Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2017

Apa Beza DDR3 dan DDR3L?

Imej
Semalam hari Khamis, 28 September 2017, selepas waktu Isya dalam jam 9.30 malam Master telah ke kawasan pasaraya Giant di Bandar Baru Nilai dengan nawaitu untuk upgrade kad ingatan (memory card) komputer riba Lenovo T420S milik Master daripada 4GB kepada 12GB jika boleh. Ini adalah kerana memory 4GB tu selalu sahaja penuh hingga menyebabkan komputer riba Master itu tergantung di awang-awangan (hanging). Ia mengganggu kerja Master ketika build kod sumber sebuah sistem yang sedang Master bangunkan.Di antara dua kedai komputerDi kawasan sekitar Giant Nilai tu ada 2 buah kedai komputer yang kedua-duanya telah Master lawati sebelum itu untuk tukar RAM SODIMM. Malangnya kedua-duanya tak mahu jual RAM yang Master ingini kerana Master tak bawa notebook Lenovo T420S tu bersamanya. Mereka tak mahu bila Master bawa balik dan pasang ke dalam komputer riba tersebut, ia tak berfungsi.Master memilih untuk ke kedai kedua sebab jurujualnya tidak bersikap kerek yang tak tentu hala. Kalau customer tu tan…

Lukisan Rumah Kampung

Imej
Rumah kampung di Malaysia selalunya digambarkan oleh ciri-ciri berikut:Dibina menggunakan kayu dan daun nipah.Dibina tinggi dari permukaan tanah kerana mengelakkan banjir.Mempunyai banyak tiang.Mempunyai jendela yang luas untuk membenarkan peredaran udara.dikelilingi persekitaran yang menghijau.Mempunyai aksesori seperti tempayan, basikal, sangkak ayam dan macam-macam lagi.Mempunyai bumbung yang tinggi untuk membenarkan peredaran udara.Tetapi itu adalah ciri-ciri tipikal rumah kampung Melayu. Rumah kampung Cina dan India boleh sahaja masih berdinding kayu tapi berlantaikan tanah yang dipadatkan.Rumah kampung di Sabah dan Sarawak pula diwakili oleh Rumah Panjang mengikut kaum masing-masing.Kiriman ini akan menunjukkan beberapa contoh lukisan rumah kampung yang Tedi dapat daripada laman sesawang.Lukisan dan lakaran rumah kampung yang ada di bawah ini bukanlah lukisan Tedi kerana Tedi tak pandai lukis rumah kampung.Tedi akan sertakan link kepada gambar lukisan rumah kampung yang Tedi ruj…

Merawat Bronchiolitis pada Bayi

Imej
Tiada rawatan khusus untuk Respiratory syncytial virus (RSV) atau virus lain yang menyebabkan bronchiolitis.Antibiotik tidak membantu kerana mereka merawat penyakit yang disebabkan oleh bakteria, dan bukannya virus. Walau bagaimanapun, anda boleh cuba meredakan gejala anak anda melalui beberapa langkah yang akan disebutkan di bawah ini.Untuk melegakan hidung tersumbat:Cairkan lendir (kahak atau mukus) menggunakan titisan hidung saline yang disyorkan oleh doktor anak anda. Jangan gunakan titisan hidung tanpa preskripsi yang mengandungi entah apa-apa jenis ubat.Keluarkan lendir dari hidung bayi dengan menggunakan mentol sedutan . Keluarkan mentol dahulu. Perlahan-lahan letakkan hujung getah ke dalam satu lubang hidung, dan perlahan-lahan melepaskan mentol. Sedutan ini akan menarik lendir tersumbat keluar dari hidung. Langkah ini paling bagus apabila bayi anda di bawah umur 6 bulan.Untuk melegakan demam:Beri bayi anda acetaminophen . (Ikuti dos yang disyorkan untuk umur anak anda) . Jang…

Class dependency error occurred on aspect definition

Imej
Class dependency error occurred on aspect definition 'Aspect definition advise type [after] advise [org.springframework.security.access.intercept.aopalliance.MethodSecurityInterceptor.invoke]' while processing bean Check if builder classpath is complete.



Solution:

Here's a workaround. Right click the project and go to "Properties >> Spring" Select the "Enable Project Specific settings" checkbox. Go to "Project Builders" tab and disable "AOP Reference Model Builder". My guess is that the AOP reference model builder is running into references to types that a regular compile would not visit, and these types are not on the project classpath, causing that error.

Bayi Aina di Kecemasan Hospital Putrajaya

24 September 2017, 05:19 pagi, Hospital Putrajaya.Tedi dan Master sedang menunggu di kaunter pendaftaran Kecemasan Hospital Putrajaya.Kami membawa bayi Aina ke sini kerana dia mengalami kesukaran bernafas dan minum susu mungkin kerana kahak di dalam dadanya.Inilah kesinambungan kepada kes pagi semalam di mana kami bawa bayi Aina ke Nilai Medical Centre di Bandar Baru Nilai until diperiksa doktor pakar di sana.Semalam bayi Aina telah diberikan gas untuk cairkan kahak dan buka saluran pernafasannya. Sejurus sahaja rawatan tersebut, baby Aina kembali ceria.Tapi pada sebelah petang semalam menuju ke malam, penyakit baby Aina datang semula. Pada jam 3 pagi nafasnya semakin laju dan dahinya panas.Master pun keliru kerana termometer dahi mencatatkan suhu dahi baby Aina dalam lingkungan 37 darjah Celcius ke 39 darjah Celcius, manakala termometer ketiak menunjukkan bacaan suhu badan baby Aina di bawah 37 darjah Celcius. Master membasahkan dahi bayi Aina dan sebahagian badannya sebagai langkah …

Lukisan Kereta Usang

Imej
22-September-2017 jam 3 pagi: Ini adalah kiriman pertama Tedi dalam interpretZZ menggunakan komputer riba Lenovo T420s yang baru Master beli di Mydin USJ, malam semalam. Pada waktu ini Tedi ditugaskan oleh Master untuk mengemaskini semua perisian Windows 7 dalam komputer riba ini.Kelam-kabut juga Tedi menaip menggunakan papan kekunci yang direka untuk pasaran Thailand ni, tetapi lama kelamaan biasa juga seperti kata pepatah, "alah bisa tegal biasa".Kadangkala komputer riba Lenovo T420s ni tersangkut-sangkut juga, mungkin kerana kekurangan memori RAM. Jika ada rezeki lebih dan balik modal, bolehlah nanti Master tambahkan memori RAM untuk komputer riba Lenovo T420s ni. Buat masa sekarang, gunakanlah apa yang ada bak kata pepatah, "tiada rotan, akar pun berguna juga".Sementara menanti kerja-kerja kemaskini perisian itu selesai, Tedi cuba mengolah kerja sekolah yang memerlukan Tedi melukis gambar sebuah kereta usang. Tedi tak berapa pasti jika usang itu dimaksudkan ker…

Bermula Era Kerja Part-time?

Tarikh 19 September 2017 mencatatkan dua peristiwa penting dalam keluarga kami.Pertama, Mak Ngah Zira selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 12 malam di Hospital Serdang.Kedua, tiba-tiba Master mendapat panggilan dari IKCM untuk satu peluang kerja sambilan di sana atau dalam Bahasa Inggeris selalu disebut freelance.Ia adalah satu peluang yang baik buat Master menyahut seruan Ahmad Maslan untuk buat dua kerja. Cuma tak dapatlah nak buat 3 kerja macam Ahmad Maslan tu.Master segera membuat keputusan untuk ambil cuti separuh hari untuk melawat Mak Ngah Zira dan bayinya sambil pergi ke IKCM untuk berjumpa bosses di sana dan berbincang apa yang patut.Jam 1 petang kami jemput Aina di rumah pengasuhnya.Jam 2 petang kami makan tengahari di Tasik Sri Serdang yang tidak kelihatan airnya kerana dipenuhi pokok kiambang kalau Tedi tak silap.Master makan nasi ayam mungkin ala Thai sebab sosnya rasa lain tak macam selalu yang ala-ala kuah kicap.Jam 3:30 petang kami di Petronas Solaris Sri Kembangan …

Rugi Bayar Parking Guna Touch 'n Go?

Imej
17-September-2017, 12:30 tengahari.Kami ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk berjumpa Mak Ngah Ummi.Mak Ngah akan berlepas ke Kota Bharu setelah pulang bercuti dari Vietnam. Beliau mahu bertemu Mommy untuk serahkan barang yang dibeli di sana.Setelah menurunkan Mommy di Balai Berlepas KLIA, Master pergi meletakkan kereta di tempat letak kereta B di level G.Dari sana kami naik lift ke tingkat 2 untuk ke terminal KLIA. Dari tingkat 2 kami ke tingkat 5 untuk ke Balai Berlepas KLIA.Setelah selesai urusan di sana kami bergerak pulang.Parking di KLIA guna Touch 'n Go? Berbaloikah?Bercerita hal bayaran parking kereta guna Touch 'n Go, ia memang memudahkan kerana kita tidak perlu fikir mana nak cari mesin autopay ketika keluar.Apa yang perlu ialah kad TnG kita kena ada baki minimum RM 30 (tiga puluh Ringgit Malaysia) untuk meletakkan kereta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.Ada juga mesin kiosk layan diri disediakan, tapi ketika Tedi melewatinya tadi, ia tidak…

Tukar minyak gear dan suis tingkap auto SAGA BLM

Imej
16-September-2017, 10:00 pagi ,Kosmopleks.Tedi ikut Master hantar kereta Proton SAGA BLM 1.3 Manual Transmission IAFM ke sebuah bengkel di Kosmopleks di Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang di Selangor di Malaysia.Destinasi kami pada kali ini adalah bengkel SY Tyres And Services di alamat No. 23, Jalan 10, Kosmopleks, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor.Nombor telefon 012-2522435.Hajat kami adalah untuk menukar minyak gear transmisi manual kereta Proton SAGA BLM tersebut. Harga Tukar Minyak Gear Manual: RM 45Bila ditanya berapakah harga ganti minyak gear manual SAGA BLM, mekanik kata RM 45 sahaja. Master jadi keliru dan tanya lagi jika dua botol diperlukan iaitu bermaksud jumlah harga tukar minyak gear SAGA BLM tu menjadi RM 90?Tidak. Itu jawapan mekanik. Hanya RM 45 sahaja kerana mereka gunakan kaedah pam.Master tak faham apa maksud mekanik tu tapi dia tidak kisah asalkan harganya RM 45 sahaja. Selalunya kalau kami ke pusat servis Proton, mereka akan gunakan dua botol minya…

Master di NPE Highway Challenge 2017

Imej
10-September-2017, Sabtu : Hari ini menjadi satu titik sejarah apabila Master telah berjaya menyertai dan menamatkan larian half marathon pertama beliau.Rakaman sejarah ini dicatatkan melalui penyertaan beliau dalam perlumbaan IJM Allianz Duo Highway Challenge 2017, kali ini melalui siri kedua iaitu NPE Highway Challenge dengan jarak 21 kilometer.Kami bergerak dari rumah pada jam 3.30 pagi, singgah di Taman Seri Bangi untuk menjemput kawan Master di sana. Kami bertolak dari Bangi pada jam 4.00 pagi dan sampai di tempat letak kereta Sunway Piramid pada jam lebih kurang 4.30 pagi.Perlumbaan Half Marathon BermulaPerlumbaan bermula di Lebuhraya NPE di hadapan Sunway Piramid pada jam 5.30 pagi.Master mengambil kedudukan di barisan paling belakang untuk elakkan kesesakan. Kebiasaannya para pelumba yang laju gila akan duduk di bahagian hadapan untuk elakkan kesesakan, manakala bagi pelumba yang tidak berapa laju seperti Master akan duduk di belakang untuk dapatkan sedikit kelapangan semasa p…

Mesin Pengimbas Resonans Magnetik

Imej
Seperti mana namanya Mesin Pengimejan Resonans Magnet adalah mesin yang menggunakan medan magnet dan denyut tenaga gelombang radio untuk hasilkan gambar (mengimbas) organ dan struktur dalam badan manusia.Ia popular dengan gelaran MRI iaitu singkatan kepada Magnetic Resonance Imaging.Ia berupaya menghasilkan imej 3D struktur dalaman badan manusia.
Kanak-kanak akan dibaringkan di atas katil khas yang akan bergerak masuk ke dalam satu terowong Mesin Pengimejan Resonans Magnetik tersebut. Sebahagian kanak-kanak akan dimasukkan kepala dahulu dan ada pula yang kaki dahulu, bergantung kepada situasi.
- Comer Children's Hospital.
Gambar menunjukkan seorang ahli radiologi sedang menyediakan pesakit untuk diimbas menggunakan teknologi pengimejan resonans magnet untuk bahagian dada.
Gambar menunjukkan seorang pesakit sedang menjalani prosedur pengimejan resonans magnet yang khusus untuk mengimbas payudara wanita.
- Orange County Murrieta.

Panggilan 22990

Imej
Kiriman kali ini adalah berkenaan panggilan 22990  yang bakal menghuraikan 22990 nombor siapa.Bagi meredakan gundah-gulana sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang dapat panggilan dari 22990 dan selama ini membuatkan mereka tertanya-tanya panggilan 22990 siapa? atau 22990 nombor dari mana? Jangan ralat kerana panggilan dari 22990 atau pihak yang menggunakan number telefon 22990 adalah daripada Caller Me Tone dari Celcom. Mereka nak jual caller me Tone, jadi para penggunaan adalah dinasihatkan untuk abaikan sahaja nombor tersebut.Mereka kata tiada apa yang akan terjadi dan tiada caj akan dikenakan jika pengguna tidak membuat langganan, tapi siapalah tahu kan? Entah-entah bila jawab panggilan tersebut kita akan dicaj?Ramai pengguna atau pelanggan Celcom terima panggilan dari 22990 untuk promosi nada dering dan bermacam-macam produk, tidak kurang juga yang terus mengabaikannya. Jadi Tedi harap kiriman ini sudah menjawab nombor 22990 no siapa.Ditegaskan sekali lagi bahawa no telefon 22990 bermak…

Medan Selera Bina Ayat

Imej
Baiklah, untuk kerja sekolah kita pada hari ini, kita akan bina ayat daripada kata nama "medan selera".Sebelum kita buat ayat, kita seharusnya tahu dan dapat menangkap maksud medan selera tersebut. Medan selera secara umumnya bermaksud tempat yang luas di mana manusia menjamu selera. Medan selera kadangkala disebut juga sebagai medan makan iaitu kawasan di mana manusia makan.Medan selera tidak sama dengan kedai makan atau restoran atau kafe kerana di medan selera selalunya ada banyak gerai atau kedai yang menjual makanan masing-masing di bawah satu bangunan yang sama, berkongsi meja makan dan kerusi yang sama yang disediakan oleh tuan bangunan.Kadangkala mereka juga berkongsi pinggan mangkuk yang sama, sudu garfu yang sama, dan tukang bersih yang sama.
Gambar menunjukkan suasana di sebuah medan selera.
Sumber gambar: https://www.flickr.com/photos/exif/278331024 Tetapi kesemua ciri-ciri itu tidaklah wujud sekaligus kepada mana-mana medan selera kerana ia bergantung kepada pemilik…

Formasi bertahan 4-5-1 Top Eleven

Formasi 4-5-1 adalah formasi yang sering digunakan oleh mereka yang mahu bertahan dan menyerang balas.Ada beberapa formasi 4-5-1, tapi formasi bertahan Top Eleven yang Tedi gunakan adalah formasi 4-1-2-2-1 yang pernah Tedi jelaskan dalam kiriman sebelum ini.Barisan formasi 4-5-1 bertahan ini adalah menggunakan 4 pertahanan, 1 defensive midfielder, 2 central midfielder, 2 winger, dan 1 striker.Serangan adalah melalui bahagian sayap Kiri dan kanan. 3 pemain paling atas.Taktik 4-5-1 bertahan Top Eleven:Mentaliti pasukan: bertahan.Fokus hantaran: kedua-dua belah sayap.Gaya pressing: kawasan sendiri.Gaya marking: zonalForce counter: Yes.Offside trap: No.

Pulang ke Sepang dari Kota Bharu, Idul Adha 2017

Alhamdulillah, kami telah tiba dari Wakaf Bharu (New Hut) dalam jam 11 pagi tadi.Kami bergerak pulang dalam jam 1 pagi dengan harapan para pemandu lain sedang nyenyak tidur.Master lebih suka bergerak lewat malam kerana Master akan melewati waktu mengantuknya sekaligus mendorong beliau untuk bertahan. Master akan mengantuk jika tidur dahulu dan bangun pada dinihari untuk memulakan perjalanan.Lagipun jika kami bergerak pada waktu dinihari, kami akan terserempak dengan mereka yang bergerak dari kawasan Kuala Krai dan Gua Musang (Fox's Cave).Malangnya impian Master hanya jadi mimpi kerana pada waktu tersebut ramai pula rakyat Kelantan memulakan perjalanan mereka.Hasilnya kami terpaksa hadapi kesesakan di Kuala Krai, Gua Musang, Merapoh, Lipis dan lebuhraya Karak.Kesesakan disebabkan oleh jumlah kereta yang banyak kecuali di Gua Musang yang disebabkan oleh lampu isyarat yang tidak canggih.Master melupakan hasrat untuk berhenti di hentian rehat dan juga stesen minyak kerana tak mahu ber…

Mario bukan Tukang Paip

Imej
Secara rasminya watak Mario dari permainan video Mario Bros diisytiharkan bukanlah seorang tukang paip.Ia bukanlah satu kejutan kerana Mario melakukan apa sahaja.Profile terbaru Mario menyatakan bahawa Mario adalah atlet serba boleh yang boleh sertai apa sahaja jenis sukan. Asalnya Mario dicipta sebagai seorang tukang kayu dengan nama gelaran The Jumpman, satu watak dalam permainan tahun 1981, Donkey Kong, yang berlatarbelakangkan kawasan pembinaan. Shigeru Miyamoto memaklumkan bahawa pada tahun 1983 apabila Mario Bros diperkenalkan, latar belakang permainan itu adalah di bawah tanah, jadi watak Mario disesuaikan sebagai seorang tukang paip.Sebenarnya karekter Mario akan ditentukan oleh senario permainan video tersebut.

Cari susu lactosa free di Kota Bharu

Bayi Aina sekarang ni mengalami masalah berak cair selepas minum susu. Susu yang kami gunakan sekarang adalah susu Lactogen dan juga Enfalac.Doktor nasihatkan kami untuk beri Aina susu bayi rumusan khas tanpa laktosa kerana semasa bayi cirit-birit akan ada satu tempoh di mana perut bayi tak mampu proses laktosa dengan baik.Laktosa yang Tedi fahami adalah gula kompleks daripada protein haiwan.Pada 3 September 2017 jam 3.30 petang lebih kurang, Master telah keluar seorang diri ke Wakaf Bharu. Destinasi pertama beliau adalah ke pasaraya PKT yang terletak bersebelahan Pasar Wakaf Bharu. Master malas hendak ke TESCO Kota Bharu kerana jalan sesak dari Pengkalan Kubor ke Kota Bharu di bulatan Wakaf Bharu.Malangnya susu Mamex LF yang dicari tiada di sana.Master terpaksalah meredah kesesakan jalan untuk ke destinasi seterusnya iaitu Pasaraya Salamku Pasir Pekan.Tapi ketika dalam kesesakan jalan tersebut, Master akhirnya membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan ke pasaraya besar TESCO Kota…

Trending