Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2017

Formasi 5-3-2 dan 4-2-4 Watford kalahkan formasi 4-4-2 NUFC

Imej
Karangan kali ini adalah mengenai formasi bolasepak dengan fokus kepada kekalahan terakhir pasukan Newcastle United kepada pasukan Watford.Pasukan Newcastle United Football Club telah mengubah formasi mereka daripada formasi 4-2-3-1 kepada formasi 4-4-2. Mungkin ini adalah satu taktik untuk mendapatkan lebih banyak gol.Pasukan Watford pula menggunakan formasi bertahan 5-3-2 di mana lapan orang pemain mereka bertahan di hadapan gol. Keadaan ini jelas membantutkan serangan Newcastle United.Apabila Watford mendapat bola melalui pertahanan mereka, serangan balas terus dilakukan melalui hantaran bola jarak jauh.Kebanyakan serangan Watford adalah melalui bahagian sayap kiri mereka menembusi pertahanan kanan Newcastle United Football Club sebab pemain pertahanan kanan the Magpies iaitu Yedlin suka naik ke atas menyerang. Tabiat ini disedari pengurus Watford lalu menggunakannya dengan baik.Serangan balas Watford adalah menggunakan formasi serangan 4-2-4, satu formasi yang pelik tapi menjadi.M…

Tambah Nilai Touch 'n Go Online

Imej
Karangan ini adalah untuk menjawab soalan-soalan di bawah:Bolehkah reload Touch 'n Go secara online?Bagaimana topup Touch 'n Go menggunakan Maybank2u?Tidak boleh reload Touch 'n Go melalui online bankingStraight to the point kan jawapan Tedi tu? Hehe.sebenarnya pada suatu masa dahulu boleh topup Touch 'n Go menggunakan sistem perbankan atas talian. Touch 'n Go memperkenalkan produk Quik2Go untuk tujuan itu. Tedi tak pastilah sama ada ia dieja Quick2Go atau Quik2Go?Tedi pun tak pasti pada tahun bilakah produk itu diperkenalkan, namun apa yang pasti ia menemui kegagalan dan tidak diteruskan. Kenapa ia gagal? Mungkin kerana pengguna terpaksa membeli peralatan khusus untuk topup kad TNG. Atau mungkin juga teknologi internet Malaysia pada masa itu tidak canggih? Atau mungkin sahaja idea itu terlalu jauh mendahului masa?Apa-apa pun Touch 'n Go kena faham, rakyat Malaysia tak suka membayar untuk perkhidmatan yang mereka perlukan. Nak topup kad TNG kena bayar pula, apa …

Masalah VW POLO Highline

Imej
Kereta VW yang paling bermasalah di kalangan pemilik kereta VW adalah kereta VW Jetta.Namun ia diekori rapat oleh Volkswagen Polo, walaupun kereta VW Polo telah dipilih sebagai kereta terbaik dunia pada tahun  2010 (World Car of the Year).Semua pemilik kereta VW Polo Tak kiralah sama ada edisi lama 6n Polo atau 9N3 Polo classic 1.6 atau 2.0L Highline, atau kereta terbaru Polo Vivo 1.4 Trendline, atau kereta hatchback 1.4TDI Highline atau kereta sedan 1.5TDI Comfortline, atau kereta hatchback 1.2TSI Highline, atau Polo BlueMotion atau Polo GTI, atau CrossPolo, juga Polo 6R, sama ada kereta manual atau auto, pemilik kereta VW Polo akan mengalami sebahagian atau kesemua masalah yang akan Tedi senaraikan di bawah pada satu masa atau ia akan berturutan dari satu masalah ke masalah yang lain.Seorang pemilik VW Polo 2.0L Highline secara peribadi telah mengakui mengalami kebanyakan masalah tersebut dan dia mengatakannya adalah satu masalah biasa kerana dia telah menemui ramai pemilik kereta V…

Wajah Malaysia Harmoni di Hospital

Tedi sukakan suasana di hospital, terutamanya hospital kerajaan.Mengapa Tedi sukakan suasana di hospital? Padahal di hospital kita melihat orang kesakitan, kesusahan, dan dalam kesedihan.Ini adalah kerana di sebalik kesakitan, kesusahan, dan kesedihan itu menjelmakan satu sisi masyarakat majmuk Malaysia.Ketika warga politikus sibuk mencanang politik sempit perkauman, hospital kerajaan menyerlahkan wajah keharmonian masyarakat pelbagai kaum.Kenapa pula lebih kepada hospital kerajaan? Bagaimana pula dengan hospital swasta?Kita sedia maklum di hospital kerajaanlah warga Malaysia yang tidak berduit mengadu nasib. Lebih mudah kita boleh kata di hospital kerajaan ni orang-orang susah berkumpul.Berbeza dengan di hospital swasta di mana keselesaan diberikan sesuai dengan bayaran yang dikenakan.Pesakit berkongsi bilik di hospital kerajaan, manakala di hospital swasta mungkin sahaja duduk bilik sendiri-sendiri.Ketika berkongsi wad di hospital kerajaan para pesakit saling bertanya khabar tak kir…

Nor Aina di Jabatan Kecemasan Putrajaya kali kedua

Imej
Pagi ini Mommy dan Master memutuskan untuk membawa si bayi, Nor Aina ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan.Ini adalah kerana Aina masih sukar bernafas, masih batuk-batuk, dan juga muntah-muntah.Aina juga semakin tidak aktif, mungkin kerana banyak kehilangan air dalam badan. Master telah membancuh susu cair buat Aina tetapi setiap kali dia minum, dia akan muntahkan semula.Susu cair yang Tedi maksudkan adalah bancuhan susu dengan lebih banyak air, bukannya susu isian cair yang orang guna untuk buat kek atau air Batu campur tu.Sampai sahaja di Hospital Putrajaya, Aina dibawa ke Jabatan Kecemasan Dan Trauma kerana kes asma Dan sukar bernafas dikategorikan sebagai kes kecemasan bermakna kita boleh menerima rawatan 24 jam sehari.Sekarang Nor Aina sedang menerima rawatan kabus menggunakan nebulizer dan kami masih menunggu apa kata doktor.Mommy dan Aina dalam zon separa kritikal, manakala Tedi dan Master menanti di luar. 11:15 pagiMuka si Nor Aina tidak berseri, mungkin kerana keleti…

Aina dirawat guna nebulizer kali ke-4

Imej
Malam semalam semasa dalam perjalanan pulang ke rumah kami singgah ke klinik sebab Nor Aina kelihatan sukar untuk bernafas.Aina bernafas gunakan mulut, manakala kedengaran bunyi kuat daripada hidung dan paru-paru.Aina juga batuk-batuk dan muntah-muntah banyak kali. Aina diberikan rawatan kabus menggunakan nebulizer, kali ini dia tak menangis malahan dia memegang nebulizer tersebut.Doktor suruh kami datang semula ke sana untuk rawatan kabus menggunakan nebulizer pada jam 10:30 malam jika keadaan Aina berulang semula.Kos rawatan adalah RM 73 termasuk dua botol ubat radang dan asma.Pada jam 10:30 malam Aina tidur dan keadaannya nampak stabil.

Pesta Makanan Thailand-Malaysia di KIP Mall Kota Warisan

Imej
Karangan kali ini akan menceritakan pengalaman Tedi sekeluarga terjah KIP Mall Kota Warisan pada 19 November 2017, iaitu hari Ahad yang lalu.Tujuan kami ke sana adalah untuk merasai pengalaman makan makanan Thailand di Festa Makanan Thailand Malaysia yang diadakan selama seminggu di sana. Tedi tak tahu nak cerita apa kerana Tedi ada projek lain perlu disiapkan, jadi Tedi biarkan sahaja foto-foto di bawah berbicara.Kambing Bakar atau Kambing GrillKambing Bakar pun mengganas di Pesta Makanan Thailand Malaysia tersebut.Aiskrim GulungMemang nampak sungguh kepakaran abang tersebut menggulung aiskrim, tetapi pada harga MYR5 atau MYR 6, macam mahal sangatlah pula.Thailand-Malaysia Food FestPesta Makanan Thailand Malaysia ini adalah sesi jelajah Food Street yang diadakan dengan tema Sekolah Jalanan.Ia memberi peluang kepada para peniaga untuk belajar praktik niaga di jalanan.Somtam dan Tom YamAis Cream Kelapa Original ThailandPelbagai Jenis KerabuOrang Thailand memang popular dengan pelbagai …

Kad Touch 'n Go edisi terhad TN50

Imej
Karangan Tedi kali ini adalah untuk menghebahkan mengenai kad Touch 'n Go edisi terhad terbaru iaitu kad Touch 'n Go TN50.Ia kini mulai dijual di: TNG Customer Experience Center, Bangsar South, Kuala Lumpur, Malaysia.TNG Hub, NU Sentral, Kuala Lumpur, Malaysia.TNG Hub, Wisma Nufri, Johor Bahru, Johor, Malaysia.Hub On The Go (van Touch 'n Go)Kad TNG TN50 ini dijual pada harga MYR 15.90 (lima belas Ringgit Malaysia dan sembilan puluh sen sahaja) termasuk GST.TN50 adalah akronim kepada Transformasi Nasional 2050 yang bakal meneruskan aspirasi Wawasan 2020 yang akan tamat dalam 2 tahun lagi.Hanya 3000 (tiga ribu) keping kad Touch 'n Go TN50 akan dijual sebagai edisi terhad.Kad ini memaparkan: ilustrasi atau lukisan dua budak lelaki menaiki basikal sambil mengibarkan bendera Malaysia di kawasan seperti sawah padi berlatarbelakangkan bangunan moden yang pelik.jata negara Malaysia di sebelah kiri logo 1Malaysia, di penjuru kanan ataslogo Touch 'n Go di penjuru bawah kanan…

Silat Legenda

Imej
Kebelakangan ini Tedi selalu didendangkan dengan lagu Silat Legenda.Master kata lagu Silat Legenda ni adalah original soundtrack (ost) kepada filem animasi Silat Legenda yang ditayangkan ketika Master masih bersekolah.Tedi suka lagu ni sebab ia ada unsur sejarah sambil menaikkan semangat pendengar.Selain itu ia ada beberapa peribahasa yang boleh dipelajari. Lirik lagu SILAT LEGENDAPuisi:
Zaman Kesultanan Melaka
Zaman yang penuh gemilang
Namun kegemilangan ini
Juga membawa berbagai cabaranPada suatu masa dahulu Melaka adalah sebuah empayar yang gemilang sebagai perlabuhan entreport. Ia menjadi tumpuan Timur Dan barat.Perdagangan utama adalah rempah ratus yang pada mulanya dikuasai oleh pedagang Arab sebelum datang pedagang eropah.Akulah Panglima Melaka Kuasa sakti diwaris
Tersirat di keris
Rahsia berkurun lama
Senjata panglima Setapak kami langkah
Pantang untuk menyerah
Rasakan gegarnya* Silat Legenda
Silat Legenda
Silat Legenda Berkuasa
Silat Legenda
Silat Legenda
Silat Legenda BerkuasaSua…

Lukisan Rumah Di Tepi Sungai

Imej
Kerja sekolah Tedi seterusnya adalah untuk membuat satu lukisan yang menggambarkan sebuah rumah usang yang terletak di tepi sungai.Tedi dah pernah kaji pasal lukisan rumah usang pada tahun 2015 dahulu, maka kali ni Tedi nak cuba sesuaikan pula dengan kedudukan rumah di tepi sungai.Karangan ini akan merangkumkan beberapa lukisan rumah tepi sungai yang telah Tedi pilih sebagai sumber inspirasi.Lukisan Rumah Di Tepi JeramLukisan ini menggambarkan sebuah rumah kecil betul-betul di tepi sebatang sungai kecil. Keadaan sungai yang berbatu itu mungkin menunjukkan ia adalah jeram yang mencadangkan bahawa rumah ini terletak di atas bukit.Terdapat titi kecil betul-betul di sebelah hadapan rumah seolah-olah ia adalah satu-satunya jalan keluar masuk ke rumah tersebut.Sumber: lukisanindo.com Lukisan Rumah Barat Berhampiran SungaiLukisan pensil hitam putih ini menunjukkan sebuah rumah gaya barat terletak tidak jauh dari sebatang sungai.Kelihatan denai dari rumah itu ke sungai, dan ada titi untuk memb…

Punca Kucing Alami Batu Karang

TINGKAH laku kucing Parsi bernama Johnny itu tampak gelisah. Selang lima minit, ia akan masuk ke tandas untuk membuang air kecil dan mengambil masa yang lama bagi menyelesaikan rutin tersebut.Pemiliknya, Engku Mardziyah Che Engku Khaidzir, 37, bercerita, kadangkala setitis dua air kencingnya berciciran di lantai.Si bulu berwarna jingga kemerahan berusia empat tahun itu juga tidak lincah bermain seperti biasa.“Johnny merupakan kucing yang manja dan sangat rapat dengan saya. Mendengar cara ia mengiau, saya tahu ia menghadapi masalah atau berasa tidak selesa.“Pada mulanya, saya bawa Johnny ke klinik veterinar dan ia diberi ubat pelawas kencing. Namun, tiga minggu kemudian, masalah itu kembali berulang.“Pada suatu hari, saya panik apabila menyedari perut Johnny kelihatan kembung dan terus menghubungi pihak Hospital Veterinar Universiti Putra Malaysia kerana situasi itu tidak pernah berlaku sebelum ini,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.Hasil ujian imbasan yang dilakukan, dokt…

Usahakan ternakan untuk diwarisi anak

Imej
Dari jurutera syarikat cari gali minyak, individu ini bertukar kerjaya sebagai penternak berjaya.Biarpun kerjaya antara kedua-duanya terlalu jauh berbeza, ia bukan halangan bagi pemilik Ladang Ternak Haji Kassim, Datuk Asmawi Kassim, 45, untuk berbuat demikian.Baginya, bukan satu perkara merugikan apabila terpaksa melepaskan jawatan terakhir sebagai konsultan di syarikat petroleum itu kerana beliau sudah membuat perancangan masa depan.“Jika dalam bidang cari gali minyak saya tidak boleh ‘menyerahkan’ tugas kepada anak tetapi dalam bidang penternakan saya boleh berbuat demikian dan berharap mereka mampu mewarisi apa yang saya lakukan sekarang demi masa depan mereka.“Selepas 17 tahun berkhidmat dalam beberapa syarikat gergasi dengan pelbagai tugas berbeza antaranya sebagai jurutera gerudi dan konsultan petroleum, saya mengambil keputusan berhenti pada 2012.“Berbekalkan modal permulaan mencecah RM200,000 saya membeli sebidang tanah seluas kira-kira empat hektar dan mulakan projek ternaka…

Lukisan Sebuah Menara Usang

Imej
Karangan kali ini bukanlah satu karangan pun tetapi hanyalah satu coretan mengenai lukisan-lukisan sebuah menara usang untuk dijadikan rujukan persekolahan Tedi. Contoh lukisan menara yang usang satu menara sahaja. Gambar lukisan menara usang di dalam hutan yang dah roboh sebahagiannya dari Burnchurch Castle. Lukisan menara lama Grande di kawasan bukit Lukisan menara lama Teluk Intan dikelilingi bangunan kedai dan gerai bergerak. Lukisan sebuah menara tangki air lama.

Singgah di Restoran Warisan Kak Wok di Cyberjaya Commercial Valley

Imej
Karangan Tedi kali ini adalah mengenai pengalaman kami sekeluarga makan malam di Restoran Warisan Kak Wok.Tadi kami singgah di Restoran Warisan Kak Wok Putrajaya - Dengkil yang terletak di Cyber Valley Commercial Center.Restoran ini sebenarnya terletak bersebelahan Lebuhraya Damansara Puchong atau Jalan Pintasan Dengkil dan boleh dilihat dari flyover, namun tidak berapa kelihatan. Ia terletak di sebelah Hotel Sepang. Itupun Mommy yang ternampak Restoran warisan Kak Wok ni sekaligus memasukkannya ke dalam senarai kedai makan Nasi Kak Wok yang harus dikunjungi.Nak ke Restoran Warisan Kak Wok ini pun memerlukan sedikit usaha untuk masuk ke jalan ke Dengkil sebelum ke Cyber Valley Commercial Center. Dari jalan Dengkil ini ia tidak kelihatan kerana ia terletak di sebelah belakang.Tedi boleh katakan kawasannya tidak strategik sebab di belakang namun ia sebenarnya di sebelah Jalan Pintasan Dengkil cuma jalan masuk ke sana sahaja tiada. Master tadi pun melakukan pusingan U di hadapan simpang …

Trending