1. Karangan Tedi kali ini adalah untuk menghebahkan mengenai kad Touch 'n Go edisi terhad terbaru iaitu kad Touch 'n Go TN50.
  2. Ia kini mulai dijual di:
    1. TNG Customer Experience Center, Bangsar South, Kuala Lumpur, Malaysia.
    2. TNG Hub, NU Sentral, Kuala Lumpur, Malaysia.
    3. TNG Hub, Wisma Nufri, Johor Bahru, Johor, Malaysia.
    4. Hub On The Go (van Touch 'n Go)
  3. Kad TNG TN50 ini dijual pada harga MYR 15.90 (lima belas Ringgit Malaysia dan sembilan puluh sen sahaja) termasuk GST.
  4. TN50 adalah akronim kepada Transformasi Nasional 2050 yang bakal meneruskan aspirasi Wawasan 2020 yang akan tamat dalam 2 tahun lagi.
  5. Hanya 3000 (tiga ribu) keping kad Touch 'n Go TN50 akan dijual sebagai edisi terhad.
  6. Kad ini memaparkan:
    1. ilustrasi atau lukisan dua budak lelaki menaiki basikal sambil mengibarkan bendera Malaysia di kawasan seperti sawah padi berlatarbelakangkan bangunan moden yang pelik.
    2. jata negara Malaysia di sebelah kiri logo 1Malaysia, di penjuru kanan atas
    3. logo Touch 'n Go di penjuru bawah kanan
    4. logo TN50 di penjuru atas kiri
    5. teks Masa Depan Negaraku
  7. Kad ini menggunakan gabungan warna merah jambu (pink), ungu, biru, dan putih. Warna yang agak tidak menarik.
  8. Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang Touch 'n Go atau di nombor telefon +603-2714 8888.
  9. Kepada para pengumpul koleksi kad Touch 'n Go bolehlah cuba mendapatkan kad ini sebelum ia habis di pasaran.