Komen telefon OPPO R9s

Hari ini Tedi nak kaji sikit pasal telefon pintar OPPO R9s sebab Mommy berkira-kira nak beli telefon tersebut.

OPPO R9s secara umumnya telah diberi penilaian 8.2.

Kelebihan Oppo R9s

Melalu kajian Tedi telefon OPPO R9s ini adalah telefon pintar dengan kamera terbaik untuk telefon yang seharga dengannya. Jadi jika kalian hanya mahukan prestasi kamera maka bolehlah sambar telefon ini dengan pesanan jangan pedulikan kelemahan lain, atau boleh beli telefon lebih mahal untuk kamera sebagus OPPO R9s ni.

Oppo R9s menggunakan teknologi caj super pantas VOOC menyebabkan ia boleh dicaj 75% hanya dalam 30 minit! Baterinya juga mengkagumkan kerana tahan lebih lama.

OPPO R9s juga gunakan rekaan nipis dan ringan. Ia juga ada paparan menarik selain sokongan dual-SIM. Ia mempunyai ruang 64GB dan sokong SD mikro tambahan, malangnya SD mikro tambahan ini akan gunakan slot SIM 2.

Kelemahan telefon OPPO R9s

Kelemahan OPPR R9s adalah ia menggunakan rekaan dan perisian yang ditiru. Perisiannya sedikit kelam kabut. OPPO R9s juga gunakan Android Marshmallow dan besar kemungkinan ia takkan menerima apa-apa kemaskini selepas ini. OPPO R9s dikatakan menggunakan salutan yang pelik pada paparannya menyebabkan kesan cap jari sukar untuk dibersihkan. Ia juga mempunyai masalah penjajaran audio video YouTube menyebabkan bunyi dan visual tidak seiringan. Komen negatif OPP R9s terakhir adalah prestasinya di bawah keupayaan kebanyakan telefon yang setara dengannya.

Teruk benar bunyinya tu. Baik tak payah beli kalau setakat kamera sahaja okay.

Telefon yang se-harga dengan OPPO R9s

Jadi jika tak beli OPPR R9s, telefon apakah yang boleh menggantikannya? Berikut adalah telefon yang dalam bajet yang hampir serupa dengan OPPO R9s:

  1. Sony Xperia Z5
  2. OnePlus3 (A3003)
  3. ASUS ZenFone 3 Deluxe
  4. Moto Z Play
  5. Samsung Galaxy A7
  6. OnePlus 3T
  7. Xiaomi 5s Plus
  8. HTC One A9

Tapi telefon yang dicadangkan untuk gantikan OPPO R9s adalah:

  1. ZTE Axon 7 (rating 8.9)
  2. Huawei Honor 8 (rating 8.5)
  3. OnePlus 3T (rating 8.8)

 

Ulasan