Baru sahaja sebentar tadi Tedi muatnaik gambar bayi Nor Aina ke dalam interpretZZ untuk menjadi kenangan. Resolusi gambar tersebut agak tinggi iaitu pada resolusi 3000 piksel lebar kali sesuatu saiz piksel panjang gambar.

Tedi terpaksa kecilkan saiz gambar tersebut kerana tak mahu ruangan maya pustaka gambar interpretZZ penuh tetapi pada masa yang sama mahu gambar itu nanti cukup berkualiti untuk dicetak.

contoh gambar yang dikecilkan kepada resolusi 1600 piksel lebar

Maka Tedi tertanya-tanya, apakah saiz gambar minimum untuk dicetak atau dicuci?

Tedi telah mencari jawapannya melalui internet dan berikut adalah saiz resolusi minimum gambar kita untuk dicuci mengikut saiz-saiz tertentu:

  • Cucian foto bersaiz 4" x 6", resolusi imej sepatutnya 640 x 480 pixels minimum.
  • Cucian foto bersaiz 5" x 7", resolusi imej minimum sepatutnya 1024 x 768 pixels.
  • Cucian foto bersaiz 8" x 10", memerlukan resolusi imej minimum pada resolusi 1536 x 1024 pixels.
  • Cucian foto bersaiz 16" x 20" pula memerlukan resolusi imej minimum pada resolusi 1600 x 1200 pixels.

Maka Tedi memilih untuk mengecilkan gambar-gambar yang dimuatnaik kepada 1600 piksel lebar sahaja.

Mungkin ada di antara kawan-kawan yang kehairanan kenapa Tedi gunakan istilah "cuci gambar" di samping "cetak gambar"?

Ini adalah kerana pada suatu masa dahulu gambar diambil menggunakan filem dan untuk mengabadikan gambar itu dalam bentuk cetakan memerlukan ia dicuci dengan sejenis bahan kimia, berbeza dengan zaman sekarang di mana gambar dicetak menggunakan mesin pencetak.