Tedi selalu juga masuk ke dalam Residential Gateway Unifi ni untuk setting wireless fidelity di rumah kami, terutamanya apabila Tedi merasakan bahawa TM unifi di kediaman kami ni tiba-tiba sahaja perlahan...

Kami bukannya gunakan Unifi Mobile atau TM Net Unifi! Sebaliknya kami gunakan Unifi package 10-Mbps, sepatutnya laju berdesuplah kan?

Kalau nak perlahan tu boleh sahaja dengan syarat bagi kami Unifi free, kalau setakat saluran siaran hyppTV free baik tak payah.

Malam ni Tedi nak kena set WiFi semula supaya box IPTV HyppTV boleh akses internet. Selain itu Tedi sengaja nak putuskan talian internet dari Telekom Unifi kami ni manalah tahu ada makhluk bijak pandai yang menumpang capaian internet Unifi kami.

Gambar TM Telekom Malaysia resident gateway yang perlu diset semula untuk dapatkan internet

 

Ini adalah beberapa langkah kena buat yang perlu dilakukan untuk reset WiFi Unifi.

  1. Sambung ke rangkaian internet Unifi rumah anda
  2. Buka web browser dan masukkan link http://192.168.0.1
  3. Masukkan nama pengguna dan kata laluan dan login. Bagi kes kami pengguna tahap admin adalah operator.
  4. Jika anda tiada nama pengguna dan kata laluan, boleh cuba nama pengguna dan kata laluan di http://unifidr.blogspot.my/2013/09/how-to-log-in-to-unifi-dlink-router.html

Itu sahaja dan selamat maju jaya.

gambar kad sim baru unifi mobile yang merupakan penjenamaan semula webe