Pesan dalam Diamku

Pedih hatiku, hilang suaraku
Mengapakah begini?
Rasa kerdilnya diri
Ku yakin ia tidak harus sesekali begini.

gambar gadis berlipstik merah dikunci mulutnya
Sumber gambar: http://www.anasmara.com/2010/07/pesan-tanpa-kata-kata.html

 

Tatkala dia mengungkapkan, kekusutan, dalam jiwanya,
Aku hanya mampu mendengar,
Menunduk bisu

Berulangkali dia bertanya, "Apa yang perlu ku lakukan?"
Aku hanya menadah telinga,
Tunduk membisu.

Inginku, menyatakan, "Tabahkanlah hatimu teman",
Bersabarlah dengan ujian,
Cuma bergema di hati.

Matanya berkaca
Menambah sebak di dada,
Aku tidak membantu,
Lidah kelu bak ditambat rapi
Membatu, bisu, itu reaksi diriku.

Pedih hatiku, hilang suaraku
Mengapa begini?
Rasa kerdilnya diri, tiada diriku berguna,
Tiada makna hidup di bumi ini,

[2:09]

Dia bertanya lagi
Kenapa kau tak membantuku?
Tidakkah kau mahu melihat temanmu bahagia?

Kenapa kau hanya diam?
Inikah peranan seorang teman?
Kata-katanya menghiris hati, tapi perlu ku akui

Inginku, menyatakan, "Tabahkanlah hatimu teman",
Bersabarlah dengan ujian,
Cuma bergema di hati.

Maafkan teman,
Ingin sekali diri membantumu,
Namun siapalah daku?

Kehadiranku di sisimu,
Seolah bebayang akan hilang,
Apabila cahaya hilang, ditelan gelap malam

Tabahkan hatimu,
Pasrahkan segalanya,
Kepada Tuhan Yang Maha Tahu,
Kerna persandaran manusia pada-Nya,
Tidak kesepian pada waktu kau berasa ketiadaan

Cuma ingin kau tahu,
Inilah pesan dalam diamku...

Cerita:

Karangan oleh Master of Tedi ini telah dikarang di Kolej Kediaman Ke-5 (Kolej Tun Dr Ismail) di Universiti Teknologi Malaysia di Skudai di negeri Johor di negara Malaysia berasaskan bit Realize.

Kisah di sebalik karangan Master ni senang sahaja iaitu kisah seorang teman tiba-tiba meluahkan perasaannya dan meminta nasihat Master. Malangnya Master tidak dapat memberi nasihat sebab Master berasakan dirinya bukan pakar cinta. Gila apa nak nasihatkan seorang kawan tentang hati dan perasaan tatkala Master sendiri tak kenal erti hati dan perasaan.

Jadi Master hanya mendengar dan membisu. Tapi Master menerima satu tamparan hebat apabila dilontarkan satu soalan, "Kenapa kau diam, kau tak nak tolong kawan kau ke? Kau tak nak tangok aku gembira?".

Soalan itu sekian lama bermain di minda dan hati Master, dan sehingga kini dia masih belum ketemui jawapan... perlukah dia menjawab dan memberikan pandangan sekadar untuk tunjuk dirinya mendengar? atau hanya diam mendengar dan membalas apabila Master betul-betul ada jawapan?

Master tahu orang ramai lebih suka menerima jawapan walaupun jawapan itu mungkin langsung tidak betul daripada tidak menerima sebarang jawapan, malangnya bukan jenis Master hanya menjawab sebab dia perlu jawab. Walaupun dengan bos.

Dia akan memberi jawapan apabila dia ada jawapan.

akhirnya, semua jawapan itu "cuma bergema di hati".

Ulasan