Hari pertama Aina di rumah pengasuh

18 Julai 2017 menjadi tarikh keramat bermulanya pengalaman hidup bayi Aina tinggal di rumah pengasuh.

Sebelum ini aunty Yan yang jaga baby Aina, jadi tidaklah risau sangat sebab saudara yang jaga.

Tambahan pula pengasuh bayi Aina ni tinggal di Pantai Permai berhampiran Bangsar South di mana Master bekerja, bermakna ia adalah pengalaman baru bayi Aina travel sejauh 100 kilometer sehari dalam perjalanan yang memakan masa lebih kurang 3 jam sehari.

Malam tadi Aina duk menangis sahaja, tapi senyap jugalah apabila Master dukung dia bawa jalan-jalan dalam rumah, naik turun tangga. Tak tahulah kenapa bayi Aina asyik menangis saja, mungkinkah dia kepenatan travel jauh naik kereta? Mungkinkah dia trauma di rumah pengasuh? Tapi masa ambil bayi Aina tadi elok sahaja dia duduk di rumah pengasuh.

Mungkinkah ada benda mengganggu? Tapi sebab baby Aina elok saja apabila Master duk agah-agah, mungkin bukan...

Ni baru saja Master bagi susu kepada bayi Aina dalam 3.5 aun. Banyak pula dia minum. Sementara Master study untuk interview kerja baru minggu depan ni bolehlah dia tengokkan baby Aina. Risau bagi susu masa tidur ni takut baby Aina tersedak.

Ulasan

  1. Saya rasa dia keletihan, sebab tu dia merengek je... nanti lama2 dia biasalah tu.... jauh juga kan kalau 100km sehari... dah boleh buat rekod ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah dah semakin okay. Tapi menyusu pula semakin kerap mau sejam dua jam sekali.

      Padam

Catat Ulasan

Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.