Berikut adalah beberapa cerita pengalaman kerja di Mr D.I.Y di Malaysia oleh beberapa pekerja di sana.

pengalaman bekerja di Mr DiY

1. Seronok bekerja di Mr D.I.Y

  • Jawatan: juruwang (cashier), jurujual (promoter)
  • Lokasi: Kota Damansara, 21 Disember 2016
  •  Komen:
    • Walaupun tidak berapa bagus tetapi di Mr D.I.Y ada beberapa faedah.
    • Para pekerja di Mr D.I.Y sangat peramah manakala penyelia (supervisor) turut banyak membantu ketika saya bekerja.
    • Pihak pengurusan pula boleh dikatakan agak bagus.
  • Kelebihan
    • Tidak ramai pelanggan membolehkan saya melakukan perkara lain. (Tedi tak pasti jika ini adalah satu kebaikan bekerja di Mr D.I.Y, sila jangan beri komen sebegini kepada majikan anda ya...)
  • Kekurangan:
    • Waktu rehat yang singkat.

2. Seronok bekerja di Mr D.I.Y tetapi tiada masa untuk keluarga

  • Jawatan: juruwang
  • Lokasi: Giant Batu 9, 17 Julai 2017
  •  Komen:
    • Saya gembira bekerja di Mr D.I.Y tetapi bekerja di sini tiada masa untuk keluarga.
  • Kekurangan:
    • Faedah kesihatan.

3. Produktif dan seronok bekerja di Mr D.I.Y

  • Jawatan: Promoter
  • Lokasi: Klang, 17 Januari 2017
  • Komen:
    • Banyak benda yang saya telah pelajari semasa bekerja di Mr D.I.Y.
    • Saya belajar bagaimana untuk sediakan akaun stok (stocktake), bagaimana tingkatkan kemahiran berkomunikasi untuk jual produk.
    • Pengalaman paling sukar untuk saya cuma syarikat ini adalah syarikat pertama saya bekerja, jadi saya perlu pelajari banyak benda. Saya tiada pengetahuan tentang kerja jadi saya belajar satu demi satu.
    • Perkara yang paling menyeronokkan ketika bekerja syarikat Mr D.I.Y ialah saya boleh pertingkatkan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris bersama kawan sekerja dan juga pelanggan.
    • Kebanyakan pelanggan saya berbangsa Cina jadi saya perlu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan mereka.
    • Saya telah dipilih sebagai pekerja terbaik di seluruh cawangan Mr D.I.Y. Saya juga telah ditawarkan jawatan sebagai penyelia (supervisor) di cawangan lain tetapi saya terpaksa menolaknya untuk menyambung pelajaran di Astin College dalam Diploma Pengurusan. Itu sajalah sebab saya berhenti kerja di Mr D.I.Y.
  • Kelebihan:
    • Meningkatkan kemahiran komunikasi.

4. Tempat kerja yang menyeronokkan

  • Jawatan: Promoter
  • Lokasi: M04, 11 Oktober 2015
  • Komen:
    • Saya seronok bekerja di Mr D.I.Y kerana ada kawan yang peramah dan pengurusan yang baik.
    • Saya juga dapat banyak pengalaman bekerja sebagai promoter.
    • Tidak mudah untuk meyakinkan pelanggan untuk membeli sesuatu produk, tetapi saya mengambilnya sebagai satu cabaran.
    • Ia membantu saya untuk yakin dan kuat dalam menempuhi cabaran masa depan.

5. Tempat yang bagus untuk menimba pengalaman

  • Jawatan: store assistant (pembantu stor)
  • Komen:
    • Sentiasa berfikiran positif untuk kita memahami kehendak pelanggan dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka.
  • Kelebihan bekerja di Mr DIY
    • Saya belajar perkara-perkara baru dari seperti bagaimana menyusun stor dan menyelia bekalan dengan lebih baik.
    • Saya juga dapat meningkatkan kemahiran IT saya dengan menggunakan komputer untuk aktiviti melibatkan pengurusan stor.
  • Cabaran
    • Terdapat barang-barang yang berat.
    • Perbezaan pendapat di antara satu sama lain (yang mana Tedi rasa terdapat di mana-mana).

 

Kiriman ini adalah hasil kajian Tedi mengenai pengalaman bekerja di Mr DIY sebuah syarikat menjual barangan hardware DIY di Malaysia. Tedi selalu juga beli barangan di Mr DIY ini tetapi nak kena berhati-hati juga kerana adakalanya mutu barangan di sini tidak bagus, tidak berbaloi walaupun harganya murah. Tidak berbaloi kerana mungkin ia tidak berguna dan mungkin juga ia mendatangkan kesan yang tidak diingini. Walau bagaimana pun tak salah untuk cuba cari kerja di Mr. DIY ini kan?

Tedi ada iklankan beberapa iklan jawatan kosong yang berkaitan dengan Mr. DIY seperti dalam kiriman di Kerja Kosong di sekeliling Tedi.