Alhamdulillah, kami telah tiba dari Wakaf Bharu (New Hut) dalam jam 11 pagi tadi.

Kami bergerak pulang dalam jam 1 pagi dengan harapan para pemandu lain sedang nyenyak tidur.

Master lebih suka bergerak lewat malam kerana Master akan melewati waktu mengantuknya sekaligus mendorong beliau untuk bertahan. Master akan mengantuk jika tidur dahulu dan bangun pada dinihari untuk memulakan perjalanan.

Lagipun jika kami bergerak pada waktu dinihari, kami akan terserempak dengan mereka yang bergerak dari kawasan Kuala Krai dan Gua Musang (Fox's Cave).

Malangnya impian Master hanya jadi mimpi kerana pada waktu tersebut ramai pula rakyat Kelantan memulakan perjalanan mereka.

Hasilnya kami terpaksa hadapi kesesakan di Kuala Krai, Gua Musang, Merapoh, Lipis dan lebuhraya Karak.

Kesesakan disebabkan oleh jumlah kereta yang banyak kecuali di Gua Musang yang disebabkan oleh lampu isyarat yang tidak canggih.

Master melupakan hasrat untuk berhenti di hentian rehat dan juga stesen minyak kerana tak mahu bersesak.

Kami cuma berhenti di Merapoh untuk basuh botol susu bayi Aina, di Masjid Batu 6 Penjom untuk solat Subuh, dan di stesen minyak di Bentong untuk buang air kecil.

Aina pula memberikan kerjasama yang baik dengan tidur di kebanyakan masa, satu sebab Master memilih untuk bergerak pada lewat malam.

Adakah rancangan perjalanan balik dari kampung di Kelantan setelah menyambut Hari Raya Aidil Adha in boleh dipraktikkan pada masa hadapan? Tengok sajalah ragam baby Aina nanti.