Pada hari Sabtu, 3 Jun 2017 yang lalu, kawan-kawan sepejabat Mommy telah menghadirkan diri ke rumah kami untuk berbuka puasa.

Konsep kali ini adalah potluck di mana masing-masing membawa juadah berbuka puasa sendiri. Tedi tak pasti sama ada betul istilah potluck yang Tedi guna tu sebab kalau terjemahan langsungnya berbunyi teko tuah.

Selain itu ada kawan Mommy yang memasak di rumah kami.

gambar menu hidangan sempena potluck berbuka puasa
3 Jun 2017 jam 7:21 malam hari Sabtu
Di antara menu yang dihidangkan di atas meja sempena potluck berbuka puasa bersama kawan Mommy pada tahun ini.
Dirakam menggunakan telefon pintar Sony D2533 pada 2017-06-03-1921

Pelbagai juadah berbuka puasa menghiasi menu kami pada hari itu seperti ayam goreng berempah, ayam mentega berkeju, sotong masak hitam, udang masak lemak cili api, ikan siakap stim limau dan macam-macam lagi.

Rugilah orang macam Master sebab di antara menu potluck yang pelbagai jenis tu dia cuma makan udang masak lemak cili api dan ayam goreng berempah sahaja.

3 Jun 2017 jam 10:21 pagi hari Sabtu
Aina lena tidur, masa ni dia berumur 3 bulan 14 hari.
HUAWEI H30-U10 2017-06-03-1021

Bayi Aina sangat behave (berkelakuan baik) pada masa kejadian, dia tidak melalak seperti biasa dan duduk diam dengan orang lain. Tapi kalau dengan Master saja dia akan mula merengek. Ini menyebabkan Tedi berpendapat bahawa bayi Aina ni saja mahukan publisiti. Mungkin dia mahu bermanja dengan Mommy dan Master.

*** 5 Jun 2017 ***