Mesin Pengimbas Resonans Magnetik

Seperti mana namanya Mesin Pengimejan Resonans Magnet adalah mesin yang menggunakan medan magnet dan denyut tenaga gelombang radio untuk hasilkan gambar (mengimbas) organ dan struktur dalam badan manusia.

Ia popular dengan gelaran MRI iaitu singkatan kepada Magnetic Resonance Imaging.

Ia berupaya menghasilkan imej 3D struktur dalaman badan manusia.

Mesin Pengimejan Resonans Magnetik mempunyai katil khusus.
Kanak-kanak akan dibaringkan di atas katil khas yang akan bergerak masuk ke dalam satu terowong Mesin Pengimejan Resonans Magnetik tersebut. Sebahagian kanak-kanak akan dimasukkan kepala dahulu dan ada pula yang kaki dahulu, bergantung kepada situasi.
- Comer Children's Hospital.

 

Gambar seorang pesakit sedang dimasukkan ke dalam terowong mesin MRI untuk imbasan bahagian dada.
Gambar menunjukkan seorang ahli radiologi sedang menyediakan pesakit untuk diimbas menggunakan teknologi pengimejan resonans magnet untuk bahagian dada.

gambar seorang wanita sedang menjalani MRI di bahagian buah dada / payudara
Gambar menunjukkan seorang pesakit sedang menjalani prosedur pengimejan resonans magnet yang khusus untuk mengimbas payudara wanita.
- Orange County Murrieta.

Ulasan

Trending