Bayi Aina semalam telah mencecah usia 5 bulan pada ketika dia duduk dengan pengasuh sudah tiga kali.

Bayi Aina mula buat peel pelik iaitu dia minta susu hampir setiap dua jam sekali.

Kami mula kehairanan tambahan bayi Aina ni suka mengamuk macam kena dera.

Master membuat spekulasi bahawa baby Aina mungkin cepat lapar kerana Master telah kurangkan sukatan susu bagi setiap aun air. Ini adalah kerana Master hendak elakkan masalah sembelit.

Tapi takkan susu cair sedikit boleh sebabkan baby Aina selalu minta susu?

Suhu badan baby Aina normal, jadi dia Tak haus kerana demam.

Tedi membuat carian dan terserempak dengan satu kes yang serupa oleh seorang ibu yang tension dengan masalah tersebut.

Bayi dia bangun 3 kali semalam dan mengamuk macam kena dera minta susu sedangkan pada waktu siang bayinya itu kurang minum susu iaitu sekadar 4 aun sahaja.

Kawan-kawan beliau menasihatkan itu adalah perkara biasa bagi bayi berusia 5 bulan dan mereka mencadangkan penggunaan botol lebih besar dari 5 aun.

Ada juga yang sudah mula berikan makanan pejal kepada bayi mereka pada usia tersebut, tapi bagi baby Aina, mungkin dia hanya akan diberi makanan pejal pada usia 9 bulan.

Apa-apa sahajalah Aina, moga sihat dan tiada masalah kesihatan.

20170721