulullah SAW pernah aja…

Harga Lampin Genki

Karangan kali ini Tedi dedikasikan khusus buat merekod harga lampin Genki. Lampin Genki ini menjadi pilihan Mommy untuk dipakaikan kepada Nor Aina memandangkan harganya murah dan kualitinya tidak mengecewakan.Lampin Genki ni tidak bocor apabila Aina berak.Tedi akan susun harganya berdasarkan tarikh ia direkodkan.Lampin Genki Tape Mega S82Ini adalah lampin bersaiz S dengan kandungan 82 keping lampin10 Disember 2017, TESCO Putra Nilai, RM 29.90

Harga Minyak Hitam Pennzoil di Malaysia

Tedi telah menemani Master cari minyak hitam full synthetic untuk Tok Abah. Bajet dalam RM 150, tapi Tedi dah tahu mustahil untuk dapat harga sebegitu.Sasaran kali ini adalah TESCO Putra Nilai dan stesen minyak Petronas di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi.Kali ini ada minyak hitam Pennzoil yang menambat hati Tedi untuk merekod harganya buat rujukan pada masa akan datang. Minyak Hitam Pennzoil Platinum Blitz semi synthetic 4 Liter10 Disember 2017, di TESCO Putra Nilai, harga minyak hitam ini ialah RM 112.90.

Maksud Bunyi Beep SmartTAG

Kepada para pengguna Touch 'n Go mesti mahu tahu apa maksud bunyi beep pada alat SmartTAG mereka.Di sini Tedi kongsikan maksud bunyi beep SmartTAG supaya anda takkan sesali nasib di kemudian hari.Bunyi beep harus diteliti tetapi jika tiada disebabkan mungkin oleh masalah speaker pada reader di pondok tol, baki kad yang dipaparkan pula perlu disaksi.Perlu ada tabiat dengar bunyi beep dan juga perhati baki yang dipaparkan.SmartTAG beep 1 kaliBeep sekali adalah perkara normal dan mungkin sudah difahami seantero Malaysia ia bermaksud transaksi anda telah berjaya.Bunyi beep ini bukan sahaja pada SmartTAG tetapi juga digunapakai pada reader kad Touch 'n Go.SmartTAG berbunyi lebih 3 kali dengan cepatIni maksudnya bateri SmartTAG lemah dan perlu ditukar.Masalahnya beep 3 kali ni tak konsisten, contohnya tol MEX mungkin tak berbunyi tetapi di NPE berbunyi selalu, dan bila diperiksa pada paparan SmartTAG, adakalanya bateri masih HI.Jika anda sanggup pertaruhkan kehenseman atau kejelitaa…

Tapak Sulaiman Bernafas Melalui Apa?

Karangan ini adalah berkenaan cara Tapak Sulaiman bernafas.Tapak Sulaiman bukan seperti seekor ikan yang memerlukan insang untuknya bernafas.Tapak Sulaiman bernafas melalui kaki mereka.Tapak Sulaiman mempunyai kaki-kaki yang mempunyai tiub-tiub yang terdiri daripada tisu-tisu nipis yang membolehkan gas melaluinya dengan mudah.Tiub kaki dan juga papulae (lubang-lubang kecil pada seluruh bahagian badan Tapak Sulaiman) mengangkut gas oksigen daripada air laut kepada tisu-tisu, dan juga mengangkut gas karbon dioksida daripada tisu ke air laut.Papulae pula mepunyai cilia halus (struktur seperti bulu halus) di bahagian luar dan dalam yang menyebarkan air laut di atas tisu.Secara asasnya boleh dikatakan bahawa pernafasan Tapak Sulaiman berlaku melalui proses endosmosis oksigen dan exosmosis karbon dioksida melalui tisu di tiub kaki mereka yang bertindak sebagai membran separa telap.

Kembara Ekstrem Geng Serai

Geng Serai adalah satu kumpulan berbasikal orang Eropah yang ditaja dan melakukan satu ekspedisi kembara kayuhan basikal sejauh 2000 (dua ribu) kilometer dari Bangkok ke Singapura sekitar tahun 2005.Tujuan kembara mereka adalah untuk mengutip dana bagi membantu mangsa Tsunami Thailand 2004.Apa Maksud Geng Serai?Dari mana mereka memperolehi nama Geng Serai? Kerana serai adalah ramuan utama dalam masakan Tom Yam atau di kalangan omputeh disebut Tom Yum, jadi maksud nama Geng Serai tersebut adalah merujuk kepada kumpulan berasal dari Thailand. Mereka bukanlah orang Thailand jadi nama itu merujuk kepada di mana kumpulan itu diasaskan.Selain itu maksud Geng Serai adalah "sekumpulan manusia yang bercita-cita tinggi tetapi kekok dalam hubungan bermasyarakat".Agak pelik juga maksud nama Geng Serai tersebut memandangkan mereka boleh bersosial dengan baik. Atau adakah mungkin mereka maksudkan yang mereka ni bersosial sesama bangsa mereka sahaja?Geng Serai dianggotai oleh Tom, Sarah da…

Leicester tetap hormati kemampuan Newcastle

LEICESTER – Pengurus Leicester City, Claude Puel mengakui beliau sentiasa menghormati Newcastle United dan Rafa Benitez menjelang pertemuan kedua-dua pasukan pada aksi Liga Perdana England malam ini. The Foxes bakal melakukan kunjungan ke Stadium St. James Park malam ini dengan sasaran mencatat tiga kemenangan berturut-turut sejak diambil alih Puel Oktober lalu.Bagaimanapun, bekas pengendali Southampton itu menegaskan beliau tidak akan memandang rendah kemampuan Newcastle biarpun pasukan tersebut sering menampilkan aksi kurang konsisten.“Kami sentiasa menghormati pasukan seperti Newcastle. Mereka merupakan sebuah pasukan yang berkualiti serta memiliki pengurus berkaliber.“Mereka bermula dengan agak baik pada saingan musim ini dan sangat berbahaya ketika melakukan serangan balas pantas, jadi kami perlu berwaspada dengan permainan mereka,” kata Puel.Jurulatih dari Perancis itu berkata, mereka bakal berdepan cabaran sukar pada aksi malam ini memandangkan Newcastle bakal menerima sokongan …

Aku yang berdosa

Lagu ini dinyanyikan oleh Shahir AF8 dan dicipta oleh Shamril bin Mohd Salleh (Sham Kamikaze), seorang artis yang telah berhijrah.Tidak hairanlah lagu ini sebagai sebuah lagu ketuhanan sesuai dengan hajat Sham Kamikaze untuk menghiburkan umat sambil memberi pendidikan.Liriknya adalah straight to the point tentang rintihan seorang hamba kepada Tuhannya.Lirik Lagu Aku Yang Berdosa – ShahirSejauh mana
Langkahku di sana?
Aku melupakan-MuSeluas mana
Kau beri padaku
Masih ku angkuh pada-MuSegalanya dusta
Gelap mengaburi kuYa Allah
Apa yang bisa ku tebus kepada-Mu atas dosaku?Ya Allah
Ku hina terasa
Biar ku bersujud untuk ke syurga-Mu***Segalanya dusta
Gelap mengaburi kuYa Allah
Apa yang bisa ku tebus kepada-Mu atas dosaku?Ya Allah
Ku hina terasa
Biar ku bersujud untuk ke syurga-MuKomen Tedi:"Apa yang bisa ku tebus kepada-Mu atas dosaku?"Ungkapan ini adalah satu persoalan kepada diri dan meminta bantuan Allah subhanahu wa ta'ala untuk berubah ke arah kebaikan dengan menjauhi dosa dan memad…

Aina Jumpa Pakar Jantung Kanak-Kanak Hospital Serdang

Karangan ini berkenaan temujanji bayi Nor Aina dengan pakar jantung kanak-kanak di Hospital Serdang yang telah ditetapkan pada jam 9 pagi tadi.Tempat Letak Kereta TerhadMengambil Nombor PanggilanBertemu Doktor Pakar KardiologiBertolak ke Hospital SerdangKami bergerak ke Hospital Serdang dari Sepang pada jam 8 pagi.Perjalanan kami merentasi Jenderam, Jalan Md Zain, Persiaran Selatan hala Alamanda, kemudian masuk ke SKVE dan keluar di susur keluar Hospital Serdang (T).Tempat Letak Kereta TerhadPada masa itu jam baru 8.30 pagi, agak cepat kami sampai kerana sekarang adalah musim cuti sekolah, tetapi kereta-kereta telah kelihatan berderet-deret diletakkan di tepi dan di tengah jalan besar... jalan besar tau, bukan jalan kecil.Apakah semua ini? Hospital Serdang punyalah besar tapi tempat letak kereta bertingkat tiada. Secara resamnya, tempat letak kereta bertingkat pasti akan dibina nanti apabila pulangan keuntungan daripada pembinaannya adalah positif.Master turunkan Mommy dan Aina di tem…

Felda United Tidak Pernah Sambil Lewa

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Felda United menafikan bersikap sambil lewa dalam menguruskan permohonan lesen untuk beraksi dalam Liga Super musim depan, sebaliknya menegaskan mereka tidak pernah gagal mengaudit akaun serta sentiasa menjaga kebajikan pemain.Timbalan Presiden Kelab Bola Sepak Felda United (FUFC), Datuk Mohd. Isa Abu Kasim hari ini tampil menjelaskan kronologi mengapa mereka gagal mendapatkan lesen daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hingga terpaksa ‘turun pangkat’ beraksi dalam Liga Perdana musim depan.“Pada 26 September 2017, FAM telah memberi tanda aras bagi penyerahan dokumen kepada Felda United sebanyak 99 peratus. Baki satu peratus adalah berkaitan hal Laporan Kewangan 2016 yang beraudit dan Laporan Kewangan Interim (Pengurusan Akaun) Januari hingga Julai 2017 yang tidak diserahkan.“Mesyuarat ‘Appeals Body’ (Badan Rayuan) AB diadakan pada 28 September 2017 telah memutuskan tarikh akhir penghantaran semula semua dokumen pada 16 Oktober 2017 jam 12 tengah hari.“Feld…

Pengalaman Bekerja di The Chicken Rice Shop

Pengalaman kerja beberapa orang pekerja di The Chicken Rice Shop.Menurut bacaan Tedi di wikipedia didapati bahawa The Chicken Rice Shop ni bukan sahaja gah di Malaysia tetapi telah menjangkau ke pasaran antarabangsa. Jadi kepada mereka yang mencari kerja di luar sana, Tedi berasakan syarikat ini berpotensi untuk kembangkan kerjaya anda bukan sahaja di pasaran tempatan tetapi ke luar negara juga.Jika anda asset terbaik syarikat, tidak mustahil mereka hantar untuk bantu perniagaan mereka di sana? Di bawah ini adalah senarai pengalaman beberapa orang pekerja The Chicken Rice Shop.Sangat gembira bekerja sebagai krew restoran di The Chicken Rice Shop cawangan NU Sentral. saya bekerja mengambil pesanan dan menghantar makanan kepada pelanggan. Pihak pengurusan juga sangat bagus. 28 November 2017NU SentralBekas pekerjaTempat yang seronok untuk bekerja. The Chicken Rice Shop menawarkan masa kerja fleksibel, tidak menekan dan pasukan pengurusannya sangat memahami. Setiap tahun ada sesi team buil…

Aina 9 bulan 14 hari

5-Disember-2017, 20:12, Selasa
Gambar kolaj Aina sedang duduk dalam tempat duduk bayi dalam kereta Proton Saga BLM.
Ketika ini Aina adalah seorang bayi perempuan berumur 9 bulan 14 hari. 5 Disember 2017, 19:56, Selasa
Gambar di stesen minyak Petronas Cyberjaya tunggu Mommy siap solat Maghrib.
Tempat persinggahan solat Maghrib jika perlu isi petrol dalam perjalanan pulang ke Bandar Baru Salak Tinggi.

Pak Din kemalangan tong dram plastik meletup

Hari ini kami dikejutkan dengan berita kemalangan yang menimpa Pak Din.Pak Din telah mengalami kecederaan parah di kaki kirinya akibat satu letupan melibatkan tong dram plastik berisi kabaid yang hanyut di tengah sungai.Pak Din cuba membawa tong dram plastik itu ke tepi di mana dipercayai bahawa tong dram plastik berisi kabaid itu digunakan sebagai pelampung kepada rumah rakit yang banyak di sungai itu.Malangnya semasa dia membawa tong dram itu ke tepi, dipercayai berlaku kebocoran menyebabkan air masuk ke dalam tong dram sekaligus menyebabkan kabaid itu melepaskan gas yang meletupkan tong dram tersebut. Mesti jumlah kabaid itu banyak untuk membawa kepada kemusnahan sebegitu rupa.Pak Din adalah nelayan di Sedili Kecil, suami kepada makcik Master yang kami panggil Mak Na. Kehidupan mereka susah dan kini Pak Din ditimpa kemalangan sebegini.Pak Din adalah seorang yang rajin dan baik, dia selalu membawa kami mudik Sungai Sedili apabila kami ke sana. Rasa terkejut dan agak terkilan pada mu…

Lukisan Pensil: Kereta

Kelakar pula menatap kartun kartunis LAT ni yang mengisahkan keadaan apabila kereta Proton SAGA muncul di Amerika Syarikat. Ia menggambarkan Proton SAGA sebagai kereta kecil kompak yang mungkin kini lebih sesuai dikaitkan dengan Perodua Kancil, Perodua Viva, dan Perodua Axia.Gambar lukisan pensil kereta dua dimensi (2D) dari pandangan tepi menampakkan lampu depan, bumper depan, cermin sisi, tayar, pintu, tingkap, bumbung, ekzos, dan asap kereta. Asap kereta pun termasuk juga ka?Gambar di bawah ini menunjukkan lukisan pensil yang dikatakan adalah paten kepada kereta hatchback Honda yang bocor pada tahun 2016. Kereta apakah itu ya?Lakaran kereta futuristik dengan pensil sahaja.Hahaha, memang susah nak jumpa lukisan pensel kereta Proton SAGA lama seperti kartun di bawah ini.Lakaran pensil sebuah kereta lama iaitu Proton SAGA siap dengan body kit lagi. Pasti tak lepas lalu taman Tedi ni....Lakaran pensil sebuah kereta konsep Proton iaitu Proton Tuah atau Espire. Tampak menarik juga kalau …

Kiriman Berkaitan