Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2017

Aina di Mahkota Hotel di Melaka

Imej
28 Oktober 2017 sehingga 29 Oktober 2017, Mommy ada team building di Mahkota Hotel Melaka dalam Bandaraya Melaka.Mommy telah sewa satu suit sebab bilik lain habis dan Mommy pun nak bawa Master dan baby Aina ikut serta.Mommy sibuk dengan team building.Master pula sibuk dengan kerja part time yang masih belum siap.Bayi Aina pula terpaksa tidur dan bermain sendiri sepanjang siang. Kagum juga Tedi melihatnya melayan diri sendiri. Bayi Aina di kolam renangPetang 28hb Oktober 2017, kerana kasihan melihatkan bayi Aina kebosanan terperap dalam bilik, Master bawa bayi Aina jalan-jalan di sekeliling hotel.Kelengkapan di Mahkota Hotel Melaka ini agak bagus, mempunyai kolam renang untuk kanak-kanak dan bukan kanak-kanak, ada spa, ada gelanggang tenis, ada ballroom, ada bilik hotel dan ada juga hotel apartment untuk mereka yang nak percutian bajet rendah.Mahkota Hotel Melaka ini layanan stafnya ada yang bagus dan ada pula yang tak senyum langsung.Yang bagus yang jaga parking di luar, dia siap tunju…

Aina raikan Pak Teh graduasi di Konvokesyen ke-14 UniKL di PICC

Imej
Apa khabar semua? Mungkin kekawan semua sudah tidur tatkala Tedi baru terjaga daripada lena.Ada dua forms yang perlu disediakan, manakala banyak forms lagi memerlukan sentuhan terakhir untuk memastikan modul kad kredit sedia untuk diuji.Baiklah, karangan pada malam ini adalah tentang aktiviti kami sekeluarga pada hari Sabtu yang lalu iaitu pada 21 Oktober 2017.Pada sebelah paginya kami ke Hari Keluarga yang dianjurkan oleh syarikat Mommy bekerja yang diadakan di Bangi Wonderland. Kami pergi sekejap sahaja kerana suasana di sana tidak sesuai untuk bawa bayi bersama.Pada jam sebelas pagi kami bertolak pulang ke rumah kerana Tok Mak, Tok Ayah, dan Pak Teh Judin singgah sebelum ke Majlis Konvokesyen ke-14 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya a.k.a Putrajaya International Convention Centre (PICC).Tok Mak, Tok Ayah, dan Pak Teh Judin bertolak ke PICC dulu sebelum kami turuti. Kami memilih untuk bertolak selepas Zuhur, tambahan Master pun perlu sediakan pakaian untuk ke M…

Apakah Saiz Resolusi Minimum untuk Cetak Gambar?

Imej
Baru sahaja sebentar tadi Tedi muatnaik gambar bayi Nor Aina ke dalam interpretZZ untuk menjadi kenangan. Resolusi gambar tersebut agak tinggi iaitu pada resolusi 3000 piksel lebar kali sesuatu saiz piksel panjang gambar.Tedi terpaksa kecilkan gambar tersebut kerana tak mahu ruangan maya pustaka gambar interpretZZ penuh tetapi pada masa yang sama mahu gambar itu nanti cukup berkualiti untuk dicetak. Maka Tedi tertanya-tanya, apakah saiz gambar minimum untuk dicetak atau dicuci?Tedi telah mencari jawapannya melalui internet dan berikut adalah saiz resolusi minimum gambar kita untuk dicuci mengikut saiz-saiz tertentu:Cucian foto bersaiz 4" x 6", resolusi imej sepatutnya 640 x 480 pixels minimum.Cucian foto bersaiz 5" x 7", resolusi imej minimum sepatutnya 1024 x 768 pixels.Cucian foto bersaiz 8" x 10", memerlukan resolusi imej minimum pada resolusi 1536 x 1024 pixels.Cucian foto bersaiz 16" x 20" pula memerlukan resolusi imej minimum pada resolusi 

Chong Wei tak boleh negatif - Misbun Sidek

Imej
Tedi bersetuju dengan pendapat Misbun Sidek yang realistik dan juga optimistik.Misbun Sidek mahu anak didiknya untuk berpijak di bumi nyata berkenaan faktor usia yang selalu menjadi penamat kerjaya seorang ahli sukan, namun pada masa yang sama Misbun Sidek tidak pula membunuh peluang anak didiknya untuk mencapai kejayaan.Tedi juga kecewa dengan ketirisan pelapis untuk menggantikan Lee Chong Wei dan juga penurunan prestasi Lee Chong Wei, tetapi beliau sahaja pemain terbaik kita ada dan kita harus terus menyokong beliau sehingga akhir kariernya. KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei dinasihatkan supaya tidak terlalu memikirkan mengenai pandangan orang di sekelilingnya jika mahu terus kekal beraksi pada tahap tertinggi biarpun akan mencecah usia 35 tahun minggu depan.Ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek berkata, faktor orang di sekeliling pemain nombor tujuh dunia itu membuatkan dia terlalu berfikiran negatif."Kadang-kadang rakan dan o…

Teh Tarik Session dan rumah Desa Mentari mula disewakan

Imej
14 Oktober 2017, jam 2:29 pagi.Tedi baru terjaga dari lena setelah semalam terlelap awal kerana rasa mengantuk yang amat. Pagi ni terjaga dengan niat nak belajar pasal DOJO Toolkit sikit.Tetapi memandangkan interpretZZ ni sudah lama tidak dikemaskini, Tedi terpanggil untuk mencatat aktiviti pada hari ini sebagai satu memoir.CEO ajak Master minum teh tarik Sumber gambar: kevin's teh tarik. (AhmadDundee, Oct 2016) Petang semalam Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat Master bekerja telah mengajak beliau menghadiri satu sesi minum teh tarik dan makan sandwich.Mereka membincangkan tentang impian dunia tanpa tunai di Malaysia dan dunia. Rupa-rupanya sesi itu adalah satu sesi untuk kakitangan syarikat itu yang akan dipindahkan ke sebuah syarikat baru.Masih tiada bayangan bagaimana anak syarikat baru itu akan beroperasi, dan tidak juga Master tahu bila masanya dia akan bertugas di tempat baru.Rumah sewa sudah ada penyewaSemalam juga pada jam 8 malam, calon penyewa rumah sewa Mommy di Desa …

Grant Hanley ingin sertai Newcastle

Imej
Grant Hanley tetap mahu sertai Newcastle manakala Blackburn Rovers bertegas dengan mahukan yuran perpindahan yang tinggi.Grant Hanley dijangka akan meminta penjelasan tentang kedudukannya di Blackburn Rovers kelab itu menolak dua tawaran pembeliannya oleh Magpies. Dipercayai bahawa Hanley berkeinginan untuk berpindah ke Tyneside tetapi Rovers tampak enggan melepaskan kapten mereka itu.Tawaran £3.5 juta dan £4.5 juta setakat ini ditolak tatkala Blackburn meminta jumlah di sekitar £6 juta.Kelab itu mempunyai kedudukan kuat dalam perbincangan ini kerana kontrak Grant Hanley masih berbaki dua tahun.Hanley pula berasa dia telah berkhidmat dengan baik selama 8 tahun dan mahu mencari pengalaman baru.Penolakan tawaran pembelian oleh Blackburn Rovers adalah halangan pertama dalam siri pembelian pra-musim buat Newcastle United setelah pembelian lancar beberapa pemain iaitu Matz Sels, Jesus Gamez, Dwight Gayle, Matt Ritchie and Issac Hayden.Newcastle United dikhabarkan masih mahu membeli seorang …

Baby Aina Keluar Hospital

Imej
24-September-2017 : Aina ditahan di Wad 2CMungkin kawan-kawan semua tidak mengetahui bahawa baby Nor Aina telah dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada hari Ahad, 24-September-2017 yang lalu pada jam lebih kurang 8:30 pagi setelah bayi Nor Aina kami bawa ke Wad Kecemasan Hospital Putrajaya beberapa jam sebelum itu.Bayi Aina telah diberikan neb sebanyak 4 kali ketika di Wad Kecemasan Hospital Putrajaya tersebut, dan akhirnya setelah diperiksa oleh doktor pakar paedatrik, Aina diarahkan untuk ditahan di Wad Paedatrik atau Wad 2C.Setelah Master membayar deposit RM 100, bayi Aina dibawa ke Wad Paedatrik 2C. Sejak itu bayi Aina telah menerima rawatan di Wad 2C Paedatrik sebagai suspek bronchillitis atau pneunomia kalau Tedi tak silap eja nama. Kedua-dua penyakit ini adalah berkaitan dengan jangkitan virus pada paru-paru.Bronchillitis adalah radang pada saluran pernafasan yang lebih kecil pada paru-paru manakala pneunomia adalah jangkitan virus pada bahagian saluran pernafasan yang lebih besar…

Nor Aina dan Irsyad

Imej
Mohd Irsyad singgah tunpang tidur di rumah kami kerana dia akan berlepas pulang ke Kota Bharu esok pagi menaiki penerbangan AirAsia, setelah hadir ke Shah Alam untuk meraikan majlis pertunangan sepupu perempuannya.Ini adalah gambar bayi Nor Aina sedang duduk di pangkuan abang Irsyad, tampak janggal Irsyad kerana dia bukanlah berani dan nak sangat main dengan baby.Semasa ini Nor Aina berusia  bulan dan foto ini ditangkap sebelum kami keluar mencari Nasi Arab di Bandar Baru Nilai. Kedua-dua mereka sedang duduk di atas bean bag hitam dan tidak tahulah apa yang Aina sedang buat, mungkin sedang menonton BoboiBoy Galaxy gamaknya.

Pengalaman Kerja di Mr DIY

Imej
Berikut adalah beberapa cerita pengalaman kerja di Mr D.I.Y di Malaysia oleh beberapa pekerja di sana.1. Seronok bekerja di Mr D.I.YJawatan: juruwang, jurujualLokasi: Kota Damansara, 21 Disember 2016 Komen: Walaupun tidak berapa bagus tetapi di Mr D.I.Y ada beberapa faedah.Para pekerja di Mr D.I.Y sangat peramah manakala penyelia (supervisor) turut banyak membantu ketika saya bekerja.Pihak pengurusan pula boleh dikatakan agak bagus.Kelebihan Tidak ramai pelanggan membolehkan saya melakukan perkara lain. (Tedi tak pasti jika ini adalah satu kebaikan bekerja di Mr D.I.Y, sila jangan beri komen sebegini kepada majikan anda ya...)Kekurangan: Waktu rehat yang singkat.2. Seronok bekerja di Mr D.I.Y tetapi tiada masa untuk keluargaJawatan: juruwangLokasi: Giant Batu 9, 17 Julai 2017 Komen: Saya gembira bekerja di Mr D.I.Y tetapi bekerja di sini tiada masa untuk keluarga.Kekurangan: Faedah kesihatan.3. Produktif dan seronok bekerja di Mr D.I.YJawatan: PromoterLokasi: Klang, 17 Januari 2017Kom…

Bandingkan dua fail guna Notepad++

Imej
Jika anda memerlukan satu perisian untuk membandingkan kandungan dua fail teks, Notepad++ mempunyai satu plugin hebat untuknya.Kita boleh menambah plugin tersebut dengan menggunakan Plugin Manager daripada menu Plugins. Malangnya Plugin Manager tiada dalam versi terbaru Notepad++ 7.5, tetapi kita masih boleh menambahnya ke dalam Notepad++ secara manual mengikut langkah-langkah di laman web ini.Selain daripada Notepad++, Tedi selalu menggunakan perisian WinMerge, cuma kali ini Tedi malas nak install perisian berasingan hanya untuk membandingkan kandungan fail berbeza.

Seterusnya pilih plugin Compare dan klik Install: Buka kedua-dua fail yang mahu dibandingkan dalam dua tab berbeza dalam Notepad++, sebelum pilih Compare->Compare daripada menu Plugins atau melalui pintasan Alt+D: Kedua-dua fail anda akan dibuka bersebelahan dengan barisan yang ada konflik akan diterangkan, anda boleh gunakan anak panah biru pada toolbar untuk bergerak di antara setiap amaran.Terima kasih kepada technica…

Bagaimana install SportsDevil pada KODI 17 Krypton

Imej
Tidak dapat dinafikan bahawa add-onSportsDevil adalah add-on yang paling Tedi gemari untuk menonton siaran langsung bolasepak England dan antarabangsa menggunakan aplikasi Kodi.Sebabnya SportsDevil ni senaraikan semua perlawanan secara langsung dalam satu senarai jadi kita tak perlu cari ikut saluran TV satu-persatu. Lagi satu ada 2 channel yang Tedi suka iaitu dimsum dan firstrowsports.eu yang agak stabil siaran live streaming mereka. Malangnya add-on SportsDevil adalah dari sumber luar maka kita kena tanggung sendiri sebarang risiko kerugian akibat penggunaan add-on tersebut.Di bawah adalah langkah-langkah untuk pasang SportsDevil pada Kodi 17.3:Klik ikon Settings di sebelah kiri atas kodi.Pergi ke System Settings -> Addons.Pastikan pilihan ‘Unknown Sources’ telah dipilih. Tanpanya kita takkan dapat install add-on daripada pihak ketiga.Apabila ada pop-up amaran yang menyatakan kita kena tanggung jika ada apa-apa berlaku seperti kecurian data, klik ‘Yes’.Pergi ke skrin utama Kodi d…

Benitez buat Klop kecewa

Imej
Hari ni apa yang menjadi buah bicara ialah bagaimana Newcastle United berjaya mendapatkan keputusan seri 1-1 ketika menentang pasukan Liverpool pada malam tadi.Newcastle United yang diurus oleh bekas pengurus Liverpool yang terkenal dengan pencapaian taktikalnya semasa peristiwa Istanbul aku datang, Rafael Benitez, telah mempertaruhkan formasi 4-2-3-1 untuk menentang formasi 4-3-3 Liverpool.Benitez juga telah memasukkan semula Jonjo Shelvey yang terbukti memberikan impak dengan hantaran jauhnya.Liverpool menguasai permainan dan mempunyai banyak peluang namun jentera serangan mereka tumpul.Gol pertama perlawanan disumbat oleh Coutinho yang merupakan seorang pemain tengah dengan satu tendangan yang melencong melepasi jangkauan penjaga gol, Rob Elliott.Jonjo Shelvey boleh dipersalahkan kerana membenarkan Coutinho merembat dari luar kawasan gol, tetapi mungkin Shelvey tak sangka bahawa satu rembatan jauh akan dilepaskan. Newcastle menyamakan kedudukan apabila Shelvey menghantar bola jauh k…

Apa Masalahnya Kedai Dobi Muslim Sahaja?

Imej
Terkilan juga dengar komen orang yang kritik kedai dobi di Johor yang meletakkan papan tanda Muslim Sahaja.Pada papan tanda tersebut juga dinyatakan bahawa ia untuk menjaga kesucian pakaian yang dicuci di sana.Tedi rasa tiada masalah sebab dah dinyatakan dengan jelas apa tujuan larangan tersebut. Tapi ada juga yang duk hentam termasuklah ketua negeri Selatan Semenanjung Malaysia tersebut. Siap dikaitkan dengan Taliban?Tedi tak kisahlah jika pendapatnya berbeza, seperti juga pendapat Dr. MAZA yang takut akan menjerumuskan kepada Islam sempit sedangkan Islam itu memudahkan. Nanti jadi nak basuh baju pun was was, lebih kurang begitulah maksudnya.Perkara was-was ini adalah perkara hati bagi Tedi dan ianya akan berbeza buat setiap orang. Ada orang yang sangat was-was dan bila was-was kan dah timbul syubhat bagi dia? So, kalau dia nak pilih kepada jalan yang menenangkan hati dia tu biarkanlah. Contohnya ada orang Islam yang bila nampak kedai jual arak, dihindarkannya, manakala ada orang Isla…

Periksa klac Proton SAGA BLM

Imej
30 September 2017Master membawa Proton SAGA BLM 1.3 MT IAFM ke bengkel kereta di Kosmopleks Bandar Baru Salak Tinggi untuk diperiksa.Ini adalah kerana komen Tok Abah yang menyatakan clutch kereta itu nak habis kerana kereta Proton SAGA BLM manual transmission tu dikatakan asyik melompat ketika masuk gear. Master rasa okay aja klac kereta manual tu cuma kadangkala melompat jugalah semasa dalam kesesakan lalu lintas.Oleh kerana 5 Oktober nanti kereta SAGA BLM tu akan dipinjamkan kepada Pak Long yang ada urusan di Kuala Lumpur selama seminggu, Master mengambil inisiatif untuk memeriksa keadaan klac kereta tersebut.Mekanik kata kena tukar klac tapi entah kenapa Master macam tak yakin dengan jawapannya sebab yang memeriksa kereta Master tu macam tak yakin. Ketuanya pula hanya dengar ulasan mekanik tu tanpa memandu uji kereta Proton SAGA BLM kami itu. Sumber: Kereta Proton mengaum RM 400 terbang Kos untuk tukar klac kereta Proton SAGA BLM manual adalah RM 800 lebih kata tuan bengkel tersebut.M…

Error Log SPRING 4 MVC DOJO Hibernate JPA

Imej
Catatan error yang Master hadapi dan penyelesaiannya semasa membangunkan sistem web menggunakan framework Spring 4 MVC dengan DOJO, Hibernate, dan Java Persistence API (JPA).Cabaran besar semasa membangunkan sistem adalah untuk mengenalpasti punca sesuatu ralat (error). Jika tidak tahu punca masalah macam mana kita nak selesaikan sesuatu masalah?
Menyelesaikan sesuatu masalah dalam kod sistem adalah melalui proses debugging atau dalam Bahasa Malaysia disebut nyahralat.
How to debug SPRING MVC application in Spring Tool Suite?Pilih Window-->Show View--> Servers. Right Click pada nama server pada panel Servers,Pilih "Restart in Debug" atau pilihan Debug,Tambah breakpoints dalam kod,Klik kanan pada nama aplikasi anda, pilih Debug As --> Debug on Server.Gunakan bebutang F5 untuk masuk ke dalam method.Gunakan bebutang F6 untuk ke Statement seterusnya.Page Not Found 404Periksa jika link pada View tidak sama dengan apa yang set pada Controller.Unable to load Undefined statu…

Trending