Teruk benar line Celcom di Kampung Delima

Kebanyakan pengunjung rumah Tok Abah semasa beraya di sini rata-ratanya mengeluh sebab line Celcom sangat teruk di Kampung Delima, Wakaf Bharu, Kelantan.

Bukannya teruk tahap capaian lemah atau kelajuan internet yang perlahan tapi sehinggakan line internet Celcom sekejap ada sekejap tiada, macam biskut Chipsmore la pula.

Apalah teruk benar? Kata liputan Celcom tu terluas di Malaysia, tapi line Maxis okay saja di sini.

Ini bukan masalah sekali-sekala. Ini masalah yang berlaku saban hari.

Malahan rangkaian Webe pun terjejas kerana Webe menumpang rangkaian Celcom.

Mungkin penduduk kampung di sini masing-masing gunakan Maxis maka mereka tiada masalah. Tetapi bagi orang luar seperti kami ini, masalah rangkaian Celcom yang teruk di Kampung Delima ini amat menyakitkan hati.

Come on lah Celcom, investlah sikit, lawan Maxis tu, buat malu kami pengguna Celcom aja. Kalau Celcom luaskan rangkaian nya ke sini, bukan penduduk kampung ni saja dapat manfaat tetapi pelanggan Celcom yang berhampiran juga.

Ini pun Tedi tengah dalam bas ke Terminal Bersepadu Selatan, adalah line.

27-06-2017 Stesen Bas Kota Bharu

Ulasan