Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2017

Master sah join JVCo

Semalam Master telah disahkan oleh Special Officer CEO untuk sertai JVCo.Pegawai Khas CEO juga telah berbincang dengan penyelia Master dan memutuskan bahawa Master akan sertai JVCo pada bulan November 2017.Ini adalah kerana Master dikehendaki memulakan satu projek baru pada 1 Ogos dan wajib disiapkan pada Oktober 2017.3 bulan lagi baru Master akan dapat sertai pasukan baru dan projek baru.Sehubungan dengan itu Tedi sebagai penasihat khas kepada Master telah menasihati beliau untuk tidak menarik balik mana-mana permohonan kerja yang telah dihantar, sebaliknya harus merebut sebarang peluang untuk mendapat gaji yang lebih baik.Master seharusnya lebih demanding dan berkeyakinan dan jual mahal. Master seharusnya mengungkapkan kata-kata, "get me if you can".Bulan November itu agak lewat, jadi Master harus berpegang kepada siapa cepat dia dapat.Pada petang semalam juga telah berlangsung upacara farewell untuk 3 bekas rakan sekerja Master. Semoga mereka akan sukses dalam kerjaya mer…

Tamat temuduga di JVCo

Imej
Alhamdulillah.Master telah selesai ditemuduga petsng tadi untuk satu jawatan di JVCo.Keputusannya masih belum diketahui tapi penemuduga nampak agak tertarik dengan pengetahuan teknikal Master. Cuma malangnya Master tidak bertanya lebih lanjut tentang syarikat baru yang masih belum diketahui identitinya itu.Bakal bos Master (jika Master terpilih) juga menyatakan Master akan termasuk dalam batch pertama jika dipilih.

Akses Residential Gateway Unifi

Tedi selalu juga masuk ke dalam Residential Gateway Unifi ni untuk setting wireless fidelity di rumah kami.

Malam ni Tedi nak kena set WiFi semula supaya box IPTV HyppTV boleh akses internet.
Ini adalah beberapa langkah kena buat.
Sambung ke rangkaian internet Unifi rumah andaBuka web browser dan masukkan link http://192.168.0.1Masukkan nama pengguna dan kata laluan dan loginJika anda tiada nama pengguna dan kata laluan, boleh cuba nama pengguna dan kata laluan di http://unifidr.blogspot.my/2013/09/how-to-log-in-to-unifi-dlink-router.html Itu sahaja dan selamat maju jaya.

Bayi 5 bulan menyusu 2 jam sekali

Bayi Aina semalam telah mencecah usia 5 bulan pada ketika dia duduk dengan pengasuh sudah tiga kali.Bayi Aina mula buat peel pelik iaitu dia minta susu hampir setiap dua jam sekali.Kami mula kehairanan tambahan bayi Aina ni suka mengamuk macam kena dera.Master membuat spekulasi bahawa baby Aina mungkin cepat lapar kerana Master telah kurangkan sukatan susu bagi setiap aun air. Ini adalah kerana Master hendak elakkan masalah sembelit.Tapi takkan susu cair sedikit boleh sebabkan baby Aina selalu minta susu?Suhu badan baby Aina normal, jadi dia Tak haus kerana demam.Tedi membuat carian dan terserempak dengan satu kes yang serupa oleh seorang ibu yang tension dengan masalah tersebut.Bayi dia bangun 3 kali semalam dan mengamuk macam kena dera minta susu sedangkan pada waktu siang bayinya itu kurang minum susu iaitu sekadar 4 aun sahaja.Kawan-kawan beliau menasihatkan itu adalah perkara biasa bagi bayi berusia 5 bulan dan mereka mencadangkan penggunaan botol lebih besar dari 5 aun.Ada juga …

Mesin basuh Haier HWM7808 kembali pulih?

Ajaib!Itu sahaja yang mampu Tedi ungkapkan apabila mesin basuh Haier HWM7808 Fuzzy Logic yang telah berusia 8 tahun itu kembali bekerja seperti normal.Sebelum itu mesin basuh ini menghadapi masalah untuk hentikan aliran air paip dan ia tetap mengalir walaupun suis mesin basuh Haier tersebut telah dipadamkan.Namun malam ni mesin basuh Haier HWM7808 itu seolah-olah kembali pulih setelah banyak ekor semut keluar berbondong-bondong dari salur masuk air paip apabila paip dibuka.Musykil betul Tedi dibuatnya, tapi kalau betul dah okay, baguslah.Tadi Tedi set kitaran wash dan rinse-spin, iaitu dua kitaran berbeza. Rinse tidak boleh diset solo pada mesin basuh Haier HWM7808 tersebut, hanya boleh set sama ada wash-rinse atau rinse-spin.Apakah semut-semut itu yang mengganggu mesin basuh Haier HWM7808 tersebut sehinggakan air tidak berhenti masuk semasa wash, rinse, dan spin?Wallahu'alam.Lain kali boleh try pula kitaran basuhan penuh iaitu wash-rinse-spin.

Bina ayat dinafikan

Imej
Ini adalah contoh beberapa ayat yang dibina daripada perkataan "dinafikan".
Dinafikan adalah perkataan daripada kata akar "nafi".Tidak dinafikan ramai ibu yang mengalami kekurangan susu badan sehinga terpaksa memberi susu formula kepada bayi mereka.Para pekerja kilang tersebut mogok apabila beberapa hak mereka sebagai pekerja dinafikan oleh pihak pengurusan kilang.Tidak dapat dinafikan bahawa kenaikan harga minyak menyumbang kepada kenaikan harga barangan di pasaran.Sukri tidak rela haknya sebagai salah seorang penerima wasiat arwah bapanya dinafikan oleh Ahmad, dia rela bertegang leher walaupun dengan abang kandungnya sendiri.Jalal bengang apabila tuduhannya terhadap Najib dinafikan oleh Samsul yang tidak mahu mengaku menyaksikan Najib mencuri duit dari tabung kelas.Selalunya perkataan "dinafikan" ini digunakan dalam dua situasi iaitu:Membenarkan sesuatu fakta atau pendapat: selalunya ayat yang membenarkan sesuatu fakta akan didahului dengan ayat "t…

Hari pertama Aina di rumah pengasuh

18 Julai 2017 menjadi tarikh keramat bermulanya pengalaman hidup bayi Aina tinggal di rumah pengasuh.Sebelum ini aunty Yan yang jaga baby Aina, jadi tidaklah risau sangat sebab saudara yang jaga.Tambahan pula pengasuh bayi Aina ni tinggal di Pantai Permai berhampiran Bangsar South di mana Master bekerja, bermakna ia adalah pengalaman baru bayi Aina travel sejauh 100 kilometer sehari dalam perjalanan yang memakan masa lebih kurang 3 jam sehari.Malam tadi Aina duk menangis sahaja, tapi senyap jugalah apabila Master dukung dia bawa jalan-jalan dalam rumah, naik turun tangga. Tak tahulah kenapa bayi Aina asyik menangis saja, mungkinkah dia kepenatan travel jauh naik kereta? Mungkinkah dia trauma di rumah pengasuh? Tapi masa ambil bayi Aina tadi elok sahaja dia duduk di rumah pengasuh.Mungkinkah ada benda mengganggu? Tapi sebab baby Aina elok saja apabila Master duk agah-agah, mungkin bukan...Ni baru saja Master bagi susu kepada bayi Aina dalam 3.5 aun. Banyak pula dia minum. Sementara Mas…

Bagaimana Google Map dapat maklumat trafik

Alhamdulillah, Tedi telah terpilih sebagai penguji beta untuk aplikasi Google Map.Oleh itu Tedi telah memilih untuk mula gunakan Google Navigation instead of Waze.Tedi kadangkala terfikir adakah Google Map lebih baik berbanding Waze? Bagaimana pula Google Map boleh dapatkan maklumat trafik masa nyata padahal aplikasi tersebut tidak benarkan pengguna masukkan data sebagaimana Waze.Melalui pembacaan Tedi, Google Map gunakan data daripada 3 sumber utama.1. Google Location ServiceApabila pengguna gunakan Google Map, aplikasi tersebut akan dapatkan lokasi pengguna menggunakan Google Location Service dengan erti kata lain mengintip di mana pengguna berada. Bagi Tedi ia adalah bagus kerana tidak perlukan pengguna input data secara manual.2. WazeWaze adalah anak syarikat Alphabet menjadikannya sebumbung dengan Google tapi pada arah yang berbeza.
Waze menyediakan data yang diperolehi daripada pengguna kepada Google.
Nice huh?3. Pihak berkuasa tempatanGoogle dikhabarkan bekerjasama dengan pihak…

Masukkan data 3 table ke dalam 1 table

Imej
Tedi telah diberikan satu teka-teki mencabar.Bagaimanakah untuk masukkan data daripada 3 table ke dalam satu table sahaja menggunakan SQL statement?Ini adalah hasil perahan otak Tedi, menggunakan stored procedure dalam MS SQL Server.Ideanya adalah untuk loop table tu satu persatu dan assignkan setiap value ke dalam variable sementara, dan kemudian masukkan kesemuanya ke dalam satu table. Untuk loop Tedi gunakan cursor yang masalahnya adalah perlu diisytiharkan secara berasingan dalam blok masing-masing.Ini adalah contoh hasil kerja Tedi. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52 53 54USE NamaDatabase GODELETE NamaDatabase.dbo.NamaTableDestinasi GODROP PROC NamaStoredProcedure GOCREATE PROC NamaStoredProcedure ASBEGINSET nocount ONDECLARE@FromStation INT, @ToStation INT, @UserCategoryId VARCHAR(1) DECLARE Cursor_Pertama CURSORFORSELECT StationId FROM Station WHERE Ser…