Ini adalah kejadian kedua melibatkan mesin basuh Haier HWM 7808 fully auto tersebut.

Pada asalnya ia tak boleh rinse sahaja dan setelah Master test, ia juga gagal spin. Ini macam masalah sama dalam kiriman Tedi sebelum ini: Kenapa mesin basuh tidak boleh keringkan baju (spin)?.

Master segera periksa suis tutup pintu mesin basuh tersebut untuk sebarang kekotoran yang boleh menghalang tenaga elektrik disambungkan tetapi tiada sebarang masalah di sana.

Kod error E2 atau E3 dipaparkan pada panel mesin basuh HWM7808 tersebut yang menafikan ia adalah disebabkan kegagalan mesin basuh tersebut mengesan sama ada pintu ditutup atau tidak.

Error code washing machine Haier HWM 7808 cannot rinse and spin. Kod ralat mesin basuh Haier HWM7808 apabila tidak boleh bilas dan keringkan baju. Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Malaysia.

Kami tidak pasti kod yang dipaparkan adalah E2 atau E3 kerana LED pada panel mesin basuh itu sudah rosak.

Salah satu cadangan kod tersebut adalah mesin basuh tidak keringkan air dengan secukupnya pada masa yang ditetapkan. Tapi setelah Master check pada drain pumpesin basuh tersebut ternyata tiada air di dalamnya.

Cadangan lain adalah untuk check water level sensor gunakan alatan yang Master tiada. Master sudah mau give up kerana beliau tiada alatan elektrik yang diperlukan.

Tetapi tetiba ada satu hint lain yang Master terbaca iaitu water pressure sensor gagal meneka paras air kerana penggunaan sabun pencuci yang berlebihan. Ini adalah munasabah kerana kebiasaannya Mummy akan letak banyak sabun.

Oleh itu Master ambil inisiatif untuk basuh semula baju yang Mummy basuh itu dan tiba-tiba sahaja mesin basuh itu berfungsi dengan baik.

Erm... Alatan lama maka mungkin sensor yang ada pun sudah tidak sejitu dahulu. Belt yang Master check tadi pun tunggu masa untuk putus, mungkin boleh tanya pak lang Epul untuk spare part.


Kiriman ini mula diterbitkan pada 20170807 adalah mengenai pengalaman kami dengan masalah spin mesin basuh tidak berfungsi, mesin basuh tak mahu spin, mesin basuh tak boleh rinse dan spin, dan spin mesin basuh rosak.