Enfalac A+ Rumusan Khas di Tesco Nilai

Sekarang Tedi ikut Master beratur di Tesco Bandar Baru Nilai nak bayar barang yang kami beli di sini.

Tedi kadangkala keliru sama ada Tesco ni Tesco Bandar Baru Nilai atau Tesco Putra Nilai? Tak kisahlah.

susu formula rumusan khas untuk bayi tak cukup bulan

Kami ke sini kerana membeli susu Rumusan Khas Enfalac A+ Post Discharge untuk bayi Aina. Susu formula ini dirumus khusus untuk bayi pra matang atau bayi tidak cukup bulan. Beratnya satu tin 900 gram dan harganya RM 132 lebih kurang.

Susu ini dipilih untuk berikan bayi Aina zat yang diperlukan oleh seorang bayi yang tidak cukup bulan sepertinya. Apa-apa pun susu terbaik sudah tentunya susu ibu.

Susu formula khas Enfalac A+ ini juga dipilih sebab bayi Aina sesuai dengannya. Tapi tak lama kot bagi Aina susu ni sebab harganya tu mahal juga. Sebulan mungkin 3 tin susu ni diperlukan untuk menyusu Aina.

Kami beli di Tesco Nilai ni sebab di sini sahaja susu ini boleh didapati selain di Giant Nilai. Masalahnya di Giant Nilai susu ni dikurung dalam peti kaca dan ada kaunter khusus yang tiada orang jaga. Jenuh nak kena panggil penjaga kaunter depan.

Malam ni ramai orang beratur nak bayar di TESCO Nilai ni, mungkin mereka beli barangan untuk sahur nanti?

Kepada semua kawan-kawan Tedi yang Muslimin dan juga Muslimat, Tedi ucapkan selamat berpuasa fardhu Ramadhan.

Niat puasa jangan dilupakan ya.

Ulasan