Cuaca terasa hangat.

Membuatkan badan semakin tak berupaya.

Perut yang kempis berbunyi minta diisi.

Saat tenaga terasa semakin tiada.

Dua malam masa berlalu.

Kerja sampingan bergerak perlahan.

Terkadang terasa seolah tiada berkembang.

Ku merenung dua hari berlalu.

Apakah silapku?

Sehingga terasa kehabisan semua tenaga?

Adakah kerana amalan diet yang tidak menentu?

Jika tidur yang terganggu, rasanya sudah diqada semalam yang lalu.

Malam ini aku memutuskan.

Perut perlu diisi.

Bukan dengan mi atau roti.

Tetapi dengan nasi makanan ruji.

Moga malam ini akan bertenaga semula.

Saat kedinginan cuaca dua hari berlalu kelihatan tiada datang malam ini.

Semoga semua usaha dalam redha Illahi.

Semoga ia juga diberkati.

Gambar nasi putih berlaukkan daging goreng kunyit

Hehe, ini mungkin satu catatan yang agak kelakar daripada Master... ceritanya pasal Master sudah dua hari macam tiada tenaga untuk buat kerja sambilan. Mungkin sebab cuaca yang sejuk? Ditambah pula dengan inisiatif Master untuk tidak makan.

Jadi Tedi telah menasihati Master untuk makan nasi. Moga nanti Master akan ada tenaga lepas tu bolehlah Master siapkan kerja beliau. Kalau ada rezeki dan berhasil bolehlah buat tampung perbelanjaan harian.

Jadi malam ni Master makan nasi putih daging goreng kunyit, manakala untuk Mommy, Master order mihun goreng tom yam.

20171105