Bolehkah bayi minum air?

Langkah terbaik adalah untuk elakkan pemberian air kepada bayi sebelum umur bayi berusia 6 bulan.

Ketika fasa 6 bulan pertama susu badan ibu atau susu formula adalah mencukupi untuk bayi kekal sihat.

Kita elakkan pemberian air kerana ia akan menyebabkan bayi berasa kenyang dan akan sebabkan bayi kekurangan zat.

Ahli pediatrik juga berjaga-jaga tentang pemberian air kerana pemberian air yang terlalu banyak akan sebabkan buah pinggang bayi singkirkan sodium dan elektrolit menyebabkan bayi kekurangan garam. Jika serius ia akan menyebabkan bayi diserang sawan.

Walaupun pada hari panas bayi masih tidak perlukan air, susu badan dan susu formula masih cukup untuk bantu bayi kekal terhidrat.

Walau bagaimana pun jika bayi constipated, ahli pediatrik mungkin akan cadangkan pemberian air sebanyak 2 aun setiap hari untuk kembalikan bayi ke keadaan normal.

Selepas bayi berumur satu tahun, bayi boleh dibenarkan menghirup air dengan lebih kerap.

Ulasan